Kisah yang diceritakan oleh Badiuzzaman Said Nursi.
“Sehinggakan, suatu hari saya memandang kepada kucing-kucing.
Haiwan-haiwan itu hanya memakan makanan mereka, bermain dan tidur. Terlintas di benak saya, bagaimanakah haiwan liar kecil yang tiada tugas ini dikatakan diberkati?
Setelah itu saya berbaring untuk tidur. Saya tengok seekor daripada kucing-kucing itu datang dan bersandar ke bantal saya. Ia mendekatkan mulutnya ke telinga saya. Dengan berkata “Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim” dalam bentuk yang jelas, seolah-olah atas nama kelompoknya ia menempelak saya di atas bantahan dan kutukan yang terlintas di benak saya.
Lalu terlintas di fikiran, agaknya adakah zikir tadi terkhusus kepada makhluk ini?
Ataupun umum kepada jenisnya?
Ataupun adakah mendengarnya hanya terkhusus kepada orang yang membantah sepertiku?
Ataupun adakah sekiranya semua orang memberi tumpuan mereka akan dapat mendengarnya?
Kemudian pagi esoknya saya mendengarnya daripada kucing yang lain. Secara zahir ia tidaklah sejelas yang sebelumnya tetapi ia mengulangi zikir yang sama pada tahap yang lebih kurang sama. Selepas ngiauannya pada permulaan kedengaran zikir Ya Rahim. Lama-kelamaan ngiauan dan miauannya sama-sama berbunyi Ya Rahim. Ia menjadi satu zikir sayu yang fasih tanpa makhraj. Ia menganga dan menyebut Ya Rahim dengan baik.
Saya telah menceritakannya kepada saudara-saudara yang datang kepada saya. Mereka pun memberi perhatian dan berkata kami juga mendengarnya.
Agaknya apakah wajar pengkhususan nama itu dan mengapakah mereka berzikir dengan loghat manusia dan tidak melakukannya dengan bahasa haiwan?
Lalu terlintas di hati, oleh kerana haiwan ini menjadi teman yang bergaul dengan manusia yang sangat manja dan lembut seperti kanak-kanak, ia sangat berhajat kepada belas dan kasihan.
Ketika mereka mendapat belaian mesra apabila diusap, sebagai satu kesyukuran kepada nikmat itu, tidak seperti anjing, ia meninggalkan sebab-sebab lalu ia mengingatkan menusia-manusia yang berada di dalam lena kelalaian melalui pemberitahuan rahmat al-Khalilur Rahim-nya di alamnya sendiri dan memberi peringatan tentang daripada siapakah datangnya bantuan dan daripada siapakah rahmat dinantikan kepada mereka yang memuja sebab-sebab.”
Badiuzzaman Said NursiKalimah ke-24, al-Kalimat.
Syarah kepada kisah
Barat lebih sukakan anjing dari kucing.
Sebab? Kesetiaan anjing lebih terserlah berbanding kucing pada kaca mata mereka
itu.
Kucing kurang disukai berbanding anjing.
Sebab? Apabila kucing diberi makan, setelah dibelai manja, kucing meninggalkan
kita seperti ia tidak kenal budi kita.
Tapi tahukah anda, suatu pengajaran
keimanan yang diperoleh daripada sikap kucing ini ialah – seolah-oleh kucing
memberitahu kita yang setiap makanan atau rezeki yang diberi itu datangnya dari
ALLAH! Bukan dari kita, bukan dari manusia! Sebab tu lepas makan dia buat dek
je.
Anjing? Terlalu setia atau bergantung
kepada manusia, sedangkan manusia itu hanyalah ‘sebab-sebab’. Anjing mengambil
atau bergantung kepada ‘sebab-sebab’.
Kucing? Lepas makan, blah. Kucing tidak
bergantung pada ‘sebab-sebab’ atau lebih tepat, ‘manusia bukan pemberi rezeki’
dan kucing hanya bergantung terus pada Allah.
Hakikatnya setiap makhluk Allah SWT
berzikir dengan cara mereka yang tersendiri. Kita sebagai manusia biasa tidak
dapat menggarap zikir mereka kerana pancaindera kita terbatas.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Isra’
ayat 44 yang bermaksud;
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian
makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada
sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham
akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Terjemahan Abdullah Muhammad Basmeih.
Adapun kita sesama manusia tidaklah patut
beramal seperti kucing, iaitu pada sifatnya yang terus blah selepas dapat apa
yang dihajati. Berterima kasih sesama manusia merupakan perbuatan yang
sememangnya patut menjadi darah daging manusia.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah
dalam Sunan Abi Dawud, Rasulullah S.A.W bersabda;
“
لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ ”
“Tidak bersyukur seseorang itu kepada Allah SWT
sesiapa yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada manusia.”
Wallahua’lam.




No comments yet