Di saat ada media yang cuba memfokuskan isu kekurangan PPE semalam sehingga mencetus rasa panik [1], saya tetap menganggap sidang media Ketua Pengarah Kesihatan petang kelmarin adalah berita paling baik pernah kita dapat sepanjang wabak ini.

Kenapa?

Kerana Dr Noor Hisham adalah penjawat awam. Dia bukan ‘people pleaser’ yang perlu cari undi rakyat untuk mengekalkan jawatan.

Jadi apabila beliau mengatakan PKP Fasa 3 (bermula hari ini) berkemungkinan mampu MENAMATKAN terus wabak, ia adalah satu khabar gembira yang menenangkan jiwa setiap kita.

Kata-kata beliau bersandarkan statistik kejayaan yang sangat memberansangkan:

1. Semalam adalah hari ke 5 kita mencatatkan kes sembuh mengatasi kes positif baharu. Dan semua ini berlaku hanya dalam tempoh 8 hari.

Ini bermakna pada minggu terakhir PKP Fasa 2, hanya 3 hari kita mencatatkan peningkatan kes aktif. Baki 5 hari lagi mencatatkan penurunan.

Malahan kita berjaya menafikan analisis JP Morgan apabila jumlah kes positif kita masih di bawah 5000 berbanding jangkaan 6200 kes oleh institut antarabangsa tersebut

2. Tiada langsung petugas kesihatan dijangkiti ketika menguruskan pesakit kes positif – membuktikan keberkesanan SOP sedia ada serta kekompetanan setiap anggota yang terlibat.

3. Kapasiti rawatan pesakit Covid kita berjaya ditingkatkan kepada 7000 orang, jauh melepasi kadar kes aktif setakat semalam (13 April) iaitu 2,464 pesakit. Ini termasuk pembukaan pusat rawatan dan kuarantin MAEPS Serdang hanya dalam tempoh 4 hari yang dipuji media Jepun.

4. Kita berjaya melaksanakan 81,730 pengujian atau nisbah 2490 pengujian per sejuta penduduk. Hampir 50000 pengujian ini dilaksanakan hanya dalam tempoh 2 minggu PKP Fasa 2 melalui kerjasama MOSTI dan KPT.

Jumlah pengujian ini tidak termasuk ujian yang belum ada keputusan (pending case).

Pengujian kita juga berketepatan tinggi berbanding serological test yang diamalkan oleh sesetengah negara jiran yang akhirnya terbukti bermasalah.

5. Kerajaan hari ini juga memberi sepenuh kepercayaan kepada penjawat awam. Ini boleh kita lihat apabila inisiatif KPT bagi membawa pulang mahasiswa segera dibatalkan setelah diberi nasihat oleh Dr Noor Hisham.

Kepercayaan tinggi kepada kebolehan penjawat awam ini adalah antara punca kenaikan moral barisan hadapan kita.

6. Rakyat juga memberikan kepercayaan kepada kerajaan hari ini. Tak pernah kita lihat di negara lain, apabila seorang ketua kerajaan mengumumkan lanjutan perintah berkurung maka ia akan disambut penuh gembira oleh segenap lapisan rakyat.

Malaysia je lain.

Kegembiraan ini bukan dibuat-buat melainkan berdasarkan keyakinan bahawa apa yang sedang dijalankan hari ini adalah 100% demi kebaikan negara.

Percayalah tuan-tuan. Perang ini sudah hampir tamat.

Dan kita sedikit sahaja lagi akan menang

#KitaAkanMenang

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

RUJUKAN:

[1] https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/13/health-d-g-says-current-ppe-supply-can-only-last-two-weeks-calls-for-donati/1856395


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Kejuruteraan Elektrik Kuasa daripada Universiti Tenaga Nasional. Berpengalaman hampir 10 tahun di alam pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan jabatan. Beriltizam melihat perpaduan negara melalui amalan politik yang sihat dan sejahtera. Melihat fitnah dan adu domba sebagai ancaman sebenar negara yang perlu dilawan semua.

Comments are closed.