Bila sebut saja tentang Komunis, pasti ramai dikalangan kita rakyat Malaysia yang membayangkan setiap negara-negara Komunis ini saling menyokong dan saling memerlukan. Pada pandangan kita, Komunis semuanya sama sahaja.


Baiklah, itu cerita antara negara kita, Parti Komunis Malaya yang sekadar mampu mencetuskan darurat, dan kerajaan komunis China. Bagaimana hubungan diantara negara-negara yang telah menjadi kuasa komunis dunia pula, yelah, kita sering memiliki pandangan yang skeptikal bahawa dunia Komunis ini sama sahaja kan?

Kita salah disitu, jika benar Komunis semuanya sama dan berpegang kepada satu solidariti sesama mereka, mengapa China tidak lagi mengiktiraf gerakan bersenjata Parti Komunis Malaya sebaik saja Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China di tengah-tengah Insu*gensi Komunis di Malaysia?

Oleh kerana masyarakat kita lebih sinonim dengan komunis di China berdasarkan identiti tipikal Parti Komunis Malaya yang didominasi oleh kaum Cina, kita mulakan dengan negara Republik Rakyat China.


PER*NG DEMI MENDOMINASI BLOK KOMUNIS

Pada tahun 1979, China telah menyer*ng Vietnam kerana Vietnam telah menyer*ng Kemboja, di mana ketika itu pemerintah Kemboja disokong oleh China.

Konflik bersenjata itu berlangsung selama sebulan dan mengakibatkan puluhan ribu korb*n jiwa. Dan, walaupun tentera China ditarik kembali dari Vietnam, China tetap menganggap mereka telah meraih kemenangan.

Untuk memahami perkara ini, kita perlu berundur kembali ke masa yang jauh lebih lama dan ke jauh ke utara. China dan Rusia (Kesatuan Soviet) pada asasnya adalah dua negara yang bersekutu.

Jadi, ketika Per*ng Vietnam meletus pada tahun 1955, sudah tentulah mereka menyokong pihak Komunis di utara yang menentang pihak Kapitalis pro-Amerika di selatan. Namun, pada saat per*ng sedang berakhir pada tahun 1975, China dan Soviet saling bertengkar.

Soviet ternyata telah mengalami keletihan yang teruk akibat per*ng yang berturut-turut selama puluhan tahun, jadi mereka berhasrat untuk menjalin hubungan damai dengan blok Barat. Tetapi Mao Zedong (pemimpin China) mahu meneruskan pendekatan yang lebih agresif terhadap negara-negara kapitalis yang didakwa “merosot”, sebab itulah dia menyer*ng Taiwan dari tahun 1954 hingga 1955, dan sekali lagi pada tahun 1958.

Amerika Syarikat menghulurkan pertolongan kepada Taiwan, tetapi Kesatuan Soviet tidak mahu terlibat. Ini menimbulkan kemarahan Mao Zedong. Kemudian pada tahun 1959, Soviet secara terbuka telah memberikam sokongan moral kepada pemberontak Tibet setelah pemberontakan yang kemudiannya gagal terhadap China.

Pada tahun berikutnya, Mao dan Perdana Menteri Soviet, Nikita Kruschev saling bertengkar dan menjerit di Kongres Parti Komunis Romania. Namun, atas dasar mereka saling memerlukan, jadi mereka mengekalkan kestabilan hubungan mereka sebagai sekutu.

Kemudian datanglah Krisis Misil Cuba pada tahun 1962. Dengan tumpuan dunia terarah terhadap Cuba, China menyer*ng dan menduduki wilayah India di Aksai-Chin.  Dan apa yang dilakukan oleh Soviet? Mereka menarik peluru berpandu mereka dari Cuba dan menjual senjata kepada India.

Bagi Mao, itu adalah tindakan pengecut yang sangat melampau. Tidak cukup dengan perangai Soviet yang semakin lama semakin tunduk terhadap Amerika Syarikat itu tidak menjadi isu lagi, tetapi sekutu jenis apa yang menjual senjata kepada musuh sekutu sendiri? Hubungan China-Rusia ibarat telur dihujung tanduk.

Menjelang tahun 1969, mereka menghadapi beberapa pertemp*ran di sepanjang sempadan mereka. Menyedari hakikat bahawa dia tidak mampu menghadapi Soviet dan Amerika pada masa yang sama, Mao mula ‘cucuk jarum’ dengan Amerika. Ia berjaya. Presiden Richard Nixon mengunjungi China pada tahun 1972 dan menjalinkan semula hubungan diplomatik.

China dan Soviet kemudian terlibat dalam Per*ng Dingin sesama mereka sendiri dalam dunia Komunis. Pada tahun 1975, Vietnam dan Laos berpihak kepada Soviet, maka China pun memihak Kemboja. Mao telah meninggal dunia pada tahun 1976, tetapi Per*ng Dingin Sino-Soviet terus berlanjutan.


Vietnam dan Kemboja telah mengalami pertemp*ran sempadan sejak tahun 1975, oleh itu Vietnam memutuskan untuk mengakhirinya sama sekali. Pada 3 November 1978, mereka menandatangani perjanjian pertahanan bersama selama 25 tahun dengan Soviet, kemudian menyer*ng Kemboja pada 25 Disember. Menjelang 7 Januari 1979, mereka menawan ibu kota di Phnom Penh dan mengusir Khmer Rouge.

KONFLIK SINO-VIETNAM

Dengan Soviet di utara mereka dan Vietnam di selatan mereka, China seolah-olah terperangkap. China (semasa di bawah Deng Xiaoping) mengunjungi Amerika Syarikat pada 1 Januari dan memberitahu Presiden Jimmy Carter bahawa Vietnam perlu menyaksikan kekuatan mereka untuk membuktikan bahawa China mampu melindungi negara-negara kliennya.

Keesokan harinya, dia menyatakan kepada Moscow bahawa China sudah bersedia untuk berper*ng dengan Rusia. Untuk membuktikannya, kira-kira 300,000 orang awam China dievakuasi dari sempadan China-Soviet, sementara People’s Liberation Army of China (PLA) ditempatkan di sepanjang perbatasan itu.

Bagi membenarkan tindakannya itu, Deng mendakwa bahawa etnik Cina Han dianiaya di Kemboja dan mendakwa bahawa pendudukan Vietnam di Kepulauan Spratly adalah tidak sah kerana ia adalah wilayah milik China. Dengan ratusan ribu pasukan PLA berkumpul di sempadan China-Vietnam, satu “pencerobohan terhad” telah diisytiharkan pada 15 Februari.

Pada 17 Februari, Jeneral Xu Shiyou memerintahkan 200,000 askar menuju ke Vietnam dalam pecahan 26 divisyen dari barat ke timur. Tujuan mereka adalah untuk merampas wilayah utara Vietnam iaitu Lai Châu, Lao Cai, Hà Giang, Cao Bằng, Lạng Sơn, dan Quảng Ninh.

Tetapi pihak Vietnam sudah bersiap sedia. China telah menimbulkan kekacauan di sempadan mereka sejak Januari, maka Vietnam mengosongkan kota-kota penempatan mereka di utara dan membiarkan tentera China menceroboh, kemudian mereka akan ‘memancing’ China menggunakan kemahiran taktik temp*r gerila.

China memiliki kelebihan dari segi jumlah kekuatan, tetapi semua itu tidak membantu. Sebilangan besar kelengkapan mereka sudah usang, dan hanya sedikit sahaja tentera yang mempunyai pengalaman per*ng. Akan tetapi, ramai askar-askar Vietnam merupakan veteran per*ng dengan kelengkapan senjata dan peralatan canggih yang ditinggalkan oleh Amerika.

Rusia juga telah memberi Vietnam sejumlah 400 buah kereta kebal, 800 peluru berpandu anti-kereta kebal, 400 peluru berpandu darat ke udara, dan 20 jet pejuang (kebanyakannya digunakan untuk misi pengintaian).

Mereka juga memiliki kira-kira 5,000 ke 8,000 “penasihat ketenteraan” dari Rusia, manakala sebanyak 15 buah kapal Armada Pasifik Soviet berada di luar pantai Vietnam yang beperanan bagi tugasan menyahkod segala komunikasi pihak China.

Untuk memastikan pasukan PLA di tanah besar China tidak menyeberang secara tiba-tiba, Soviet mengerahkan tentera mereka di sepanjang sempadan Sino-Soviet dan sempadan Mongolia-China.

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan tercetusnya pertemp*ran tambahan, China mengekalkan pasukan simpanannya di tanah besar. Di Vietnam pula, PLA cuba mengumpan People’s Army of Vietnam (VPA) berhadapan dalam pertemp*ran terbuka, tetapi Vietnam tidak akan termakan umpan.

Tentera China menghadapi pasukan militia tempatan sekitar 100,000 orang yang tertumpu pada empat lokasi:

  • Lạng Sơn di Lebuhraya Pertama – laluan pencerobohan tradisi China terhadap Vietnam.
  • Pantai barat laut di sepanjang Haiphong.
  • Sungai Merah, yang menghala ke Hanoi.
  • Sungai Hitam, yang juga menuju ke Hanoi.

26 divisyen ser*ngan serampang China mula bergabung menjadi kumpulan yang lebih besar, kecuali dalam pertemp*ran kereta kebal di mana mereka jarang bertembung dengan musuh mereka.

Menjelang akhir bulan Februari, VPA masih belum melancarkan sebahagian besar divisyen regular mereka, tetapi taktikal gerila VPA telah mengalahkan China. Pada awal bulan Mac, sebahagian besar pertemp*ran hanya terhad di Lao Cai, Cao Bằng, dan Lạng Sơn.

Deng Xiaoping tidak pernah berniat untuk menduduki Vietnam. Dia bermatlamat untuk:

  • Menakut-nakutkan Vietnam agar menjauhi Kemboja
  • Melakukannya dengan cepat untuk menghindari konflik secara langsung dengan Soviet dan mengelakkan dari mengabaikan Barat.
  • Membuktikan bahawa Rusia gagal melindungi rakan-rakannya.
  • Menunjukkan kekuatan tentera China.
  • Membuktikan kepada blok komunis bahawa mereka boleh diharapkan sebagai rakan sekutu yang lebih baik berbanding Soviet.

Tetapi China tidak mencapai kemajuan dalam pencerobohan di Vietnam. Demi menyelamatkan air mukanya, Deng mendakwa bahawa PLA telah berjaya membuka laluan ke Hanoi, maka objektif mereka telah tercapai dan mereka boleh mengundurkan tenteranya.

Mereka melaksanakan pengunduran pada 6 Mac sambil memusnahkan sisa infrastruktur tempatan yang mereka temui. Bangunan, rumah, landasan kereta api, dan infrastruktur komunikasi semuanya dimusnahkan, ia telah menyebabkan kerugian besar di Vietnam utara.  Sepuluh hari kemudian, tidak ada lagi pasukan China di Vietnam.

Setelah mengusir China, Vietnam turut mengisytiharkan kemenangan. Tidak ada jumlah yang tepat mencatatkan korb*n nyawa. Dianggarkan pihak Vietnam kehilangan sekitar 26,000 hingga 60,000 orang, sementara China kehilangan antara 6,954 hingga 50,000.

Pertemp*ran China-Vietnam berlanjutan sehingga tahun 1989 ketika Vietnam akhirnya berundur sepenuhnya dari menduduki Kemboja.

Semenjak itulah, setiap kali Vietnam memikirkan tentang per*ng, mereka pasti akan terbayangkan China terlebih dahulu, kemudian barulah terbayangkan Amerika Syarikat.

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.