Sistem tulisan dan bahasa Hebrew dah pupus sebelum Negara Haram Israel ditubuhkan pada 1948. Jauh sebelum itu, orang-orang Yahudi nak belajar Kitab mereka, kena rujuk Septuagint yang telah di terjemah ke dalam bahasa Latin atau yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Aramaik sebab dah tak aae siapa boleh faham bahasa asal Yahudi tersebut. Para Rabbi hanya memahami sebahagian sahaja bahasa Hebrew dan tidak lagi menjadi bahasa pertuturan dalam kalangan bangsa Yahudi.

Semua berkenaan Hebrew telah pupus semasa era Byzantine. Namun begitu, ia dibangunkan semula pada zaman Uthmaniyyah yang lebih bertoleransi dengan Yahudi. Ya, Kerajaan Islam bantu Yahudi membangunkan kembali bahasa Hebrew. Sejak kurun ke-16M, Uthmaniyyah banyak bantu Yahudi bangkitkan kembali Bahasa dan Tulisan Hebrew termasuklah terjemahkan terma-terma Arab kepada Bahasa Yahudi (Kamus Arab-Hebrew). Uthmaniyyah juga membenarkan Kelompok Yahudi kembali ke Palestin untuk membina penempatan dan beribadat di Tembok Barat yang menjadi tempat suci mereka.

Sekitar 1880, baharulah bahasa dan sistem tulisan Hebrew menjadi Lingua Franca bagi kaum Yahudi di Palestin dan seluruh Asia Barat dan Eropah. Kesungguhan mereka membangkitkan sistem tulisan tersebut menyebabkan self-esteem Yahudi bertambah kuat sehingga dilihat rasis di Jerman dan Rusia sehingga membawa kepada peristiwa Genosid oleh Nazi pada perang dunia kedua.

Kebangkitan identiti bahasa dan sistem tulisan ni sangat power sehingga sekarang, Yahudi walaupun tak ramai, mereka telah menjadi pemain ekonomi utama dunia. Selain Yahudi, bangsa lain yang maju atau menjadi Penakluk Agung setelah bangkitkan sistem tulisan mereka tersendiri ialah Mongol, Manchu, Hangui, China, Roman, India dan Turki.

Turki Adaptasi tulisan skrip Arab dan gunapakai ia sebagai Lingua franca di seluruh Anatolia, Timur Dekat dan Asia Tengah menyebabkan penyebaran Islam di Zaman Turki Uthmaniah semakin berkembang sehingga menyebabkan Bangsa Turki lain yang gasar seperti Uyghur tertarik untuk memeluk Islam.

Di negara antah-berantah, nak bangkitkan kembali penggunaan tulisan jawi pun dapat tentangan sampai mendesak menterinya letak jawatan. Apa yang mereka takutkan sangat ek? Padahal dalam kocek penuh pitih bercacahkan tulisan jawi?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.