Sekumpulan pelancong asing dari China melawat sebuah perkampungan terpencil di salah sebuah negeri di Malaysia. Tujuan mereka melawat perkampungan tersebut bukanlah kerana reputasi kecantikan flora dan fauna di situ, tetapi mereka sering dimomokkan kisah pemburuan babi hutan di kawasan tersebut. Maka mereka membayangkan diri mereka sendiri memburu babi hutan di situ.
Masalahnya, kawasan tersebut tidak mempunyai babi hutan. Penduduk di situ menggaru kepala mereka bagaimana hendak menyakinkan pelancong tersebut.
Punyalah pujuk, mereka tetap tidak percaya dan menyangka bahawa penduduk di situ malas.
Penat hendak menyakinkan mereka, mereka berkumpul untuk bersidang mencari jalan penyelesaian.
Salah seorang daripada orang tua kampung tersebut mendapat ilham lalu berkongsikan pandangannya. Semua penduduk bersetuju dan mereka menggerakkan rancangan mereka.
Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama bertemu dengan kumpulan pelancong tersebut dan bersetuju membawa mereka memburu di hutan sekitar kampung mereka.
Terlebih dahulu, kumpulan kedua pula bergerak melalui jalan lain bersama senjata rahsia mereka.
Sampai di lokasi pemburuan, kumpulan pertama memberi isyarat rahsia kepada kumpulan kedua tanpa disedari kumpulan pelancong tersebut yang sudah ghairah hendak memburu.
Tiba-tiba kedengaran bunyi dahan-dahan pokok dan daun dilanggar berserta bunyi babi bertempik.
Apa lagi, kumpulan pelancong itu pun menembak babi-babi berwarna hitam yang bertempiaran tadi.
Maka puas hatilah kumpulan pelancong China tadi kerana berjaya memaksa penduduk tempatan tersebut membawa mereka pergi memburu babi hutan.
Dan tak lupa juga, pemilik babi hitam yang mendapat imbuhan besar hasil menjual babi-babinya untuk ‘pemburuan’ tersebut.
Pengajaran dari kisah di atas.
1. Ada orang yang bijak tapi bodoh. Sebab itu orang yang bersijil pun boleh diperbodohkan.
2. Ada orang yang nampak bodoh tapi bergeliga.
3. Orang yang kurang bekerja belum tentu malas, mungkin mereka lebih pandai menyiapkan kerja.
Oh ya, kisah kali ini adalah kisah benar. Lokasi dirahsiakan untuk melindungi penduduk kampung tersebut.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih