Seperti yang kita sedia maklum, jawatan Presiden Amerika Syarikat merupakan jawatan yang paling berkuasa di dunia. Dengan pengaruh Amerika sebagai polis dunia, jawatan ini pastinya diidam-idamkan oleh rakyat Amerika Syarikat.
Tapi, walau macam mana sekali pun berkuasanya sang presiden itu, ada seorang yang presiden itu tak mampu untuk mengawal dan cukup takut, iaitu isterinya sendiri.
Ya, Presiden Amerika Syarikat juga merupakan seorang ahli PERTABI.
Menurut Mary Jordan, seorang penulis buku prolifik di Amerika Syarikat, Melania Trump merupakan orang yang paling berkuasa di White House. Semasa Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat. Melania Trump tidak menangis sebagaimana isteri-isteri presiden sebelumnya. Riak wajahnya juga seakan tiada perasaan semasa upacara tersebut.
Malah, Melania juga melengah-lengahkan urusan untuk berpindah ke Rumah Putih kerana perjanjian di antara Melania dan Trump tidak dipenuhi.
Mary juga ditanya adakah Trump sememangnya seorang yang takut terhadap isterinya? Mary menjawab kemungkinan besar ada kerana Melania mempunyai kepakaran yang orang lain tidak tahu untuk mengawal Trump.
Pada hari-hari awal menetap di Rumah Putih, Melania tidak tidur di kamar utama selama beberapa hari.
Pernah pada satu hari, Melenia sendiri menjadi jurucakap Trump semasa mereka bertemu dengan Presiden Putin di Helsinki, Finland.
Semasa di Rumah Putih juga, Melania lebih banyak meluangkan masa bersama-sama ibu bapa dan anaknya. Malah, Melania juga sering berkomunikasi menggunakan bahasa Slovenia ketika meluangkan masa bersama mereka.
Mengapa Trump seakan-akan tidak mahu mengambil tindakan terhadap isterinya? Ini mungkin setelah Melania mendapat tahu mengenai hubungan rahsia di antara Donald Trump dan seorang model, Stormy Daniels sekitar 2016.
Pada tahun 2016, Ava Johnson menfailkan saman terhadap Trump setelah beliau mendakwa beliau dipaksa untuk bercium dengan Trump semasa berkempen untuk Pilihanraya Presiden 2016.
Jadi, ingatlah kepada semua ketua-ketua. Anda mungkin berkuasa di luar, tapi di rumah ada yang lebih berkuasa menanti.
RUJUKAN:
Melania Trump bombshell: Reason why Donald Trump is ‘scared’ of the First Lady. https://www.express.co.uk/news/world/1305318/Melania-Trump-Donald-Trump-Barron-White-House-POTUS-First-Lady-latest
Trump was so scared of Melania when the ‘Access Hollywood’ tape came out, it took him 2 hours to summon up the courage to face her, new book says. https://www.businessinsider.com/trump-scared-face-melania-after-access-hollywood-tape-leak-book-2020-6
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih