Ada beberapa hantaran panas di fb minggu lepas tentang sebahagian penduduk Sarawak yang dikatakan mengagungkan James Brooke dan menidakkan sejarah Melayu dan kuasa serta pengaruh kesultanan pada era sebelumnya.

Aku baca jer lah sebab pada pendapat aku pribumi Sarawak lebih layak dan berhak nak menjawab dan menangkis tohmahan-tohmahan ni, dan sesungguhnya mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab itu.

Lagipun aku malas nak komen siapa James Brooke dan apa stereotaip beliau tentang masyarakat ‘kulit kuning dan coklat’ Asia Tenggara ni sebab dah banyak orang tulis.

Tapi tadi lalu lagi hantaran pasal benda alah ni. Eh! Dalam hati aku kata,

‘Ghoplah jingga yang agungkan James Brooke ni tau ka lahabau ni pikiaq apa pasai depa?’

Jadinya, posting ni khas untuk pengagung James Brooke yang tak sedar diri. Aku petik satu peristiwa yang berlaku di Siam… ya, di Siam, bukannya di Sarawak. Renungkanlah apa yang James Brooke fikir tentang kamu, kamu dan aku yang kulit tak berapa nak putih ni.

Tersebutlah kisah…

Raja Mongkut (Rama IV) adalah antara raja dinasti Chakri yang hebat selain daripada Raja Chulalongkorn. Dia ni bukan raja biasa-biasa. Sebelum Chulalongkorn, Raja Mongkutlah yang membangunkan Siam. Beliau menghabiskan masa mudanya sebagai sami, petah bercakap dalam bahasa Inggeris, menulis dalam bahasa Inggeris, gemarkan hasil seni barat, malah kerajaannya ditadbir mengikut olahan barat.

Setahun sebelum Raja Rama III mangkat, James Brooke dapat satu idea baik punya.

James Brooke merasakan Raja Mongkut, pengganti Rama III ni boleh makan, jadinya dia menulis sepucuk surat kepada kerajaan Inggeris. Apa yang ditulisnya? Baca petikan ini…

“As we have delayed for thirty years doing anything, that in the course of this policy we may well wait until the demise of the King brings about a new order of things. Above all, it would be well to prepare for the change, and to place our own king on the throne, and the king of our choice is fortunately the legitimate sovereign… [who] is now a priest, and a highly accomplished gentleman for a SEMI-BARBARIAN. He reads and writes English– the latter in the way you may judge of– is instructed in our astronomy and has a very high opinion on our arts, learning and government. This prince we ought to place on the throne, and through him we might, BEYOND DOUBT, GAIN ALL WE DESIRE.”

Terjemahannya? Lebih kurang macam ni lah bahasa pasarnya.

“30 tahun dah cuba macam-macam, haram tak jadi apa. Apa kata tunggu sat, tunggu Raja Rama III ni mati. Nanti yang ganti dia ni kita boleh makan punya. La ni dia tok sami, tapi oklah untuk BANGSA SEPARUH GASAR ni. Dia ni boleh cakap English, tulis English, suka seni Barat… kerajaan dia pun tadbir ikut cara kita. Mamat nilah yang kita nak naik takhta. Melalui mamat nangoi ni nanti, TANPA RASA WAS-WAS, KITA PASTI DAPAT APA KITA NAK”

Kalau Raja Mongkut yang boleh reka sejarah bangsa Tai tu pun dia panggil SEPARUH GASAR… u guys smart aleck ni apa agaknya si opportunist James Brooke gelar??

Bahagian akhir tu lagi best, tanpa was-was, kita akan dapat apa kita nak. Tak sangka aku, dengan golongan pendek akal zaman moden ni, James Brooke masih dapat apa dia nak walaupun la ni dah tahun 2017.

Tak payahlah nak diagung-agung sangat si James Brooke tu. Dia bukan pandang kat kita pun…

Cintailah orang macam Rentap dengan Rosli Dhobi tu lagi bagus. Takkan itu pun abang nak ajar…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pengembara warisan yang fokus kepada tinggalan sejarah dan budaya setempat. Gemar membaca dan menulis itu cara beliau mengekspresi diri dan dunia marcapada

1 Comment

Leave A Reply