Selasa, 20 Oktober 202620 Okt 2026
Mutiara Islam

Kita Raya Harini, Tapi Kenapa Indonesia 'Lebarannya' Ada 3 Hari Berbeza?

Setiap kali menjelang Aidilfitri, umat Islam akan menunggu pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal. Sama ada raya terkejut atau tidak.

Namun di Indonesia, fenomena berbeza sering berlaku, ada tahun di mana rakyatnya menyambut Hari Raya pada dua atau bahkan tiga tarikh berbeza.

Keadaan ini mungkin mengelirukan bagi orang luar, tetapi ia sebenarnya berpunca daripada perbezaan kaedah dalam menentukan anak bulan.

Secara asasnya, terdapat dua pendekatan Utama iaitu rukyah (melihat anak bulan secara fizikal) dan hisab (pengiraan astronomi).

Organisasi besar seperti Nahdlatul Ulama menggunakan rukyah, manakala Muhammadiyah menggunakan hisab dengan kriteria tertentu seperti “wujudul hilal”.

Perbezaan ini menyebabkan ada yang beraya lebih awal, dan ada yang lewat sehari.

Kerajaan Indonesia melalui Kementerian Agama Republik Indonesia (KEMENAG) akan mengadakan sidang isbat untuk menentukan tarikh rasmi.

Namun, keputusan ini tidak mengikat semua pihak, kerana setiap organisasi mempunyai autoriti sendiri dalam berijtihad.

Menariknya, selain dua arus utama ini, terdapat juga kes-kes terpencil yang lebih unik.

Antaranya berlaku di wilayah Maluku, di mana satu komuniti dilaporkan menyambut Aidilfitri pada 17 haribulan, jauh berbeza daripada tarikh rasmi negara.

Kes seperti ini biasanya berpunca daripada amalan tradisi tempatan atau tafsiran tersendiri terhadap kalendar Islam, yang tidak selari dengan kaedah arus perdana.

Lebih kontroversi ialah kes individu yang mendakwa menentukan tarikh raya berdasarkan pengalaman peribadi.

Pernah dilaporkan seorang individu di Indonesia menyatakan bahawa dia “menelefon sendiri kepada Allah” untuk mendapatkan kepastian tarikh Aidilfitri.

Kenyataan ini mencetuskan kecaman ramai dan dianggap sebagai menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.

Kerana dalam Islam penentuan awal bulan mempunyai kaedah yang jelas sama ada melalui rukyah atau hisab, bukan melalui dakwaan peribadi tanpa sandaran ilmiah.

Fenomena seperti ini menunjukkan bahawa kepelbagaian dalam menentukan tarikh raya di Indonesia bukan hanya melibatkan perbezaan metodologi ilmiah, tetapi juga kadangkala dipengaruhi oleh faktor budaya, tradisi, dan dalam kes tertentu, salah faham terhadap ajaran agama.

Walaupun begitu, majoriti umat Islam di Indonesia tetap mengikuti keputusan organisasi besar atau kerajaan.

Perbezaan satu hari antara rukyah dan hisab adalah perkara biasa dan masih dalam ruang perbezaan yang diiktiraf ulama mereka.

Tapi perlu diingatkan bahawasanya dalam hadis oleh Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Berpuasalah jika kamu melihatnya (anak bulan), dan berbukalah (berhari raya) jika kamu melihatnya (anak bulan)”

Riwayat al-Bukhari (1909) dan Muslim (1081)

Namun kes-kes terpencil seperti di Maluku atau dakwaan luar biasa individu tertentu tidak mewakili amalan majoriti umat Islam.

Kesimpulannya, perbezaan “Lebaran” di Indonesia berlaku kerana kepelbagaian pendekatan dalam menentukan anak bulan, ditambah dengan faktor sosial dan tempatan.

Walaupun ada kes yang pelik dan kontroversi, ia sebenarnya meliputi masyarakat kecil berbanding keseluruhan masyarakat.

Apa yang lebih penting, semangat Aidilfitri tetap sama dalam meraikan kemenangan, memohon keampunan, dan mengeratkan hubungan sesama manusia, walaupun tarikhnya tidak seragam.

Kita sebagai rakyat Malaysia kena bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia, bayangkan jela, nak raya sampai beza hari, aku makan tapi jiran puasa lagi. Haihhh

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet