Bani Quraizah merupakan salah satu suku atau kabilah yang terbesar di Kota Madinah. Pada asalnya,mereka sangat patuh dan taat kepada Piagam Madinah hinggalah suatu ketika.
Pada ketika itu,terjadilah pertempuran Khandaq (parit) atau pertempuran Ahzab (tentera bersekutu).Ketika itu, pasukan Quraish Mekah telah bersekutu dengan beberapa kabilah Arab dan Yahudi. Jumlah mereka mencecah 10 000 orang. Pasukan ini berarak dari Kota Mekah menuju ke Kota Madinah dengan tujuan untuk menghapuskan Islam di muka bumi.
Setelah Rasulullah SAW mendapat khabar ini, baginda bermusyawarah bersama dengan para sahabatnya. Para sahabat RAH bersepakat untuk bertahan dari dalam kota Madinah. Sayyidina Salman Al-Farisi RAH mengusulkan supaya digali parit di sekeliling Kota Madinah. Dengan penggalian parit ini dapat menghadang kemaraan pasukan Ahzab.
Maka, Rasulullah SAW bersetuju dengan pendapat ini dan memulakan penggalian. Manakala di belakang Kota Madinah terdapat benteng Yahudi Bani Quraizah yang setia bersama dengan Rasulullah SAW untuk bersama mempertahankan Kota Madinah.
Jumlah pasukan Muslimin seramai 3 000 orang.Dari segi bilangan pasukan,pasukan Muslimin telah kalah jumlah dengan pasukan Ahzab.Namun,itu bukan alasan mereka untuk mengalah sebelum berp.era.ng.
Parit yang digali bersama telah siap digali. Pasukan Muslimin telah berkhemah di bukit Sala’ dan menanti ketibaan pasukan Ahzab. Tidak lama selepas itu ,tibalah pasukan Ahzab di Kota Madinah Al-Munawwarah. Mereka amat terkejut melihat parit yang digali untuk menghadapi mereka. Ini disebabkan belum pernah sebelumnya di dalam sejarah bangsa Arab berp.era.ng menggunakan parit.
Pasukan Ahzab terus mengepung Kota Madinah dari luar. 3Semasa pengepungan pasukan Quraish ini berlaku, seorang pemuka Yahudi yang bernama Huyay bin Akhtab Al-Nadhri telah menemui ketua kabilah Bani Quraizah yang bernama Kaab bin Asab Al-Qarzi.
Huyay bin Akhtab sedaya upaya menghasutnya untuk mengingkari piagam Madinah yang dimetrai bersama dengan Rasulullah SAW. Dia berkata: “Aku telah menjemput kabilah Quraish bersama pemuka mereka, aku telah menjemput Kabilah Bani Ghatafan bersama pemuka mereka. Mereka semua telah berjanji bahawa mereka tidak akan berganjak sebelum mereka menghapuskan Muhammad dan pengikutnya hingga ke akar umbinya”.
Kaab bin Asad menjawab: “Kau telah membawa kepada aku hari ini dengan satu perkara yang terhina di sepanjang masa. Apakah kau ini wahai Huyay. Tinggallah aku dengan caraku ini.Aku tidak melihat Muhammad itu kecuali kebenaran dan keikhlasan.”
Huyay bin Akhtab sedaya upaya menghasut pemimpin Bani Quraizah serta pemuka mereka untuk bersekutu dengan pasukan Ahzab untuk menghapuskan Rasulullah SAW. Akhirnya, Bani Quraizah terpengaruh dengan dakyah yang dilakukan oleh Huyay bin Akhtab ini.
Mereka bersepakat untuk membenarkan pasukan Ahzab melalui kubu mereka dan masuk ke dalam Kota Madinah. Mendengar khabar ini,Rasulullah SAW mengirim Sayyidina Saad bin Muaz RAH ke perkampungan Bani Quraizah untuk memastikan kebenaran berita yang diterima ini.
Sayyidina Saad bin Muaz RAH kembali dari perkampungan Bani Quraizah dan mengatakan bahawa Bani Quraizah telah mengkhianati Rasulullah SAW. Perasaan kaum Muslimin pada ketika itu bercampur baur. Mendengar khabar pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah ini menambahkan lagi ketakutan dalam diri mereka. Puak munafiqin tidak kurang hebat juga dalam meniupkan ketakutan dalam diri kaum Muslimin pada ketika itu.
Kaum Muslimin telah tersepit ditengah tengah kaum Musrikin dan pasukan Ahzab. Akhirnya,bantuan dari Allah SWT tiba jua. Sesungguhnya,Allah SWT tidak akan membiarkan hambanya menghadapi ujian yang getir ini bersendirian. Seorang pemimpin dari pasukan Ahzab yang bernama Nuaim bin Mas’ud telah menghadap Rasulullah SAW dan menyatakan keislamannya. Keislamannya ini tidak diketahui langsung oleh mana mana pihak kecuali Kaum Muslimin.
Maka, Rasulullah SAW meminta Nuaim bin Mas’ud memainkan helah dan tipu daya untuk memecahkan pasukan Ahzab dan pasukan Yahudi. Nuaim bin Mas’ud berjaya melakukan ini dan ini menyebabkan pasukan Ahzab telah terpecah kepada dua ekoran ketidak puasan hati sesama mereka.
Bantuan yang seterusnya dari Allah SWT ialah angin kencang yang menggoncangkan pasukan Ahzab. Angin ini telah membadai keseluruhan pasukan Ahzab hingga tidak tersisa. Maka,tewaslah pasukan Ahzab di pertempuran Khandaq ini.
Setelah p.eperang.an usai, Rasulullah SAW bergerak ke perkampungan Bani Quraizah dan mengarahkan mereka berserah diri. Namun, mereka enggan melakukan sedemikian. Mereka bertahan didalam kubu mereka.Rasulullah SAW mengepung kubu Bani Quraizah ini selama 15 hari.
Akhirnya, Bani Quraizah bersetuju untuk berserah kepada Rasulullah SAW. Disebabkan Bani Quraizah ini dahulunya bersahabat baik dengan Kabilah Aus maka Rasulullah SAW menyerahkan hukuman mereka kepada Kabilah Aus untuk memutuskannya.
Kabilah Aus mengangkat Sayyidina Saad bin Muaz RAH untuk menjadi hakim kepada pengadilan Yahudi Bani Quraizah ini.Sayyidina Saad bin Muaz RAH memutuskan bahawa para penentang di kalangan mereka hendaklah dib.unu.h manakala perempuannya ditawan.
Maka tamatlah riwayat Yahudi Bani Quraizah di kota Madinah yang disebabkan pengkhianatan mereka sendiri terhadap Rasulullah SAW.
RUJUKAN:
Fiqh Sirah – Syeikh Said Ramadhan Al-Buti
Sang Yatim Janji dan Kemenangan yang dijanjikan – Prof Dr Muhammad Sameh Said
Artikel dikirimkan oleh Muqri Nizam untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih