1.  Cikgu Salihin merupakan seorang guru bahasa Melayu di sekolah kebangsaan Sungai Udang, Klang dan merangkap jurulatih sukan catur di daerah Klang, Selangor. Beliau juga merupakan satu-satunya guru di Selangor yang memiliki pusat pembangunan catur sendiri

2. Minat Cikgu Salihin terhadap sukan catur begitu tinggi, sehinggakan kesemua anaknya dilatih untuk bermain catur seawal usia 4 tahun lagi. Menurut beliau, apabila waktu latihan beliau akan melayan anak-anaknya sama seperti pelajar-pelajar lain. Adakalanya, beliau akan bertegas demi membentuk displin mereka. Daripada sembilan orang anak, enam daripadanya bergiat aktif dalam sukan catur

3. Banyak sudah pertandingan dan kejohanan yang disertai oleh anak-anak Cikgu Salihin, samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kebiasaannya latihan akan     dibuat minimum 6 jam dalam seminggu. Tetapi, untuk persediaan ke kejohanan dunia,     latihan dilipat gandakan lagi sehingga 5-6 jam dalam sehari.

  1. Adik Afiqah sendiri telah berjaya merebut gelaran juara di peringkat kebangsaan tiga kali berturut-turut di dalam kategori kanak-kanak berusia bawah 8 tahun. Penglibatannya dalam pelbagai pertandingan bermula dari seawal umurnya lima tahun lagi.
  1. Oleh kerana pencapaiannya itu, empat orang anaknya telah terpilih untuk bertanding di peringkat dunia baru-baru ini. Tetapi oleh kerana ketiadaan penaja dan kos yang tinggi untuk ke luar negara, Cikgu Salihin hanya mampu membawa dua orang sahaja anaknya. Iaitu Anisah,17 tahun dan Afiqah,7 tahun. Seorang daripadanya, Farah Liyana,9 tahun merupakan johan dalam kejohanan Women Candidate Master di Korea tak dapat ikut bersama.
  1. Difahamkan, kos yang terpaksa beliau tanggung untuk menyertai kejohanan dunia itu mencecah sehingga RM30 ribu. Namun, atas dasar minat dan ingin melihat kejayaan anak-anaknya yang berbakat di dalam sukan catur ini serta misi membawa nama negara, beliau telah membuat keputusan nekad dengan menjual rumah keduanya bernilai RM65 ribu.
  1. Kisah Cikgu Salihin ini mengingatkan kita kepada kisah didikan Keluarga Haji Sidek yang telah melahirkan barisan jaguh sukan badminton negara di dalam sejarah Malaysia. Sekarang kita sudah punya keluarga lagenda baru dalam sukan catur negara. Anak-anak Cikgu Salihin.

  1. Mengapa kami membuat liputan dan mengangkat cerita keluarga Cikgu Salihin ini ? Sebab yang pertama adalah, kerana keluarga beliau adalah anak jati dari Klang. Keduanya, kami mahu nasib beliau dibela oleh pihak yang sepatutnya. Ketiga, kami berharap agar kisah keluarga hebat ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa dan anak muda.
  1. Kisah seperti ini sepatutnya menjadi kebangaan seluruh rakyat Malaysia, diberi liputan di media-media lebih daripada mengagungkan kisah-kisah artis bercinta, bercerai, beranak yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat dalam membangun tamadun negara. Anak-anak kita perlu mengambil mereka ini sebagai contoh idola lebih daripada bintang kecil di rancangan realiti tv.

10. Jika Tuan/Puan behasrat ingin menyalurkan sumbangan, atau ada mengenali badan korporat yang sudi menaja keluarga ini boleh berbuat demikian di akaun CIMB milik Cikgu Salihin di no berikut, 12210072958526 atau pm admin di inbox sebagai wakil tabung sumbangan kepada Cikgu Salihin Ahmad


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply