Globalisasi dan kemajuan telah merapatkan saf sosial dalam kalangan masyarakat. Jika dulu manusia yang mengamalkan kehidupan berjarak pun mudah terkena peny4kit, sekarang lagilah.
Jadi kuarantin boleh menjadi langkah pencegahan antara yang paling berkesan untuk menghalang sesuatu penularan peny4kit. Tetapi bukan semua yang rela melakukannya. Utara Malaysia menjadi zon perhatian semula selepas seorang peniaga Nasi Kandar yang kembali dari India tidak berkuarantin.
Bukan takat itu saja, pemilk Nasi Kandar Napoh juga tidak mengambil merekodkan nama dan suhu pelanggan (Chan, 2020). Pada masa yang sama, bandar Auckland di New Zealand pun mempunyai kluster baharu selepas 100 hari bebas daripada koronavirus. Puncanya kerana ada yang tidak dalam kuarantin (Roy, 2020).
Menurut CDC, simtom koronavirus boleh timbul antara dua hingga 14 hari selepas dij4ngkiti. Maka jika kuarantin dua minggu pun berat bagi segelintir ini, bayangkan pula kuarantin 30 tahun.
New York Satu Masa Dulu
Seorang wanita bernama Mary Mallon pernah mencetuskan isu kesihatan besar di Bandaraya New York.
Dalam tempoh dua minggu pertama selepas mula bekerja sebagai tukang masak di Mamaroneck, ramai di sekelilingnya dij4ngkiti demam kepialu. Kemudian beliau berpindah ke Manhattan, dan perkara sama berlaku juga.
Masih di Manhattan, Mallon bekerja untuk seorang peguam pula. Tetapi beliau terpaksa berhenti selepas tujuh daripada lapan orang dalam keluarga tersebut jatuh s4kit (Dex, 2000).
Rutin ini berulangan di mana-mana saja Mallon bekerja. Pada tahun 1904, Mallon bekerja untuk seorang peguam terkemuka bernama Henry Gilsey. Kali ini keluarga Gilsey tidak dij4ngkiti, kerana semua pekerja diberikan tempat tinggal sendiri.
Dalam rumah pekerja tersebut, tukang cuci kain mula menunjukkan simtom demam kepialu sebelum empat pekerja lain dij4ngkiti. Gilsey mengupah seorang penyiasat bernama George Soper yang mendapati tukang cuci kain sebagai punca penularan.
Tetapi seperti yang boleh dibayangkan, Soper gagal membuktikan teorinya. Mallon pada masa itu berkhidmat untuk keluarga George Kessler di Tuxedo Park, dan sekali lagi tukang cuci kain terkena dulu (Leavitt, 2014).
Mallon bertukar kerja buat kali terakhir pada tahun 1907. Keluarga Walter Bowen di 688 Park Avenue memerlukan seorang tukang masak. Itulah musim salji terakhir yang dinikmati anak perempuan Walter. Dan kem4tian ini akhirnya menyedarkan pihak berkuasa bahawa Mary Mallon ialah punca penularan demam kepialu selama ini.
Apabila Tidak Tahu
Kisah Mary Mallon ini boleh dijadikan pengajaran dalam zaman koronavirus ini. Lapan keluarga mengupah beliau antara tahun 1900 hingga 1907.
Tujuh daripadanya dij4ngkiti demam kepialu (Marineli, et al., 2013) dalam masa yang terlalu singkat. Teknologi terhad pada zaman itu telah membuatkan satu demi satu siasatan dengan kesimpulan yang tergantung.
Selama ini mereka bergelut untuk mendapatkan bukti. Sampel air daripada kepala paip, saluran air dan tangki air semuanya negatif demam kepialu tetapi peny4kit masih menular (Ochs, 2007).
Apa yang menghairankan, penularan peny4kit berlaku di tempat-tempat orang kaya saja. Padahal kawasan tidak bersih bebas pula daripada zon penularan.
George Soper yang mengikuti trend penularan ini berjumpa dengan keluarga-keluarga ternama terbabit. Mereka menceritakan tentang “seorang tukang masak berbangsa Ireland”.
Tetapi Mallon kerap berpindah tanpa memberitahu sesiapa, menyukarkan kerja Soper. Akhirnya Soper bertemu dengan Mallon yang bekerja dengan Keluarga Bowens.
Menurut Soper, sepanjang penularan demam kepialu, Mallon kelihatan sihat. Namun Mallon enggan bekerjasama dan mengvgut Soper dengan sebilah pis4u.
Mallon juga enggan mengaku bersalah, kerana katanya demam kepialu berlaku di mana-mana saja. Soper kemudian terpaksa memberitahu Jabatan Kesihatan New York.
Kuarantin 30 Tahun
Semua orang pada masa itu tidak faham tentang definisi “pembawa” (carrier). Antaranya ialah Mary Mallon yang dib3rkas kerana menganc4m orang ramai.
Lima orang polis menemani seorang doktor wanita yang terpaksa berk4sar kerana Mallon enggan bekerjasama.
Di Hospital Willard Parker, Mallon terpaksa memberikan sampel. Selama empat hari beliau diikat dan tidak dibenarkan menggunakan tandas pun.
Dan misteri tujuh tahun akhirnya terjawab, kerana n4jis Mallon didapati penuh dengan bakteria kepialu. Semasa disoal siasat, Mallon mengaku tidak pernah mencuci tangan semasa memasak.
Perintah kuarantin bermula pada 19 Mac 1907 di North Brother Island. Mallon memberikan sampel n4jis tiga kali seminggu.
Pihak berkuasa ingin membuang hempedunya yang merupakan “kilang bakteria” (Leavitt, 2014). Tetapi Mallon enggan kerana masih tidak percaya dirinya pembawa. Beliau juga degil kerana tidak mahu berhenti bekerja sebagai tukang masak atas faktor kos sara hidup.
Mallon juga enggan bekerjasama dengan Soper yang ingin menulis buku dan berkongsi royalti. Dua tahun kemudian Mallon cuba saman Jabatan Kesihatan. Kes tersebut ditutup, tetapi Mallon kemudian dibebaskan selepas berjanji untuk cari kerja selain tukang masak.
Sebelum itu dengan bantuan kawan, sampel n4jisnya dihantar ke makmal swasta dan didapati negatif. Di North Brother Island, hampir 25 peratus sampel negatif. Jadi Mallon pun dibebaskan dan menjadi tukang cuci kain pula dengan gaji AS$20 sebulan.
Namun beberapa tahun kemudian, beliau menggunakan nama Mary Breshof atau Mary Brown untuk bekerja sebagai tukang masak semula.
Kuarantin Kedua
Tiada siapa dalam kalangan orang kaya yang mengupah Mary meskipun dengan nama lain. Pendedahan meluas mengenai “Typhoid Mary” telah membuatkan orang ramai takut dengan tukang masak.
Jadi Mallon menemui peluang pekerjaan dalam restoran dan hotel dan seperti biasa, tempat-tempat ini menjadi pusat penularan demam kepialu. Sekali lagi seperti biasa, Mallon pantas lari (dan George Soper gagal menjejakinya).
Pada tahun 1915, Soper dipanggil Hospital Sloane berikutan penularan demam kepialu. Ciri-ciri Mallon disebut ramai pekerja, dan pihak polis berjaya memb3rk4s Mallon di Long Island. Beliau kembali diletakkan dalam kuarantin di North Brother Island pada 27 Mac 1915.
Tidak banyak diketahui pasal kuarantinnya, melainkan tempoh 23 tahun yang berakhir dengan strok dan enam tahun kemudian aj4l. Semasa bedah siasat, hempedu Mallon di dapati menyimpan banyak bakteria kepialu.
Tetapi Soper pernah menulis yang tiada bedah siasat dilakukan, sekali gus membangkitkan teori-teori konspirasi bahawa kerajaan cuba menenangkan rakyat dengan cerita palsu.
RUJUKAN:
Chan, D. (2020, Ogos 3). Sivagangga cluster: Napoh nasi kandar shop did not record customers’ details. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/08/613686/sivagangga-cluster-napoh-nasi-kandar-shop-did-not-record-customers
Dex, M. (2000, Ogos 14). Who was Typhoid Mary? The Straight Dope. Retrieved from http://www.straightdope.com/columns/read/1816/who-was-typhoid-mary
Leavitt, J.W. (2014). Typhoid Mary: Captive to the Public’s Health. Beacon Press. Halaman 17 & 92.
Marineli, F., et al. (2013). Mary Mallon (1869-1938) and the history of typhoid fever. Ann Gastroenterol. 26(2): 132-134.
Ochs, R. (2007). Dinner with Typhoid Mary. FDA. Retrieved from https://orauportal.fda.gov/courseware/FD202W100/SCORM_FD202_Module_3_Microbiology/Module_3_Dinner_With_Typhoid_Mary.pdf
Roy, E.A. (2020, Ogos 13). Auckland Covid cluster caused by quarantine breach, says Winston Peters. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2020/aug/13/auckland-new-zealand-covid-cluster-caused-by-quarantine-breach-says-deputy-pm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih