Kerajaan Salib Jurusalem merupakan sebuah kerajaan yang terbina setelah berjayanya pasukan Salib dari Eropah menakluk Jurusalem pada tahun 1099. Kejayaan ini kemudiannya membentuk kerajaan Salib di Jurusalem. Raja Jurusalem yang pertama iaitu Godfrey of Bouillion telah mula mengasaskan kerajaan ini. Kerajaan ini mulai goyah pada pemerintahan Almaric I, ketika ini Sultan Nuruddin mulai membina namanya dan mulai bangkit melakukan penentangan ke atas Kerajaan Jurusalem.
Usai kemangkatan Almaric I, takhta kemudiannya jatuh kepada Baldwin IV. Baldwin IV merupakan seorang raja yang berpenyakit kusta. Beliau tidak berharap memerintah lama dan mengharapkan agar anak saudaranya untuk memerintah (Baldwin V). Baldwin V merupakan anakanda kepada Sibyllia, anak kepada Almaric I. Baldwin V pada ketika itu masih dalam usia yang sangat muda menyebabkan takhta kemudiannya diserahkan kepada Sibyllia. Sibyllia kemudiannya berkahwin dengan Guy Lusignan dan akhirnya kerajaan ini jatuh usai daripada Perang Salib Kedua. Dalam kerajaan Salib Jurusalem pula terbahagi kepada dua kelompok yang sering bertelagah antara satu sama lain.
Satunya Pasukan Salib dari Eropah dan satunya lagi pasukan Salib yang telah lama berada di Timur Tengah.
Masing masing mempunyai kefahaman sendiri tentang bagaimana untuk menjalin perdamaian bersama kerajaan sekitarnya. Bagi Kerajaan Salib Eropah, bagi mereka peperangan perlu dilakukan bagi menyatakan pengorbanan mereka untuk tujuan yabg suci. Bagi Salib dari Timur Tengah pula berpendapat, perdamaian itu perlu bagi melangsungkan kerajaan mereka tanpa sebarang ancaman dari kerajaan sekitar mereka. Kemuncak pertelagahan ini dapat dilihat selepas naiknya Guy Lusignan menjadi Raja Jurusalem. Guy Lusignan merupakan dari kelompok Salib Eropah dan kemudianya melancarkan serangan ke atas pasukan Salahuddin Ayyubi.
Akhirnya, impak daripada konflik ini. Kerajaan Salib Jurusalem akhirnya tumpas di tangan Salahuddin Ayyubi.




No comments yet