Pernah dengar tak tentang tikus berkaki panjang ini? Mendengar namanya saja mesti kita seram sejuk. Sudahlah tikus ini jijik dengan tempat tinggal yang kotor, tambahan lagi dengan kakinya yang panjang melepasi tubuhnya macam alien. Mesti kita berlari lintang-pukang lepas melihat tikus tersebut.
Namun, tikus berupa sebegitu sebenarnya wujud tapi bukan wujud di Malaysia, tikus ini menetap di kawasan barat Amerika Utara.
Nama bagi tikus berkaki panjang ini adalah tikus kanggaru atau Kangaroo Rat yang mempunyai kumpulan genus sendiri iaitu genus Dipodomys. Jenis habitat tikus ini adalah kawasan berpasir atau tanah lembut, sesuai untuk tikus ini menggali untuk membina sarang.
Tikus kanggaru adalah haiwan nokturnal iaitu haiwan yang biasa berburu pada waktu malam, sensitif kepada suhu ekstrim, dan hanya bersembunyi dalam sarang apabila bencana berlaku di kawasan habitatnya.
Kepelbagaian spesis tikus kanggaru biasanya ditentukan habitat jenis apa yang tikus ini menetap. Seperti Banner-tailed Kangaroo Rat, spesis tikus ini menetap di kawasan berumput.
Tikus kanggaru mempunyai kaki belakangnya yang panjang berbanding kaki hadapannya. Tikus dewasa mempunyai berat antara 70-170 gram dan berekor lebih panjang dari badannya. Kepala tikus ini besar namun mempunyai pipi berbentuk poket dalam mulutnya, berperanan sebagai penyimpan makanan apabila tikus memasukkan makanan seperti biji tumbuhan atau serangga dalam mulut.
Bulu tikus kanggaru adalah perang kayu manis dan kelabu-kehitaman, bergantung kepada jenis spesis. Ukuran panjang kaki belakang tikus juga bergantung kepada jenis spesis. Namun cirinya tetap sama: kaki belakang yang panjang seperti kaki kanggaru.
Ketika tikus kanggaru ini bergerak, ia cenderung untuk melompat seperti apa kanggaru melompat. Tikus ini melompat sejauh 6 hingga 9 kaki dalam kelajuan 10 kaki/saat. Uniknya lompatan tikus ini ia boleh membelok dengan laju semasa melompat. Dengan lompatan sebegitu, tikus ini mampu melarikan diri dari menjadi makanan pemangsa seperti burung hantu, koyote, musang, badger, dan ular.
Mempunyai kaki panjang adalah ciri tikus kanggaru terpenting apabila mandiri dalam kawasan yang terdedah tanpa tempat persembunyian. Kelajuan adalah perlu bagi mengelak menjadi mangsa. Maka, tikus ini berevolusi berjuta-juta lamanya dengan memanjangkan kaki, bagi memastikan pengekalan genus tikus ini.
Sarang tikus kanggaru di bawah tanah mempunyai sistem galian yang kompleks. Sarangnya mempunyai beberapa ruang untuk tujuan tertentu: tempat tidur, membiak dan simpanan makanan. Saiz sarang bergantung kepada beberapa ekor tikus kanggaru dan jumlah simpanan makanan.
Sarang bawah tanah amat penting bagi tikus kanggaru apabila tiba bencana seperti peningkatan suhu ekstrim atau taufan. Bagi memastikan suhu dalam sarang sentiasa lembap, lubang sarang ditutup dengan tanah. Tikus ini sentiasa berada dalam sarang pada waktu pagi, menanti waktu malam untuk memulakan pemburuan.
Tikus kanggaru hidup dalam koloni walaupun biasa memburu sendirian. Biasanya hubungan sesama tikus terutamanya tikus jantan berlaku apabila merebut tikus betina. Tikus jantan bersifat berkuasa dan lebih agresif manakala tikus betina lebih bertoleransi dengan tikus lain. Jadi, mudah tikus betina mengurus koloni serta mengawal simpanan makanan dalam sarang.
Tikus kanggaru ini tidak terancam lagi kerana ciri-cirinya yang mudah membiak dan mampu melarikan diri dari pemangsa yang menjadi faktor utama kepada kemandirian haiwan ini. Ia masih berkeliaran di kawasan berpasir, menikmati waktu malamnya merayau-rayau mencari rezeki.
RUJUKAN:
Merlin, P. (2014). “Heteromyidae: Kangaroo Rats & Pocket Mice”. Arizona-Sonora Desert Museum web site. Arizona-Sonora Desert Museum.
Patton, J.L. (2005). “Family Heteromyidae”. In Wilson, D.E.; Reeder, D.M (eds.). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (3rd ed.). Johns Hopkins University Press. pp. 844–849.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih