Kolonialisme ialah pencerobohan dan penj4jahan demi sumber dan penempatan. Ini bebenang.

Ia bermula sejak ‘Zaman Penjelajahan dan Penemuan’ (Age of Exploration and Discovery) abad ke-15 hingga ke-17.

Kolonialisme umumnya digerakkan atas misi 3G;

1. ‘Gold’. Laluan perdagangan darat dan laut Mediterranean Eropah-Asia dikuasai Uthmaniyyah yang berjaya menumpaskan Byzantium di Istanbul pada 1453.

Pelayar dan pedagang Eropah perlu merebut kekayaan di dunia lain, jauh dari pengaruh dan kuasa Uthmaniyyah. 2/25

2. ‘Glory’. kerajaan lain di Eropah sedang takut akan ancaman Uthmaniyyah, sambil kelesuan dek konflik geopolitik dan agama sesama mereka berebutkan jajahan yang ditinggal Byzantium memaksa mereka perlukan kelebihan dan menguasai sumber luar untuk menang ‘pep3rangan’ itu.

3. ‘Gospel’. Pengaruh Islam yang dibawa Uthmaniyyah semakin menguasai Eropah dan Afrika Utara. Menghimpit kerajaan Kristian di Eropah.

Justifikasi menyebarkan Kristian meyakinkan istana menyokong penuh misi penj4jahan yang direstui gereja-gereja mereka.

Misi 3G penjajah ini digerakkan awalnya dengan ekspedisi yang berjaya membuat ‘penemuan saintifik’.

Namun disebalik menjumpai dan mendokumenkan spesis flora dan fauna baharu, ekspedisi ini mengumpul maklumat strategik tentang prospek jajahan mereka

Maklumat tentang kerajaan, kekuatan pertahanan, potensi sumber dan ekonomi akan diceritakan kepada Raja mereka apabila pulang.

Armada mereka mula menyusun strategi untuk kembali, kali ini untuk meny3rang dan menawan tanah jajahan tersebut3

Sepanyol menjajah Amerika pada 1451, manakala Portugal menjajah Goa, India sekitar 1497.

Portugal menjajah Melaka pada 1511 dan Sepanyol menjajah Aztec sekitar 1511.

Kolonisasi oleh Belanda, Perancis, Belgium dan Inggeris berlaku dalam 3 abad seterusnya.

Selepas pencerobohan, satu rejim pentadbiran dan undang-undang khusus diwartakan untuk menjaga kepentingan koloni mereka di tanah jajahan tersebut.

Penentangan akan dipatahkan melalui kekerasan dan pengambilan hak. Penghapusan dan peminggiran penduduk asal dilaksanakan.

Penj4jahan dan kolonialisasi boleh berlaku berabad lamanya. Rom jajah Eropah sehingga 500 tahun.

Portugal jajah Melaka 1511-1641 (130 tahun).

Belanda pulak dari 1641-1824 (183 tahun).

*Kartun “What is Colonialism” ni adalah karya asasl Zig Zag dalam Broken Pencil.

Inggeris sekalipun hanya berada di Tanah Melayu selama 132 tahun, kolonialisasi jajahan ini disebut sebagai ‘crown colony’, iaitu wilayah yang ‘dilindungi’ baginda King dan Queen. Ini memiliki pengaruh paling kuat dalam struktur pembentukan sosiobudaya Malaysia merdeka.

Kolonialisasi di tempat lain tidaklah senasib seperti kita di Malaysia.

British sedar, untuk uruskan kebangkitan rakyat sebenarnya lebih merugikan berbanding memenangi hati dan fikiran ‘subject’ jajahan.

Pengalaman mereka dengan Ireland misalnya, amat memberikan kesan.

Di Tanah Melayu, pemberontakan Naning oleh Dol Said misalnya amat merugikan Empayar British. P3rang Naning dianggap sebagai ‘petty but costly war’ oleh kerajaan Inggeris ketika itu.

Melayu Naning dan Pasir Salak mengajar Inggeris banyak perkara tentang kolonialisasi.

Di Amerika Utara, Kanada dan Amerika Selatan, mereka dikerjakan dengan kejam. Penempatan koloni bukanlah matlamat utama mereka.

Sepanyol membuka ladang tebu secara besar-besaran, lombong untuk menyedut emas dan memperhambakan masyarakat asli di sana sehingga m4ti.

Pada 1535, Sepanyol telah menghapuskan sehingga 25 juta atau 95% populasi Aztec akibat penyakit dan pembvnuhan besar-besaran.

Perdagangan hamba Trans-Atlantik diperhebatkan oleh para kolonial Eropah bagi mengisi keperluan sumber penduduk di Eropah ketika itu.

Selepas penj4jahan, kuasa kolonial Barat mula memaksakan asimilasi ke atas masyarakat asli yang dijajah.

Undang-undang yang menghapuskan identiti asal masyarakat tempatan diperkenalkan bagi memastikan supaya ‘kerbau dicucuk hidung’, dan membasmi sebarang kebangkitan.

Salah satu modus operandi kuasa kolonial ialah melantik sekutu (collaborators) dalam kalangan pembesar dan penguasa tempatan, sebagai boneka kepada pentadbiran kolonial.

Di Tanah Melayu misalnya, British melaga-lagakan pembesar Melayu dengan balasan takhta dan kedaulatan.

Di Kanada pula misalnya, sekutu kolonial dilantik dari kalangan masyarakat asli di sana.

Jelas, pecah dan perintah adalah alat penj4jahan paling ampuh. Masyarakat diasingkan mengikut kaum, agama dan budaya.

Ini menjadikan masyarakat asal lebih mudah diurus dan diawasi.

Kitaran lengkap penj4jahan dan kolonialisme ini diperkukuhkan dengan penguatkuasaan undang-undang itu tadi. Rejim kolonial dibentuk, memastikan status quo tuan koloni terus terpelihara.

Portugal memang menguasai Melaka pada 1511, tapi mereka hanya berjaya menguasai kota dan pelabuhan Melaka sahaja.

Di luar tembok kota, kepentingan Portugal tidak pernah selamat kerana ancaman jelas dari segenap wilayah keliling Melaka, termasuklah dari hulu Sungai Melaka.

Belanda tiba merampas Melaka dari Portugal dengan bantuan Johor pada 1641 dan dibayar dengan harga mahal.

VOC berjanji untuk tidak meny3rang mana-mana kepentingan Johor dan kesultanan Melayu yang lain.

Ia tambah bahkan menyuburkan lagi Kesultanan Melayu pasca Melaka.

Tapi British lebih bijak dari Portugis dan Belanda. Melihat kepada kebangkitan awal orang Melayu semasa EIC mula tiba selepas Perjanjian Inggeris Belanda 1824, British eksploit kesetiaan orang Melayu ke atas pembesar dan Raja mereka dengan sistem Penasihat dan Residen.

Awalnya, British pernah ‘criminalised’ dan ‘demonised’ kebangkitan dan penentangan Melayu.

Mereka hukum m4ti, buang negeri malah beri pencen supaya kebangkitan pejuang ini reda.

Tapi British sedar bahawa cara ini tidak berkesinambungan. Lambat laun, Melayu tetap bangkit.

Tapi kebijaksanaan Raja-Raja Melayu dalam ‘power juggling’, mengimbangi kepentingan orang Melayu dengan cubaan pengaruh British melalui sistem tersebut memastikan takhta mereka kekal, dalam masa yang sama menjaga kepentingan Melayu yang setia di bawah naungan mereka.

Pendapat tentang ini berbeza-beza. Tetapi apa yang lebih penting, Inggeris ‘menjajah’ secara halus dengan cuba memenangi hati dan minda orang Melayu sepanjang keberadaan mereka di Tanah Melayu.

British pun sedar, Melayu bukanlah mudah seperti kerbau dicucuk hidung.

Kerana itu, kolonial mula guna naratif Melayu malas. Sedangkan sebenarnya, Melayu ketika itu degil dan melawan.

Selepas 400 tahun, naratif sama diulang, untuk wujudkan stigma inferiority complex dalam kalangan orang Melayu.

Kuat sungguh kesan ‘colonial mentality’ kan?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.