Caribbean terbentuk dari kepulauan yang berkeluasan sehingga 2400km, dikenali sebaai Antilles yang merentang dari Cuba di utara hingga ke Trinidad di selatan. Kepulauan Antilles dan Kepulauan Bahamas di sebelahnya membentuk rantau yang disebut sebagai Hindia Barat.
Bagi sebilangan masyarakat, mereka berpendapat bahawa Islam dan Muslim merupakan satu fenomena baharu di rantau tersebut. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kehadiran Muslim di sana memiliki sejarah yang jauh lebih panjang berbanding apa yang lazim dibayangkan. Sheikh Abdullah Hakim Quick di dalam bukunya yang berjudul Deeper Roots menukilkan “… sejarah Islam dan kaum Muslim di Caribbean merentang sehingga seribu tahun lamanya, jauh melangkaui interaksi antara masyarakat tempatan di sana dengan masyarakat Eropah yang berlaku enam kurun kemudian… Bukti yang mengesahkan kehadiran Muslim di Amerika purba datang dari sejumlah patung, tradisi lisan, artifak dan inskripsi.”
Muslim telah menjadi sebahagian dari Caribbean sejak berabad-abad lamanya. Jauh sebelum Columbus dan mereka yang sesudahnya. Sebilangan besar hamba Afrika yang dibawa oleh para pedagang Eropah merentas Lautan Atlantik adalah beragama Islam. Mereka dipaksa meninggalkan agama dan identiti mereka. Sebahagian dari mereka berjaya melepaskan diri dari penghambaan dan menentang kekejamannya, namun kebanyakan mereka dipaksa mengorbankan agama.
Muslim kemudiannya tiba di sana dengan jumlah yang besar sebagai tenaga kerja mahupun pedagang. Kebanyakannya dayang dari sub-benua India dan bagi Suriname, ada di antara mereka yang datang dari Indonesia.
Pada hari ini, kaum Muslim boleh didapati di hampir seluruh pulau yang terdapat di Caribbean yang jumlahnya lebih dari 40 buah pulau. Dianggarkan bahawa populasi Muslim di sana melebihi setengah juta orang dan memiliki sekitar 400 hingga 500 buah masjid.
Suriname, sebuah negara di Amerika Selatan namun terkait secara sejarah, budaya dan linguistik dengan Caribbean dinobatkan sebagai negara tunggal di hemisfera barat yang memiliki peratus penduduk Islam tertinggi. Dianggarkan bahawa 25% dari populasinya adalah penganut agama Islam.
Keindahan rupa bumi di rantau ini setanding dengan keindahan dan sifat peramah para penduduknya. Islam tumbuh dengan mekar di ceruk dunia ini dan ia diterima secara meluas baik oleh masyarakat awam mahupun pihak pentadbir sebagai salah satu bahagian penting yang melengkapkan pembangunan Caribbean. Sebahagian pulau di sini memiliki sejarah lampau yang hitam, namun umat Islam di Caribbean mempunyai daya tahan yang tinggi dan telah menghadapi pelbagai cabaran dari tahun ke tahun.
Masyarakat di seantero dunia seringkali bermimpi mahu menziarahi rantau ini. Keindahan Caribbean dianggap sebagai salah satu keajaiban ciptaan Tuhan. Jutaan manusia sanggup berkunjung ke sana sebagai pelancong baik dengan menaiki kapal layar mahupun kapal terbang. Pelancong-pelancong Muslim yang bertandang ke Caribbean juga tidak kurang banyaknya, memandangkan ramai dari kalangan Muslim di Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah menggemari keindahan dan atmosfera yang nyaman di kepulauan tersebut.
Memandangkan komuniti Muslim mempunyai kedudukan yang cukup teguh di rantau berkenaan, akses makanan halal dan masjid menjadi lebih mudah buat para pelancong Muslim. Meluangkan masa untuk berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut Hari Raya di sana juga boleh menjadi satu pilihan yang amat baik.
RUJUKAN:
Suleiman Bulbulia. (14 Februari 2017). A Community With History: This Is What Islam in the Caribbean Looks Like. Mvslim.
https://mvslim.com/community-history-islam-caribbean-looks-like/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih