Apabila mendengar mengenai sushi, anda mungkin akan memikirkan tentang sushi salmon. Setiap restoran Jepun menyajikannya dan itu adalah faktor penting dalam kejayaan gastronomi Jepun yang terkenal di dunia.

Tetapi adakah anda tahu idea untuk sushi salmon tidak berasal dari Jepun?
Sebenarnya, salmon mentah tidak memasuki pasaran negara itu sehingga tahun 1995 dan, sebelum itu, ikan selalu dihidangkan dimasak. Hari ini, ia adalah salah satu hidangan paling popular dalam masakan Jepun. Bagaimana ia berlaku?

Inilah cara Norway meyakinkan Jepun bahawa sushi dibuat dengan salmon.
Pada tahun 1970-an, Norway mula menternak salmon untuk diedarkan di seluruh dunia. Ini adalah aktiviti baru, dan salmon dilihat sebagai barang mewah. Pengeluaran mula berkembang dengan pesat.

Ini merupakan inisiatif yang berjaya, kerana pada dekad berikutnya, Norway sahaja menguasai separuh daripada pengeluaran global, dengan keupyaan lebih dari 400,000 tan salmon. Semuanya kelihatan baik untuk masa depan.

Tetapi selepas 1989, ada satu masalah: Norway mempunyai terlalu banyak salmon. Walaupun ia mengeksport, negara ini tidak dapat mencari pelanggan yang cukup untuk membeli ikannya. Masalahnya sangat ketara sehingga mereka terpaksa mula membekukan salmon!

Pada masa yang sama, Jepun – salah satu negara yang paling banyak memakan ikan di dunia, menyumbang satu per sepuluh (1/10) dari penggunaan ikan di dunia – mulai kehilangan sumber yang cukup untuk makanan laut, Jepun hanya mampu menyediakan 50% dari permintaannya.

Oleh itu, ia mula membuka pasarannya kepada pembekal asing. Terdapat peluang untuk Norway. Pada tahun 1986, menteri perikanan Norway melancarkan program, yang disebut “Project Japan,” untuk mempromosikan industri makanan laut negara itu di Jepun. Mereka mahu mengeksport semua jenis ikan ke luar negara, termasuk salmon mentah.

Walau bagaimanapun, salmon mentah bukanlah sebahagian daripada kebiasaan masakan Jepun; mereka kebanyakan memakannya dimasak, dari Pasifik. Jadi, secara semula jadi, mereka menolaknya.

Dalam projek itu, Bjorn Eirik Olsen – yang bertanggung jawab atas “Project Japan” – mengiklankan perairan Norway yang jernih untuk menarik pengguna dan meyakinkan mereka untuk membeli salmon, namun ianya tidak berjaya.

Walaubbagaimanapaun, dia tidak berhenti di situ: dia tahu mungkin ada cara untuk menjadikan salmon sebagai sesuatu yang penting di Jepun. Setelah banyak analisis pasaran, Olsen membuat dua strategi pemasaran.

Pertama, Olsen menyasarkan Nichirei, sebuah syarikat yang terkenal dengan penjualan makanan sejuk beku di Jepun. Dia berjaya, kerana dia meyakinkan mereka untuk membeli dan mengedarkan 5,000 metrik tan salmon secara eksklusif untuk sushi di negara itu pada tahun 1992.

Itu adalah kejayaan besar: salmon akhirnya memasuki pasar Jepun dan menjadikannya boleh diterima untuk makan salmon mentah dalam sushi. Kedua, “Project Japan” mensasarkan para Chef yang mulai menggunakan salmon dan bercakap mengenainya di televisyen nasional dalam rancangan memasak yang popular pada tahun 1990-an.

Ini lebih meyakinkan orang ramai bahawa salmon baik untuk sushi dan ia menjadi perkara penting yang akan datang (the next big thing). Sejak itu, salmon telah menjadi makanan utama di restoran sushi di seluruh dunia. Pada tahun 2017, Norway mengeksport lebih dari 114,000 tan makanan laut ke Jepun, bernilai lebih dari $ 422 juta.

Lebih-lebih lagi, negara ini telah memperluaskan pasarannya ke negara-negara Asia Timur lainnya, termasuk China, Korea Selatan, Vietnam, dan Singapura. Sushi Salmon telah mengangkat restoran Jepun di seluruh dunia, dengan lebih dari 118,000 daripadanya di luar Jepun pada tahun 2017 dan 4,000 di Amerika Syarikat.

Semua orang suka sushi dan trendnya nampaknya tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Industri salmon Norway berkembang dengan pesat sejak tahun 1960-an. Setelah menghadapi masalah pengeluaran berlebihan, negara tersebut harus mencari jalan keluar untuk menjual salmonnya ke luar negara: Jepun.

Melalui “Project Japan”, ia meyakinkan seluruh negara – dan kemudian seluruh dunia – bahawa salmon mentah baik pada sushi dan menjadi salah satu sushi paling popular yang pernah ada.

RUJUKAN:

The Norwegian campaign behind Japan’s love of salmon sushi. https://www.japantimes.co.jp/life/2018/03/10/food/norwegian-campaign-behind-japans-love-salmon-sushi/

How The Desperate Norwegian Salmon Industry Created A Sushi Staple. https://www.npr.org/2015/09/18/441530790/how-the-desperate-norwegian-salmon-industry-created-a-sushi-staple

Norway Introduced Salmon for Sushi Fish in Japan. https://theculturetrip.com/europe/norway/articles/how-norway-became-responsible-for-introducing-salmon-for-sushi-fish-in-japan-title-tbc/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Business Analyst untuk program digital transformasi sektor kerajaan dan korporat. Digital first adalah keutamaan pada masa sekarang. Baru berjinak dalam bidang Cybersecurity sebagai Intelligence & Security Analyst

Comments are closed.