Korea Utara adalah negara yang masih mengamalkan dasar tutup pintu. Bermakna Korea Utara tidak akan sewenang-wenangnya menerima pelancong ataupun produk luar tanpa tapisan ketat.

Namun ajaibnya, kedai serbaneka daripada Jepun iaitu Family Mart pernah membuka cawangannya di Korea Utara suatu ketika dahulu.

Macam mana boleh jadi begitu, Korea Utara tak tapis ke?

Kisahnya bermula pada tahun 1998 apabila Korea Utara memberikan kebenaran kepada Korea Selatan untuk membangunkan Mount Kumgang sebagai kawasan pelancongan.

Untuk itu, Korea Selatan telah mengarahkan syarikat Hyundai Asan membelanjakan $400 juta untuk membina kompleks pelancongan seluas 530 km².

Korea Utara pula akan menerima $1 bilion daripada Hyundai Asan selama 50 tahun sebagai pemilik Mount Kumgang.

Bermula sejak itu, banyak syarikat daripada Korea Selatan dibenarkan beroperasi di Mount Kumgang. Salah satunya adalah Family Mart yang dikendalikan oleh Bo Gwang Group.

Walau bagaimanapun, Family Mart hanya dibuka untuk pelancong dan pekerja daripada Korea Selatan. Manakala orang Korea Utara masih lagi tidak dapat menikmati oden dan sushi.

Selama 10 tahun pusat pelancongan Mount Kumgang beroperasi, Korea Utara telah memperolehi keuntungan sebanyak $487 juta. Malah dalam tempoh itu juga kehadiran 1.96 juta pelancong termasuk yang berasal dari luar Korea Selatan telah direkodkan.

Namun pembunuhan rakyat Korea Selatan pada 2008 atas dakwaan menceroboh kawasan tentera telah membantutkan segalanya.

Sebagai tanda protes, Korea Selatan telah melarangnya seketika rakyatnya untuk melancong ke Mount Kumgang sehingga siasatan selesai.

Korea Utara bertindak balas dengan menyatakan bahawa Korea Selatan sedang menutup periuk nasi mereka.

Jadi Korea Utara telah mengambil alih kawalan keseluruhan pusat pelancongan Mount Kumgang termasuk segala kemudahan yang telah dibina oleh Hyundai Asan.

Serentak dengan pengambilalihan itu, rakyat Korea Selatan yang bekerja di Mount Kumgang telah diusir. Kedai-kedai yang dibuka oleh syarikat Korea Selatan seperti Family Mart terpaksa ditutup.

Nasib sama juga menimpa cawangan Family Mart di Kaesong Industrial Complex yang terletak berdekatan Korean Demilitarized Zone.

Kaesong Industrial Complex yang juga dibangunkan oleh Hyundai Asan bertujuan untuk membantu Korea Utara keluar daripada krisis ekonomi. Di samping itu, Korea Selatan menerima manfaat apabila lebih kurang 54,000 pekerja Korea Utara dibenarkan bekerja.

Jadi Korea Selatan telah membawa masuk 124 syarikat termasuk Family Mart untuk beroperasi di sana. Fungsi Family Mart di Kaesong Industrial Complex sama sahaja seperti di Mount Kumgang iaitu hanya dibuka untuk pekerja Korea Selatan sahaja.

Memasuki tahun 2016, Korea Selatan telah menghentikan operasi keseluruhan syarikatnya di Kaesong Industrial Complex sebagai tindak balas kepada pelancaran roket oleh Korea Utara.

Korea Utara pula membalas dengan menghalau semua pekerja Korea Selatan daripada Kaesong Industrial Complex.

Bermula sejak itu, Kaesong Industrial Complex telah ditutup. Family Mart yang pernah megah berdiri di sana juga terpaksa ditutup.

Mungkin di masa hadapan jika hubungan antara Korea semakin erat, CU Mart pula akan dibuka di Pyongyang.

RUJUKAN:

BBC News. (2016, Febuari 10). What is the Kaesong Industrial Complex? Dipetik daripada https://www.bbc.com/news/business-22011178

Yvonne Su. (2014, November 7). The quiet mountain: Kumgang since 2008. NK News. Dipetik daripada https://www.nknews.org/2014/11/the-quiet-mountain-kumgang-since-2008/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply