“Ma Qala inna sahabat inna rahmatan Indonesia ma Faqaali .. Kabarokatuh..” Haa sudah katanya bahasa Suryani. Bahasa Suryani atau kesan Surya tak dapat kita pastikan.
Tapi, tahukah anda semua bahawa sebenarnya Bahasa Suryani itu memang wujud dan itu merupakan bahasa bagi kitab Injil yang diturunkan buat Nabi Isa AS.
Bahasa ini dikenali juga sebagai bahasa Syriac Klasik. Bahasa ini digunakan meluas di daerah yang menjadi medan dakwah Nabi Isa AS iaitu di Filistin dan sekitarnya.
Manakala Kitab Zabur pula diturunkan dalam bahasa Qibti kepada Nabi Daud AS. Kitab ini diturunkan di Tanah Kan’an juga tanah Filistin dan menjadi bahasa pertuturan di sekitar tersebut.
Kitab Taurat pula diturunkan buat umat Bani Israil dengan dakwah Nabi Musa AS. Kitab ini diturunkan dalam bahasa Ibrani. Kitab ini digunakan oleh Nabi Musa AS sebagai panduan buat Bani Israil.
Dan yang terakhir, Kitab Al-Quran diturunkan kepada Umat Akhir Zaman dan kesemuanya.
Kitab ini diturunkan dalam Bahasa Arab dan menjadi panduan buat semua umat Manusia dan menceritakan tentang umat terdahulu dan segala syariat tentang muamalah dalam kehidupan.
Oleh : Muqri Nizam




No comments yet