Kalau tengok dalam filem The Mummy dan The Mummy Returns, ada satu kitab yang menarik perhatian. Evelyn Carnahan akan membaca kitab ini dan menyebabkan Imhotep bangkit semula daripada penjαrα αjαlnyα.
Semua mesti ingat nama buku tersebut: The Book of the Deαd, yang mengembalikan roh pada tubuh badan. Itulah mitos dalam agama Mesir Purba, bahawasanya kuasa Dewa Osiris boleh ditandingi dengan bait-bait ayat suci kitab. Namun seberapa ramai yang tahu… bahawa Kitab Mαµt sebenarnya wujud.
Pada masa ini, Mesir Purba diserap peradaban agung lain. Agama asing mengambil alih hati nurani rakyat Mesir. Dan akhirnya Kitab Mαµt menjadi buku purbakala.
Ramai biarawan Mesir memberi sumbangan pada kitab ini. Cuma seperti yang diceritakan, ia bukan satu kitab tunggal. Jadi orang ramai tidak mampu beramal padanya, barangkali dibiar dalam simpanan agamawan yang dijulang tinggi oleh masyarakat setempat.
Apabila Tamadun Mesir Purba jatuh, tiada siapa peduli pasal Kitab Mαµt. Seolah-olah dihalau jauh ke sudut gelap, untuk dilupakan dunia. Begitu lama lembaran kitab ini disimpan sampai habis berdebu.
Saban tahun, nilai keagamaannya pun hilang. Dan dunia melihatnya sebagai artifak sejarah. Sejak Zaman Pertengahan lagi, orang ramai tahu tentang kewujudan Kitab Mαµt. Mesti ada yang mengembara jauh semata-mata untuk cari helaian kertas Kitab Mαµt, walaupun kandungannya tidak dapat difahami.
Pada tahun 1842, seorang pakar arkeologi bernama Karl Richard Lepsius menerbitkan terjemahan sebuah manuskrip Kitab Mαµt daripada zaman Kerajaan Ptolemaic.
Setelah Sekian Lama Berjauhan
Zaman sekarang memang banyak kitab suci. Contohnya al-Quran dan Bibel. Kedua-dua kitab ini berfungsi secara tunggal. Malah al-Qur’an mempunyai surah dan juzuk yang saling melengkapi. Jadi al-Qur’an tidak wajar dibandingkan dengan Kitab Mαµt.
Kerana ada perbezaan dari segi amalan keagamaan dan pemahaman. Kitab Mαµt mempunyai ayat-ayat yang tidak berhubung. Apa yang terhenti memang berhenti. Apa yang tersambung akan bersambung. Tetapi macam mana kalau ada helaian kertas yang koyak? Maka kajian pun tidak lengkaplah.
Pihak Teece Museum of Classical Antiquities di New Zealand tidak bernasib baik. Mereka mempunyai sebuah skrol Kitab Mαµt yang bersaiz 5 x 48 sentimeter. Untuk menjaga keselamatan skrol ini, mereka menggunakan teknologi imbasan.
Hari ini skrol tersebut boleh dibaca secara atas talian, menggamit perhatian sejauh Los Angeles. Masalahnya, Los Angeles mempunyai Getty Research Institute (GRI). Mereka pun ada skrol sendiri.
Dan setelah meneliti skrol New Zealand, habis semua orang di GRI terduduk. Rupa-rupanya Skrol New Zealand dan Skrol Los Angeles berasal daripada Kitab Mαµt yang sama (Davis-Marks, 2021).
Dua cebisan yang melengkapkan antara satu sama lain. Babak yang diceritakan akhirnya lengkap. Mantera dibaca pun lengkap. Segalanya lengkap.
Tetapi New Zealand dan Los Angeles tidak boleh melepaskan hak mereka semata-mata untuk menyatukan Kitab Mαµt ini. Lalu mereka membuat keputusan yang menguntungkan semua. Mereka gabungkan kedua-dua skrol ini dengan menggunakan teknologi imbasan dan pembetulan gambar (image correction).
Hari ini, kedua-dua pihak menerbitkan dua skrol ini secara digital… membawa satu dimensi baru dalam ilmu sejarah Mesir Purba.
RUJUKAN:
Bunson, M. (2014). Encyclopedia of Ancient Egypt. Infobase Publishing. Halaman 72.
Davis-Marks, I. (2021, Julai 20). Fragments of Ancient Egyptian ‘Book of the (ditapiskan)’ Reunited After Centuries. Smithsonian Magazine.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih