Dua hari lepas kita dapat melihat perlawanan Malaysia vs Filastin yang menyaksi pasukan negara kita berjaya menang setelah 24 tahun menanti. Tapi ada yang menarik pasal Filastin ni.
Sebab skuad bola sepak Filastin baru sahaja ditubuhkan sekitar awal 1990an. Sekejap apa yang jadi sebenarnya?
Cadangan untuk membentuk skuad kebangsaan Filastin sebenarnya telah wujud semenjak 1925. Cuma masa tu, Filastin Football Association perlu ditubuhkan untuk menguruskan Filastin.
Masalahnya orang Yahudi memandai-mandai tubuhkan Maccabi World Union untuk daftar dekat FIFA. Tak tunggu lama FIFA terus reject sebab Maccabi ni tak wakili mana-mana negara. Malah tak wakili juga pihak Yahudi & Filastin.
Nak tak nak, Filastin Football Association (PFA) perlu ditubuhkan untuk membentuk pasukan bola sepak Filastin. Keahlian PFA dalam FIFA diterima selepas persatuan ini turut diwakili oleh orang dan kelab bola sepak Arab.
Walau bagaimanapun itu semua hanya wayang semata-mata. Sebab peranan orang Arab Filastin dalam PFA diabaikan. Malah kelab-kelab Filastin tidak dibenarkan menyertai saingan liga utama. Kemuncaknya tak ada sorang pun pemain Arab Filastin terpilih dalam skuad kebangsaan Filastin.
Sebagai tanda protes, orang Arab Filastin pun tubuhkan persatuan bola sepak berlainan dan cuba mendaftar ke FIFA. Sayangnya kena tolak sebab FIFA cakap PFA dah wujud. Jadi untuk apa wujudkan satu lagi persatuan yang sama?
Kali kedua pun kena tolak sebab FIFA kata tak logik untuk ada 2 persatuan bola sepak yang sama dalam satu negara.
Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya permohonan Filastin untuk menjadi ahli FIFA akhirnya diterima pada tahun 1998. Secara rasmi skuad kebangsaan Filastin mula terbentuk.
Sejak itu Filastin boleh dikatakan pasukan yang agak kuat terutama buat Asean. Ditambah lagi dengan lambakan pemain warisan daripada Chile yang beraksi dengan Filastin




No comments yet