Berpeluang melawat The Hanging Church (El Muallaqa) bertempat di Mar Girgis. Mesir di dalam catatan Bible, begitu signifikan. Ianya saksi kisah hidup Moses dan antara laluan pelarian Mary dan Jesus. Terus teringat akan kenangan hubungan Muslim dan Kristian dalam sejarah yang berbolak balik.
Hubungan di antara Islam dan Kristian Koptik di Mesir berjalan harmoni. Tiada permusuhan. Didapati dalam gereja tersebut, ada foto lama yang merakamkan lawatan harmoni Raja Fuad, pemerintah Islam dari dinasti Ali Pasha. Negara Islam menjamin kebebasan & keamanan penganut agama lain. Naungan keselamatan termeterai.
Rahmat buat sekelian alam.
Reconquista. Teringat pada 1492, Fall of Granada. Apabila kota terakhir Andalusia itu ditawan oleh kerajan kristian Ferdinand dan Isabella, orang Islam ramai dibvnuh. Sesiapa yang ketahuan solat atau puasa akan dis3ksa, dib4kar. Polisi Liempeza de sangre mewajibkan semua rakyat jajahan Sepanyol beragama Kristian. Di wilayah Albayzin Granada, orang Islam beramai ramai dipaksa untuk dibaptis.
Begitu juga yang terjadi di Nusantara. Negeri Amanillah (kini Manilla, Filipina) setelah dijajah kerajaan latin, telah dipaksakan rakyatnya menganut Kristian. Kota Melaka juga mengalami nasib yang sama. Madrasah dan Masjid habis diranapkan api peperangan. Tiada belas kasihan.
Tetapi berbeza sekali dengan kisah Syeikh Abdul Qadir al-Jazair. Apabila dia ditangkap kerana berjihad m3lawan penjajah Perancis, dia dibuang negeri ke Damsyik. Di sana, berlaku suatu peristiwa. Orang-orang Kristian dan Muslim saling bertelingkah. Sehinggakan Druze menyerang suku Kristian, membvnuh lebih 3,000 orang. Syeikh Abdul Qadir al-Jazair telah memberi amaran kepada kedutaan Perancis serta Majlis Damaskus bahawa akan berlaku rvsuhan.
Apabila tragedi berd4rah itu berlaku, dia keluar dan melindungi sejumlah besar orang Kristian, termasuk bebrapa ketua konsulat asing serta kumpulan agama seperti Sisters of Mercy, di rumahnya. Anak sulungnya dihantar keluar untuk menawarkan kepada orang Kristian perlindungan. Jasanya diabadikan dan dikagumi, sampaikan ada tentera Perancis yang masuk Islam. Kubur muallaf Perancis ini masih boleh didapati di Damsyik,.
Islam menjamin keselamatan setiap insan, mengenepikan apa pun perbedaan.
Berapa ramai yahudi yang diselamatkan oleh Sultan Beyazid II (anak Sultan Fateh) ketika misi menyelamatkan warga Granada dari kezaliman Spanish Inquisition. Teramat kejam Sepanyol ketika itu, asalkan bukan Kristian pasti dibantai, dis3mbelih. Berbeza dengan Islam yang mengakui mahalnya harga d4rah.
Islam mengajar dunia, untuk hidup aman, bukan dengan dendam.
Allah berfirman:
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
(Surah AL An’am:108)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih