Sepanjang lipatan sejarah, terdapat ramai ketua tent3ra hebat yang kepemimpinannya berjaya menulis skrip yang tersendiri dalam tamadun manusia. Antaranya termasuklah Hannibal Barca. Hannibal merupakan panglima Carthage yang berperanan mem3rangi Rom semasa P3rang Punic Kedua. Namanya disinonimkan dengan kegerunan pihak musuh, dan sehingga ke hari ini beliau dianggap sebagai salah seorang komander p3rang terhebat.
Hannibal dilahirkan di Carthage (kini Tunisia) pada tahun 247 Sebelum Masihi, sebagai anak kepada pemimpin Carthage yang bernama Hamilcar Barca. Hannibal mempunyai dua orang saudara lelaki, iaitu Hasdrubal dan Mago serta beberapa orang saudara perempuan. Ketika masih kanak-kanak, Hannibal pernah meminta ayahnya agar membawanya bersama ke dalam kempen ketent3raan merentas laut.
Hamilcar membawa Hannibal ke Sepanyol, dan di sana, Hannibal mengangkat sumpah agar sama sekali tidak berbaik-baik dengan Rom. Beberapa tahun kemudian, Hamilcar terkorban dalam sebuah pert3mpuran. Lantas, salah seorang ipar Hannibal diangkat sebagai ketua dan Hannibal sendiri bertugas sebagai seorang pegawai.
Kemudian, ipar Hannibal ini dibvnuh dan Hannibal dilantik menjadi ketua komander menerusi kesepakatan tent3ra dan lantikan pihak pentadbiran Carthage. Perlantikan ini berlaku ketika Hannibal berusia sekitar 26 tahun dan sudah berkahwin dengan seorang puteri Iberia yang bernama Imilce.
Salah satu pencapaian Hannibal yang paling gemilang adalah kejayaannya merentasi Banjaran Alps ketika dalam perjalanan menuju ke Itali demi bergabung dengan sekutu-sekutu anti-Rom di rantau berkenaan. Walaupun ilmuwan berdebat tentang laluan tepat yang dilalui oleh Hannibal ketika merentasi Alpas, masing-masing senada dalam menyatakan bahawa perjalanan tersebut sangat mencabar.
Pada musim bunga tahun 218SM, Hannibal membawa lebih 100 000 orang tent3ra dan kira-kira 40 ekor gajah bagi merentasi Banjaran Alps. Beliau menyedari bahawa perjalanan tersebut sukar, justeru beliau terlebih dahulu menghantar beberapa orang peninjau untuk melihat kawasan sekeliling dan memberikan laporan.
Pasukan ini terpaksa mengharungi cuaca yang mencengkam di Alps, di samping s3rangan-s3rangan gerila yang dilakukan oleh suku-suku asli di sana. Mereka menggolekkan batu-batu berat demi menghalang perjalanan pasukan Hannibal. Lantaran itu, Hannibal terpaksa mencari jalan lain bagi melalui kawasan yang dikawal oleh Allobroges, suatu suku Galia (Gallic). Beliau menghantar beberapa orang perisik, yang mendapati Allobroges hanya berkawal pada waktu siang dan meninggalkan kedudukan masing-masing pada waktu malam.
Lantas, Hannibal pun mengatur rancangan untuk memperdaya Allobroges bahawa kononnya pasukan tent3ranya tidak akan melakukan s3rangan pada waktu malam. Untuk tujuan itu, tent3ra-tent3ra Hannibal mendirikan kem dan menyalakan banyak unggun api, seolah-olah mereka mahu bermalam terus di situ. Sebaik sahaja Allobroges meninggalkan kedudukan mereka di penghujung malam, pasukan tent3ra Hannibal pun melakukan gempuran dan menumpaskan segala tentangan yang diberikan.
Ketika pasukannya hampir selesai mendaki Banjaran Alps, Hannibal meletakkan tent3ra-tent3ranya di suatu kawasan, kira-kira 100 kaki di atas pasukan tent3ra yang sedang melakukan kemaraan, dengan harapan dapat meny3rang mana-mana suku tempatan yang menghampiri. Namun apabila s3rangan benar-benar terjadi, Hannibal kehilangan ramai tent3ranya yang terjatuh dari cenuram. Pun begitu, mereka berjaya juga menyelesaikan pendakian tersebut.
Sepanjang lebih lima bulan perjalanan, ribuan tent3ra dan haiwan terkorban baik di tangan suku-suku tempatan yang meny3rang, mahupun cuaca yang mencengkam ataupun cenuram. Mereka berehat di sebuah lembah selama dua hari, sebelum melanjutkan perjalanan menuruni gunung. Moral tent3ra Hannibal berada di tahap yang rendah ketika itu, lantaran masing-masing menyedari cabaran yang terbentang di hadapan.
Semasa menuruni gunung dan tiba di suatu laluan, pasukannya dihalangi oleh tanah runtuh. Hannibal mengarahkan agar mereka membuat lencongan, namun mendapati laluan yang diambil itu mustahil untuk dilalui. Justeru, mereka pun berpatah balik ke laluan yang dihalangi tanah runtuh itu. Hannibal kemudian mengarahkan agar tent3ranya saling berganding bahu demi membersihkan laluan tersebut.
Setelah sehari berusaha, haiwan-haiwan yang dibawa berjaya melepasi laluan tersebut dan Hannibal mengarahkan agar tent3ranya membawa haiwan-haiwan tersebut turun ke sebuah padang ragut. Namun, gajah-gajah p3rang yang dibawa hanya dapat melepasi laluan itu setelah lebih tiga hari tent3ra-tent3ra Hannibal membersihkan laluan tersebut.
Sebaik tiba di Itali, pasukan tent3ra Hannibal segera bergabung dengan pakatan anti-Rom yang berada di bahagian utara Itali bagi memulakan s3rangan ke atas wilayah Rom. Walaupun beliau berjaya menggempur dan mengalahkan wilayah-wilayah kecil di Itali selama beberapa tahun dan meraih banyak kemenangan, Hannibal pada akhirnya ditewaskan oleh taktik p3rang atrisi dan gerila yang dilakukan oleh Quintus Fabius Maximus.
Maximus menyedari bahawa beliau boleh menewaskan Hannibal dengan melakukan s3rangan-s3rangan berskala kecil yang secara bertahap tetapi pasti menyusutkan bilangan tent3ra Hannibal sekaligus memaksanya berundur.
Peristiwa Hannibal merentasi Banjaran Alps pada hari ini dikenang sebagai salah satu pencapaian yang paling diraikan dalam sejarah pep3rangan. Ia juga dianggap sebagai salah satu pencapaian terhebat Hannibal. Walaupun ramai tent3ra dan haiwan terkorban, perjalanan tersebut membuktikan kepemimpinan Hannibal yang cemerlang dan tekadnya demi mengalahkan Rom.
Peristiwa merentasi Banjaran Alps ini adalah salah satu contoh kegemilangan Hannibal, yang sehingga kini dikenang sebagai antara komander p3rang terulung sepanjang zaman.
TERJEMAHAN:
M R Reese. (23 Oktober 2014). Hannibal of Carthage: Military Commander and Greatest Enemy of Rome. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-europe/hannibal-carthage-military-commander-and-greatest-enemy-rome-002245
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih