Kebanyakan orang tahu kisah tentang seorang jurutera tua dengan penukul ini. Pelbagai versi cerita ini pernah ditulis ataupun diceritakan dalam seminar atau taklimat.

Kisahnya begini…

Pada satu hari, sebuah kilang mengalami masalah pada bahagian enjin pemprosesan. Pelbagai cara telah dilakukan namun gagal menyelesaikan masalah kerosakan itu.

Pengurus kilang itu akhirnya memanggil seorang jurutera tua yang pernah bekerja disitu suatu masa dulu. Pada hari yang ditetapkan, lelaki tu itu muncul untuk membuat pemeriksaan. Dia datang dengan peralatan lengkap.

Jurutera tu itu membuka beg peralatannya dan mengambil penukul kemudian memasuki bahagian enjin pemprosesan. Dia berjalan disekeliling kawasan enjin sekitar dua jam sambil diperhatikan oleh pengurus kilang itu. Sampailah pada satu bahagian paip, jurutera itu mengetuk bahagian itu beberapa kali. Enjin itu kembali berfungsi dan masalah kerosakan itu telah diatasi.

Keesokan harinya, pengurus itu menerima invois untuk perkhidmatan yang telah dilakukan oleh jurutera itu bernilai RM1000. Disebabkan tidak berpuas hati dengan jumlah dalam invois itu, dia meminta kerani membalas invois itu untuk meminta jurutera itu menyenaraikan jumlah dan senarai kerja. Dia hanya melihat jurutera itu mundar mandir dengan penukul kemudian megetuk paip beberapa kali.

Kemudian, jurutera itu menghantar semula invois itu dengan senarai harga.

Kerja mengetuk paip : RM1

Tahu paip mana perlu diketuk : Rm999.

Ada versi lain mengatakan jurutera itu mundar mandir dengan sebatang pen. Kemudian menanda pangkah pada paip yang perlu ditukar. Selepas paip itu ditukar, enjin itu kembali berfungsi.

Maka invois yang dihantar jadi begini.

Kerja menanda X : Rm1

Tahu paip mana perlu ditanda : RM999

 

Kisah ini muncul paling awal pada tahun 1908 dalam sebuah jurnal bertajuk “The Journal of the Society of Estate Clerks of Works” of Winchester, England.

He looked at the machine for some moments, and talked to it as a man talks to a horse, and then climbed into its vitals and called for a hammer. There was the sound of a “tap-tap-tap,” 

To tapping machine with hammer, 10s.; to knowing where to tap it, £10; total, £10. 10s.”

Kisah kedua muncul dalam majalah Forbes pada tahun 1921. Ianya diletakkan pada bahagian humor dan dihantar oleh seorang pembaca daripada Kanada.

Seorang pakar dipanggil untuk memeriksa mesin yang mengalami kerosakan. Dia mundar mandir beberapa minit. Kemudian dia mengetuk beberapa bahagian selama 10 minit. Dua hari selepas itu, invois bernilai 250 Dollar diterima oleh pihak kilang.

To tapping machine with hammer…$1.00

Knowing where to tap ………………$249.00

Penulis karya ini turut diberikan anugerah daripada Forbes.

Pada Mac dan April 1922, kisah ini dicetak dalam akhbar Minnesota Daily Star di Minneapolis dan akhbar The Rock Island Argus” di Rock Island, Illinois. Pada tahun sama bulan november, kisah ini sekali lagi dicetak dalam akhbar The Daily Mail di Yorkshire, England.

Versi pada tahun 1928 agak berbeza. Ianya ditulis oleh Charles R. Wiers dalam satu artikel. Kali ini bukan dengan penukul sebaliknya skru yang diketatkan. Jumlah invois bernilai 200 dollar.

“Turning one bolt, $1.00; knowing which bolt to turn, $199.00.”

Pada tahun 1937, seorang pakar dalam servis pembaikan menulis kisah ini dalam iklan.

I’m not like the machinist who was called to service something-or-other and made a charge of fifty dollars. The customer, reminding him that all he did was tap the machine with a hammer, was advised that a charge of one dollar was made for tapping; and forty-nine dollars for knowing where to tap.

Pada tahun 1955, seorang pensyarah di sebuah kolej di Iowa menceritakan kisah ini pada anak muridnya.

 “An expert is someone like the plumber who sends a $25 bill for fixing a water pipe merely by tapping it,”

The bill says, ‘$1 for taping the pipe and $24 for knowing where to tap.’

Pada tahun 1965, satu artikel tentang kisah ini dikirim pada Majalah Life. Ianya dicetak atas nama Jack B. Scott, dia mengaku yang ayahnya pernah bekerja dengan Henry Ford. Kisah ini tentang seorang pekerja elektrik di kilang Ford.

Making chalk mark on generator $1.
Knowing where to make mark $9,999.
Total due $10,000.

Pada tahun 1977, seorang penganalis politik menulis kisah ini dalam versi elektrik.

A town’s electricity generator failed and various engineers were unable to fix it, so an elderly professor was summoned. He examined the generator carefully, then tapped it lightly once with a hammer, and power was instantly restored. He submitted his bill for $1,000.02 and itemized it: “Tapping — $.02. Knowing where to tap — $l,000.”

Sepuluh contoh kisah yang berlainan versi. Walau apa pun asalnya kisah ini, ianya tetap memberi pengajaran yang sama.

Pengalaman dan ilmu yang ada perlu digunakan sebaiknya. Dalam satu kilang, kalau hanya ada satu orang yang tahu selok belok lengkap sistem itu. Kesudahannya adalah seperti kisah diatas. Jika berlaku kerosakan atau masalah, hanya dia yang tahu punca masalah.

Kalau anda berada di pihak majikan pula, jangan biarkan hanya ada satu pekerja yang tahu tentang sesuatu kerja. Kisah diatas tentang jurutera tua itu pencen dan boleh dipanggil semula. Belum diambil kira jurutera tua itu telah meninggal dunia.

Menulis : RM1

Tahu apa benda nak tulis : RM999

RUJUKAN:

Knowing Where To Tap. (2017) Quote Investigator Website.
Retrieved from : https://quoteinvestigator.com/2017/03/06/tap/#return-note-15614-5


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.