Susah payah kemurungan dikatakan hanya pes4kit-pes4kitnya sahaja yang tahu. Bagaimana dunia menjerut dan menggari jiwa seperti ular yang membelit.
Seolah-olah harapan dalam dunia ini hanyalah mimpi dan dongengan semata-mata. Hari demi hari kemanisan hidup semakin hilang.
Hanya yang tinggal dalam badan ialah kekosongan dimana terkvbvrnya jiwa seorang manusia. Ke sana ke sini badan ini menyingsing, kadangkala ketandusan bau, rasa dan warna.
Bayangkan dunia hitam putih – benar dan palsu hanyalah sebutan. Perut lapar tetapi tekak terikat. Makanan yang enak ditelan kosong.
Entah apa yang bermain dalam fikiran Phillip Herron pada saat-saat terakhir apabila daya pertimbangannya terbeku akibat duka melampau. Untuk seorang bapa yang mesra akui bahawa anak-anaknya akan lebih elok tanpanya, itu memang sangat tr4gis.
Phillip ditemui m4ti dalam keretanya pada 18 Mac 2019. Beberapa minit sebelum aj4l menimpanya, beliau memuatnaikkan gambarnya sendiri di media sosial.
Masalah kemurungan Phillip sebenarnya meruncing daripada ketidakstabilannya dari segi kewangan. Dalam akaun banknya hanya tinggal £4.61 sahaja. Tiada isteri. Terpaksa berhenti kerja di kilang untuk menguruskan anak-anak. Sewa rumah tertunggak.
Notis keluar rumah sudahpun diterima. Hutang pula mencecah £20,000, termasuk hutang-hutang segera yang diberikan pada kadar faedah 1,000% (Dunphy, 2019). Sedang l3mas kerana hutang, Phillip mempunyai tiga orang anak pula.
Jalan terakhirnya ada pada Universal Credit sahaja. Inisiatif ini merupakan cetusan Iain Duncan Smith sebagai Setiausaha Negara (dalam hal ehwal) Pekerjaan dan Pencen dibawah kerajaan David Cameron.
Sebelum Universal Credit diperkenalkan, United Kingdom mempunyai sekurang-kurangnya enam jenis bantuan sosial:
(1) Elaun Pekerjaan dan Bantuan dan (2) Elaun Cari Kerja. Kedua-dua ini tertakluk kepada pendapatan semasa juga. (3) Bantuan Pendapatan, (4) Kredit Cukai Kanak-Kanak, (5) Kredit Cukai Pekerjaan dan (6) Bantuan Perumahan.
Enam bantuan ini memerlukan enam permohonan berbeza sekaligus enam semakan dan jika gagal enam semakan. Maka Akta Pembaharuan Bantuan 2012 digubal untuk Universal Credit yang menggabungkan keenam-enam bantuan ini dibawah suatu bidangkuasa.
Cuma ada satu masalah dengan Universal Credit. Pemohon perlu tunggu lima minggu. Phillip tidak boleh menunggu kerana keadaannya sudahpun mendesak.
Maka Phillip membuat keputusan. Umurnya yang 34 tahun takkan merasai hari-hari akan datang. Pening dengan masalah kewangan, beliau meninggalkan nota bvnvh diri bahawa tiga orang anaknya akan lagi senang tanpanya.
Dan bukan Phillip sahaja yang menjadi m4ngs4 kepada penantian Universal Credit. Debbie Abrahams daripada parti pembangkang Buruh dipetik mengatakan bahawa puluhan ribuan keluarga mengalami kesukaran untuk hidup dalam penantian demi Universal Credit (Walker, 2017).
Sesiapa yang memohon Universal Credit pada 14 November takkan mendapat wang sehingga selepas Hari Krismas. Maka perayaan akan disambut dengan begitu suram, sememangnya suatu realiti di semua negara.
Realiti itu juga dirasai Phillip yang ibunya terpaksa menggeledah emel dan rakaman panggilan sebagai jejak-jejak langkah kehidupannya.
Beberapa bulan sebelum kem4tiannya, Phillip didapati terlalu banyak menjerkah kepada anak-anak dan menangis dalam panggilan. Beliau sudahpun bercakap tentang bvnvh diri kepada beberapa orang (tetapi tidak memberitahu ibunya).
Dugaan dalam hidup telah mengubahkan seorang lelaki begitu cekal. Namun beliau masih boleh senyum di hadapan anak-anak.
Anak bongsunya pula berada dalam keadaan trauma, siap pernah bermimpi Phillip menjenguknya. Puas dirayu jangan pergi, tetapi bila bangun Phillip tiada. Bukan Phillip saja tiada – kaunseling pun tidak diberikan untuk memulihkan jiwa si kecil yang belum kenal erti dunia.
Dan jurucakap Jabatan Pekerjaan dan Pencen hanya berkata, “bvnvh diri ialah isu yang rumit. Jadi mana boleh hubungkan (bvnvh diri) dengan tuntutan bantuan.” (Bulman & Polianskaya, 2017).
RUJUKAN:
Bulman, M., & Polianskaya, A. (2017, December 28). Attempted (ditapiskan) by disability benefit claimants more than double after introduction of fit-to-work assessment. The Independent. Retrieved from (Request Link)
Dunphy, L. (2019, July 20). Single dad with just £4.61 took own life after waiting weeks for Universal Credit. Mirror. Retrieved from https://www.mirror.co.uk/news/uk-news/single-dad-just-461-took-18457364
Walker, P. (2017, November 23). Labor criticizes delays to universal credit changes. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/society/2017/nov/23/labour-criticises-delays-to-universal-credit-reforms
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih