Banyak kisah aneh dan kegilaan didedahkan semasa pemerintahan si raja atau maharaja yang nampak karismatik jika berhadapan dengan rakyat. Antara kisah aneh itu ialah kegilaan maharaja Caligula, iaitu maharaja Rom yang menjadikan kuda kesayangannya sebagai ahli konsul. Maharaja Shi Huang Di, iaitu maharaja pertama China juga mempunyai kegilaannya iaitu obses dengan kehidupan abadi sehingga sanggup meracun dirinya.
Banyak lagi kisah-kisah aneh dan gila dalam kalangan raja dan maharaja di setiap tamadun. Namun untuk artikel ini, kita menyelami kisah seorang firaun yang aneh terutamanya memberikan arahan semasa pemerintahannya. Firaun itu ialah Pepi II.
Pepi II ialah firaun Mesir Kuno dinasti ke-6 ketika fasa Kerajaan Lama (Old Kingdom), iaitu pada tahun 2278 SM. Putera kepada firaun Pepi I ini mula memerintah dengan usia yang begitu muda iaitu pada umur 6 tahun! Bondanya bernama Ankhesenpepi II bertugas sebagai pemangku firaun sehinggalah Pepi II mencapai akal baligh.
Dengan usia begitu muda dilantik sebagai firaun, Pepi II peroleh tempoh pemerintahan paling lama dalam sejarah tamadun Mesir Kuno. Menurut sumber terawal, Pepi II memerintah selama 94 tahun. Namun terdapat sumber lain menyatakan bahawa Pepi II hanya memerintah selama 64 tahun. Walaupun perdebatan tempoh pemerintahan baginda yang tiada kesudahan, Pepi II tetap digelar sebagai firaun paling lama memerintah kerajaan.
Semasa pemerintahan Pepi II, baginda sentiasa meminta sesuatu yang luar biasa, boleh dikatakan ‘taste’ kehidupan baginda berbeza dengan kerabat lain. Pepi II pernah menghantar surat kepada gabenor wilayah Aswan bernama Harkhuf. Harkhuf ketika ini mengetuai ekspedisi perdagangan ke Nubia untuk mendapatkan gading. Apa yang Pepi II tuliskan ialah baginda mahu ‘penari kerdil’.
‘Penari kerdil’ yang baginda maksudkan ialah seorang dewasa yang mempunyai masalah ketinggian atau tubuh badan yang kerdil yang berpotensi sebagai penghibur. Biasanya para firaun menghiburkan diri dengan dilayan oleh penari wanita, berburu, dan bertarung dengan tenteranya. Tetapi hiburan yang Pepi II ini mahukan menghairankan Harkhuf namun beliau tetap memenuhi permintaan rajanya. Orang dewasa kerdil yang Harhuf jumpa tidak akan dipaksa ikut, malah mengajaknya menjadi penghibur firaun kerana firaun sendiri tidak mahu ‘penari kerdil’nya kesusahan.
Firaun Pepi II sebenarnya ialah pembenci lalat. Baginda tidak suka lalat yang sentiasa mendampinginya kerana bau manis. Bagi memastikan dirinya tidak dihinggapi lalat, baginda membawa para hamba menghadapnya, kemudian seluruh badan hamba dilumurkan dengan madu. Tujuannya ialah menarik perhatian lalat kemudian menghinggapi badan hamba yang diselaputi dengan madu.
Namun begitu, tidak ramai firaun yang membenci lalat seperti Pepi II ini. Lalat bagi warga Mesir Kuno ialah lambang ketangkasan dan tidak berputus asa, mengikut sifat lalat itu sendiri yang tidak kenal penat. Sehinggakan lalat emas dihasilkan dan dianugerahkan kepada mana-mana tentera yang berjasa dalam peperangan terutamanya kepantasan.
Terdapat juga kalung lalat yang dihasilkan menggunakan emas, perak, tulang, dan beberapa jenis mineral. Kalung ini digunakan oleh kerabat diraja sebagai kalung perlindungan dari angguan dan gigitan serangga seperti Ratu Ahhotep. Rasanya lebih baik Pepi II pakai kalung lalat ini berbanding lumurkan para hamba dengan madu.
Tonton video lakonan semula Firaun Pepi II melumurkan hambanya:
RUJUKAN:
Gillan, Joanna. 12 May 2022. Egyptian Pharoah Pepi II Coated His Slaves in Honey to Use as Fly Traps. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih