Dunia mempunyai kemisteriannya yang tersendiri. Keajaiban, keanehan, paranormal dan seumpamanya adalah perkara atau peristiwa yang sukar untuk manusia rungkaikan. UFO ataupun ‘Unidentified Flying Object’ adalah suatu identiti yang pernah mengejutkan penduduk Bumi sejak dahulu kala, dengan kehadiran tidak diundang di langit, rupa yang begitu aneh, dan mempunyai kelajuan yang tidak masuk akal: mendahului jet terpantas dunia.
UFO kemudian menjadi fenomena yang manusia teringin untuk teroka, seterusnya berusaha berkomunikasi dengan pengemudi UFO, lebih tepat makhluk asing yang dipercayai berasal dari angkasa lepas. Peristiwa UFO yang pernah gegarkan dunia khususnya Amerika Syarikat (AS) ialah Insiden Roswell yang pada asalnya peristiwa UFO terhempas sehingga menjadi berita kontroversi.
Pada waktu malam 4 Julai 1947, sekitar jam 11.27 PM, berlaku hempasan dari padang gurun di bahagian Barat laut Roswell, New Mexico. Ramai saksi menyaksikan peristiwa hempasan UFO tersebut sebelum tentera dan pihak media masuk campur sehingga ia ‘tercemar’ menjadi teori konspirasi.
Selepas hempasan tersebut, pada keesokan paginya penduduk menemui dua cebisan yang dikatakan berasal dari UFO tersebut, di mana cebisan pertama berada di 120 kilometer dari Roswell dan cebisan kedua pula ditemui di 58 kilometer dari utara Roswell. Pihak tentera dari Roswell Army Airfield (RAAF) kemudian tiba di lokasi hempasan 4 hari kemudian, iaitu 8 Julai 1947.
Pada hari yang sama, surat khabar Roswell Daily Record menerbitkan artikel UFO pertama yang ditulis oleh Lefternan Pertama Walter Haut, terang-terang mengesahkan hempasan UFO di Roswell. 24 jam kemudian, organisasi tentera udara iaitu Army Air Corps mengubah cerita asal iaitu apa yang dikatakan hempasan UFO itu sebenarnya hempasan belon cuaca, dan kemudian diterbitkan oleh surat khabar yang sama.
Mengapa pihak tentera tiba-tiba mengubah kisah hempasan UFO yang terang-terangan di hadapan mereka? Adakah mereka cuba sembunyikan sesuatu dari rakyat AS?
Pada 8 Julai 1947, Jeneral Ramey bersama ketua staf bernama Kolonel Thomas DuBose, dan juga Major Jesse A. Marcell mendedahkan cebisan ‘UFO’ dan menyatakan bahawa cebisan ini sebenarnya cebisan belon cuaca. Selepas DuBose bersara dari dunia tentera, pada 16 September 2001 beliau menegaskan bahawa cebisan belon itu sebenarnya cebisan UFO sebenar. Kenyataan cebisan belon cuaca itu cumalah cerita ‘cover’ untuk orang awam.
Pemilik ladang bernama W. W. “Mac” Brazel adalah penduduk pertama yang menemui cebisan UFO Roswell pada 5 Julai, melaporkan kepada sherif pada 6 Julai, dan membawa pasukan tentera termasuklah Major Marcel ke lokasi penemuan pada 8 Julai. Seterusnya, beliau ditahan tanpa dibicarakan sebagai tahanan tentera sehingga 15 Julai. Setelah dibebaskan, Brazel diwawancarakan oleh pihak media tentang insiden tersebut. Brazel menyatakan kekesalan membawa pihak tentera dan menegaskan bahawa cebisan yang beliau temui benar-benar cebisan UFO.
Mengikut kisah dari Major Marcel yang bertanggungjawab menyiasat insiden tersebut, beliau mendapati dinding kapal UFO mempunyai tulisan hieroglif yang sukar diterjemah, berwarna merah jambu dan ungu, serta menemui cebisan yang begitu nipis seperti kepingan aluminium. Marcel sendiri menunjukkan cebisan tersebut semasa sidang akhbar. Walaupun Marcel telah bersara dan insiden UFO Roswell telah berlalu 30 tahun, beliau masih percaya bahawa cebisan yang didakwa sebagai cebisan belon cuaca adalah cebisan UFO sebenar.
James Bond Johnson yang pernah bertugas sebagai jurugambar tentera pernah menangkap gambar ketiga-tiga pegawai tentera Roswell memegang cebisan UFO juga mengesahkan kebenaran kisah ini. Beliau menyatakan bahawa mereka tidak tahu tindakan seterusnya terhadap penemuan ini. Tentang kisah cebisan belon udara hanyalah cover semata-mata dan pihak tentera harus mengikut cerita bohong ini.
Frank J. Kaufman, iaitu pegawai ejen perisikan yang ketika itu bersama Marcel menyatakan bahawa bahagian utama UFO Roswell yang panjangnya 7.62 hingga 9.14 meter telah kemek memghempas Di tebing. Beliau juga menyatakan bahawa mereka temui 5 mayat makhluk asing setinggi 1.5 meter, di mana satu mayat makhluk asing di dalam kapal manakala 4 mayat lain berada di luar kapal.
Tambah Kaufman, lokasi hempasan UFO Roswell begitu besar impaknya sehingga membentuk kawah. Pihak tentera kemudian menutupi kawasan tersebut sehingga penduduk tidak dapat melihat lokasi hempasan tersebut. Kaufman sempat melukis rupa sebenar UFO tersebut, dan ternyata UFO itu adalah kapal angkasa bukannya rupa berbentuk cakera padat yang biasa kita ketahui. Rupa kapal ini berbentuk tiga segi dan bucunya membulat.
Seorang lagi saksi bernama Walter Haut, iaitu pegawai tentera hal ehwal pernah menyatakan bahawa beliau pernah dibawa ke bangunan 84, hangar B-29, di mana beliau menyaksikan kapal sepanjang 365 hingga 457 sentimeter dan setinggi 182 sentimeter. Haut juga terlihat pasangan makhluk asing yang ditutup oleh kanvas. Tubuh badannya seperti tubuh badan kanan-kanak berusia 10 tahun. Inilah pemerhatian dari mulut beliau sendiri semasa berkhidmat sebagai tentera.
Terdapat rakaman tentang makhluk asing Roswell yang berdurasi 17 minit, ditayangkan pada tahun 1995 oleh Vidmark Entertainment. Tajuk video itu ialah Alien Autopsy, menunjukkan ia dirakam dalam kubu bernama Fort Worth AAF pada Julai 1947. Video ini kemudian diserahkan kepada pakar filem dari London, oleh warga Amerika berusia 82 tahun yang mendakwa beliau pernah menjadi jurufoto tempur dari tahun 1939 hingga 1949.
Video tersebut menepati ciri-ciri ketenteraan yang wujud ketika tahun 1940-an dan video itu merakamkan mayat setinggi 158 sentimeter, mempunyai 6 digit pada tangan dan kaki, tidak mempunyai sebarang bulu, organ pembiakan, dan organ mata yang dikeluarkan dari soket mata. Organ dalaman mayat ini juga amat berbeza dengan organ dalaman manusia.
Setelah disiasat ketulenan video makhluk asing ini, pakar special effect Hollywood yang terlibat dalam pembikinan filem Alien dan Jurassic Park tidak dapat mengesan kepalsuan video ini. Ya, ternyata video makhluk asing Roswell adalah video asli!
Berikut rakaman dari DMAX tentang Insiden UFO Roswell (pergi ke 8.21 minit):
Banyak sebenarnya kisah-kisah insiden ini dari individu-individu yang terlibat dalam dunia ketenteraan AS. Kalau saya ceritakan sangat panjang nak huraikan. Namun begitu, sepanjang mereka berkhidmat, mereka wajib mentaati perintah kerajaan supaya rahsiakan info tentang UFO , termasuklah insiden Roswell. Hidup mereka tidak aman jika mereka sebarkan info ini kepada awam. Sebab itulah ramai bekas tentera beranikan diri membongkarkan rahsia-rahsia UFO yang selama ini kerajaan AS sembunyikan.
Pada 23 Jun 2012, bekas pegawai CIA iaitu Chase Brandon menyertai rancangan bual bicara dalam Coast-to-Coast AM dan memberitahu bahawa beliau menemui kotak yang ditampal dengan nama ‘Roswell’ dalam ibu pejabat CIA pada pertengahan tahun 1990-an. Dari penemuan ini beliau menegaskan bahawa insiden UFO Roswell adalah benar, pada awalnya kapal angkasa terhempas dan beberapa hari kemudian pihak tentera sembunyikan kebenaran dari awam dengan menyatakan berita hempasan belon udara.
Sehingga kini, pihak kerajaan AS masih kekal dengan berita insiden hempasan belon cuaca di Roswell walaupun telah ramai saksi terutamanya bekas tentera serata-upaya mengingatkan masyarakat akan kewujudan entiti dari angkasa melalui pembongkaran insiden hempasan UFO Roswell ini. Jika benar kerajaan sengaja sembunyikan hal penting sebegini, bilakah masanya untuk kerajaan memberitahu kebenarany fenomena UFO ini? Hanya masa menentukannya.
Jadi, pembaca percaya kisah insiden UFO Roswell ini?
RUJUKAN:
Gray, Warren. 8 April 2022. Beyond Top Secret: Eyewitness Accounts to the Roswell Incident. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih