Pada Julai 1187, angkatan pe.ra.ng Ayubiyyah bertembung dengan angkatan besar Salib di Hattin. Perte.mp.uran telah berlarutan selama beberapa jam tetapi khemah berwarna merah di atas sebuah bukit yang menempatkan Guy de Lusignan masih belum tumbang. Bagi Salahuddin Yusuf al-Ayubi, baginda tahu dengan kejatuhan khemah tersebut, ini bermakna kekalahan pihak Salib sudah terjamin.

Rajah 1: Salahuddin al-Ayubi

Turut berada di sisinya ialah puteranya bernama al-Afdal. Baginda bersorak setiap kali asakan pihak Salib berjaya ditangkis angkatan Ayubiyyah tetapi ditegur oleh ayahandanya untuk kekal sabar. Akhirnya, apa yang dinantikan Salahuddin akhirnya menjadi dan Hattin menjadi saksi kejatuhan pihak Salib. Ia juga menjadi pemangkin kepada penaklukan Baitulmaqdis pada 2 Oktober 1187.

Selepas kota itu kembali ke tangan umat Islam, Salahuddin mengeluarkan dekri mana-mana orang Frank yang mahu meninggalkan kota itu perlu membayar wang tebusan kepada pihak Ayubiyyah. Bagaimanapun, jumlah wang tebusan yang diminta berpatutan sekaligus membenarkan golongan Frank yang tidak berkemampuan meninggalkan kota secara percuma. Tetapi ganjaran 50 dinar dikeluarkan bagi mana-mana individu yang berjaya menangkap dua jenis kesatria: Hospitaller dan Templar.

Pada tahun tersebut, usia organisasi berkenaan ialah 68 tahun. Knight’s Templar atau nama sebenarnya Order of the Poor Knights and of the Temple of Solomon ditubuhkan pada 1119 oleh seorang kesatria Perancis bernama Hugues of Payens bersama lapan orang kesatria yang berkongsi matlamat sama. Kesemua mereka tiba di Baitulmaqdis selepas kota itu jatuh semasa kempen Salib kedua berbekalkan pengalaman sebagai ten.te.ra dan keinginan berkhidmat atas nama agama.

Rajah 2: Raja Baldwin II menyerahkan satu bahagian Masjidil Aqsa kepada Hugues de Payens dan Godfrey de Saint-Omer.

Organisasi ini pada awalnya bertanggungjawab menjaga keselamatan jemaah Kristian yang berangkat ke kota berkenaan. Organisasi ini kemudiannya mendapat pengiktirafan pemerintah Salib Jerusalem, Raja Baldwin II apabila baginda mengeluarkan dekri organisasi ini beroperasi di satu bahagian Masjidil Aqsa. Sejak itulah, ramai mengenali mereka sebagai Templar.

Untuk memastikan operasi mereka tidak terganggu, mereka bergantung kepada derma orang awam dan kerajaan. Dan mereka bernasib baik, banyak estet terutama di Eropah Barat didermakan kepada mereka sekaligus menjamin aliran wang yang banyak dalam kantung kewangan mereka. Ini turut disokong oleh dekri Paus Innocent II bahawa Templar diberi pengecualian cukai dan bebas daripada mana-mana kerajaan kecuali Paus.

Menjelang tahun 1140-an, khidmat mereka diperluaskan sama seperti Hospitaller sebagai penjaga kubu-kubu Salib dan pasukan penggem.pu.r kota-kota umat Islam seperti Damsyik. Di Sepanyol pula, mereka mengetuai kempen Reconquista terhadap wilayah-wilayah Andalusia.

Templar pada ketika itu merupakan organisasi separa keten.te.raan yang ada sokongan kewangan, pengalaman keten.te.raan dan sedia berte.mp.ur berma.ti-ma.tian demi agama Kristian. Dalam konteks hari ini, mereka merupakan pasukan khas moden persis PASKAL, SAS atau SEAL.

Sejarawan Ibnu al-Athir menggelar mereka sebagai ten.te.ra Frank yang paling ga.n.as. Semasa tahun 1187, beliau berusia 27 tahun dan seperti Salahuddin, sudah masak dengan kemahiran mereka sebagai ten.te.ra.

Pada 1148, Templar menyelamatkan angkatan pe.ra.ng Salib Kedua dari Perancis yang diketuai oleh Raja Louis VII. Walaupun datang dalam jumlah yang ramai, angkatan Louis VII tidak berdisiplin dan tersusun sekaligus menjadi mangsa ten.te.ra berkuda Turki terutama di Pergunungan Cadmus yang terletak berhampiran di Denizli, Turki. Di sinilah, angkatannya teruk dikalahkan dengan baginda hanya terselamat selepas bersembunyi di belakang batu-batu besar.

Rajah 3: Raja Louis VII

Terdesak, Louis VII menyerahkan kepimpinan ten.te.ra kepada seorang kesatria Templar bernama Gabriel. Gabriel bersama 50 lagi kesatria organisasi itu segera membentuk dan menyusun mereka sebagai angkatan ten.te.ra berdisiplin dan berjaya membawa mereka ke Baitulmaqdis dengan selamat. Louis VII turut terhutang budi dengan mereka selepas mengatur pinjaman diperlukan untuk membiayai kempen baginda.

Disebabkan dekri Omne Datum Optimum yang dikeluarkan oleh Paus Innocent II, pihak Templar beroperasi dengan bebas tanpa diganggu hierarki kepimpinan Salib. Malah, Hashashin yang menjadi inspirasi permainan video Ass.as.sin Creed lebih rela membayar sejumlah besar wang kepada mereka daripada berdepan risiko dise.ra.ng organisasi itu.

Kekuatan utama Templar ialah disiplin menerusi pematuhan beberapa peraturan berikut. Ahli-ahli Templar hanya makan daging tiga kali seminggu kecuali untuk perayaan keagamaan atas alasan ia boleh merosakkan badan, Mereka juga tidak dibenarkan memakai pakaian berbulu dan kasut bertali atas alasan ia merupakan pakaian orang pagan (Muslim). Akhir sekali, ahli Templar tidak dibenarkan bercampur dengan wanita termasuk dicium oleh ibu mereka sendiri.

Jika mana-mana ahli Templar didapati bersalah melanggar semua ini, terdapat tiga hukuman yang menanti mereka. Mereka berdepan hukuman dipu.k.ul, dipaksa makan di atas lantai atau disingkirkan dari organisasi berkenaan. Perkara ini menimpa kepada protagonis siri televisyen History, Knightfall, Landry de Lauzon selepas didapati bersalah melanggar sumpah tidak melakukan sebarang hubungan kelamin.

Setiap kali muncul di medan pertem.pu.ran, mereka akan menyanyikan lagu-lagu keagamaan yang memperlihatkan keteguhan perjuangan atas nama agama. Kelibat mereka memakai jubah berwarna putih dan hitam bermotifkan salib berwarna merah sentiasa mencetuskan kegerunan dalam kalangan pihak musuh.

Rajah 4: Contoh uniform Templar seperti dipamerkan dalam Knightfall.

Dan ini turut menjelaskan motif Salahuddin mengarahkan orang-orang Templar dan Hospitaller dikumpulkan. Lebih 200 orang kesatria Templar dikumpulkan pasca-Hattin termasuk Grand Master mereka, Gerard de Ridefort. Salahuddin tahu de Ridefort amat bernilai bagi pihak Salib lalu mengarahkan beliau ditukar dengan beberapa istana Salib yang terletak di Gaza.

Tetapi bagi kesatria-kesatria Templar lain, mereka tidak bernasib baik. Kebanyakan kesatria ini dihukum ma.ti oleh pihak Ayubiyyah kerana dari sudut pandang Salahuddin, mereka orang yang ga.n.as dan tiada fungsi jika dijadikan sebagai hamba. Anekdot baginda ini direkodkan oleh setiausaha dan penulis biografi Salahuddin, Imad al-Din. Baginda turut menghantar sepucuk surat kepada kerajaan Bani Abbasiyyah di Baghdad untuk memberitahu apa yang berlaku.

Di mata Salahuddin, mereka sudah tiada lagi. Tetapi untuk kempen Salib ketiga, mereka kembali membantu kempen Richard I dan mara dari Acre ke Jaffa. Bagaimanapun, usaha kempen tersebut berakhir dengan kegagalan dan Richard the Lionheart memilih pulang secara senyap-senyap ke Eropah menggunakan uniform Templar.

Untuk kempen-kempen Salib seterusnya, pihak Templar bukan saja membiayai kempen tetapi turut memperkenalkan pelbagai inovasi dalam pertem.pu.ran. Misalnya, untuk kempen pengepungan di Damietta pada 1218 dan 1219, pihak Templar menggunakan kapal ghali berperisai untuk kempen berkenaan. Bagaimanapun, kepungan tersebut tidak berhasil bukan saja akibat faktor cuaca tetapi tindakan Sultan al-Kamil melonggokkan ban.gk.ai-ban.gk.ai kapal di Sungai Nil.

Pihak Templar turut bertanggungjawab membiayai dan menyediakan sumber diperlukan untuk kempen Salib kelima. Bagaimanapun, kempen yang diketuai Raja Louis IX dari 1217 hingga 1221 berakhir dengan kegagalan selepas sekutu mereka, Sultan Kaykaus I tewas di Syria. Kegagalan mereka mara lebih jauh dari Damietta turut mendorong mereka memeterai perjanjian damai dengan al-Kamil selama lapan tahun dan berundur kembali ke Eropah.

Pada akhir abad ke-13, angkatan Templar telah diusir keluar dari Timur Tengah terima kasih kepada pengganti Dinasti Ayubiyyah, Dinasti Mamluk. Satu-satunya kubu mereka ialah di Acre tetapi itu juga berakhir dengan kejatuhan kota itu pada 1291. Dengan tamatnya semua kempen Salib di Timur Tengah, sokongan terhadap pihak Templar semakin merosot.

Keadaan ini dimanfaatkan oleh Raja Philip IV dari Perancis. Philip IV yang banyak berhutang akibat aktiviti pepe.ra.ngan dengan England pada awal abad ke-14 melihat ini peluang untuk merampas semua aset milik Templar. Atas sebab itu, hasrat penggabungan Hospitaller dan Templar sebagai sebuah organisasi baru merupakan alasan untuk menyiasat dan seterusnya memus.na.hkan mereka.

Rajah 5: Raja Philip IV

Bermula tahun 1307, ramai ahli Templar dihukum ma.ti atas kesalahan rasuah, murtad dan jen.ay.ah seksual. Menjelang 1312, Knight’s Templar sudah tidak lagi wujud dengan Grand Master terakhir mereka, Jacques de Molay diba.k.ar sampai ma.ti pada 18 Mac 1314. Sebelum menemui Penciptanya, de Molay menyumpah sesiapa yang terlibat dengan perlakuan ke.j.am ini akan ditimpa malang.

Dan itu yang dikatakan berlaku kepada Philip IV. Semasa keluar memburu di Pont-Sainte-Maxence, baginda dise.ra.ng strok dan menderita selama beberapa minggu sebelum mangkat pada 29 November 1314. Sementara Paus Clement V yang turut bersubahat dengan tindakan Phiip IV meninggal dunia tidak lama selepas hukuman de Molay dijalankan.

Walaupun ada menganggap Templar telah mu.sn.ah pada tahun 1312, sesetengah cendekiawan percaya sesetengah daripada mereka terselamat. Mereka merujuk kepada fakta Raja Portugal ketika itu, Denis I enggan tunduk kepada dekri Clement V yang mengarahkan mereka ditangkap dan semua harta mereka dirampas.

Di bawah perlindungan baginda, sesetengah ahli Templar ini membina semula organisasi mereka sebagai organisasi baru. Bagi mengelak kewujudan mereka diketahui, ada yang meneruskan aspirasi Templar di bawah nama Order of Christ dan Supreme Order of Christ of the Holy See. (Martin, 2005)

Rajah 6: Istana Convent of Christ di Tomar, Portugal yang turut berperanan sebagai ibu pejabat Order of Christ.

RUJUKAN:

Jones, Dan. (2019). The rise and fall of the Knights Templar. HistoryExtra.

Gershon, Livia. (2021). 10 Reasons the Knights Templar Were History’s Fiercest Fig.ht.ers. History.

Martin, Sean (2005). The Knights Templar: The History & Myths of the Legendary Military Order. Thunder’s Mouth Press. Halaman 140-142.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.