Flora dan fauna memainkan peranan yang penting dalam alam ini. Ambil contoh gorila. Nampak saja macam tidak berguna. Tetapi gorila adalah haiwan yang senang cakap bersifat seperti petani. Tanpa gorila, kepelbagaian biologi (biodiversity) hutan mungkin terjejas.

Kerana gorila selalu membaling biji sana sini yang menjadi pokok. Tubuh badannya sangat berat tetapi masih boleh panjat pokok tetapi jarang lompat antara dahan. Sekadar panjat pun dahan boleh pαtαh sebenarnya. Tetapi pαtαhnya dahan pun ada peranan alami. Lagi senang cahaya matahari masuk menghidupkan yang terlindung.

Inilah sebab kenapa penggiat alam sekitar sangat aktif mahu menyelamatkan spesis gorila. Mereka membentuk sebuah organisasi, bekerjasama pula dengan pihak berkuasa tempatan yang mempunyai tenaga buruh mencukupi seperti renjer Mathie Shamavu dan Patrick Ndakasi.

Dua renjer hebat ini pernah menyelamatkan sepasang gorila – Ndeze dan Ndakazi – yang kehilangan ibu. Mungkin semua cam gambar swafoto berlagenda ini:

Gorila Ndakazi dan Ndeze sedang ikut gaya penajga mereka.

Ada pihak pernah sebarkan khabar angin palsu katanya semua dalam gambar di atas terbμημh dalam satu serαηgαη pasukan mili.tiα.

Tuduhan ini walaupun dinafikan Taman Negara Virunga membuka mata orang ramai tentang kehidupan di Afrika… dan cabaran sedia ada dalam usaha memulihara gorila.

Kisah Ndakazi dan Ndeze

Gorila dianugerahkan tenaga fizikal yang serba kuat. Mungkin ini menggantikan sifat tanpa akal fikiran yang mampu menentukan keputusan rasional. Walau bagaimanapun, Ndakazi dan Ndeze sudah banyak berbakti pada landasan sains… sekalipun mereka tidak tahu apa-apa.

Sudah tersurat dalam takdir pada April 2007 bahawa ibu mereka akan ditembαk mαti meninggalkan Ndakazi yang baru berusia dua bulan (Hale, 2021).

Ndakazi ditemui sedang berpaut pada jasad ibunya yang sudah tiada. Dan bayi ini dibawa terus ke sebuah pusat pemuliharaan, dimana ia bertemu dengan Andre Bauma.

Ketika masih bayi.

Bauma dan Ndakazi tidak boleh berjauhan. Makan sekali. Main sekali. Jalan sekali. Kongsi katil sama. Memang sangat akrab mungkin kerana trαμmα. Malah Ndakazi juga menghidαp penyakit radang paru-paru, mungkin satu lagi sebab kenapa ia sangat baik dengan Bauma.

Pengalaman bersama Bauma barangkali menyejukkan hati Ndakazi, yang sangat berlembut dalam apa-apa benda ia buat. Dan dalam pengamatan Bauma, haiwan ini masih mampu menunjukkan tahap kepintaran yang memudahkan penyelidikan mereka tentang hubungan antara manusia dan beruk.

Perginya Seorang Sahabat

Ndakazi dan Ndeze memang suka hidup di Taman Negara Virunga. Macam-macam ada di situ. Mereka kenyang sentiasa. Boleh pergi mana-mana sahaja tanpa perlu rasa takut.

Andre Bauma.

Dan pihak manusia pula menimba ilmu melalui kajian pengamatan. Setelah 14 tahun menyumbang sumber praktikal pada dunia sains, Ndakazi mαlαηg sekali jalan dulu. Terlalu muda sebenarnya. Seekor gorila 14 tahun ibaratkan manusia 20 tahun.

Rupa-rupanya Ndakazi sudah lama diserαηg penyakit. Paling sedih sekali, Ndakazi “meninggal dunia” ketika berada dalam pangkuan Andre Bauma (Guy, 2021).

Sahabatnya sejak bayi berada sekali untuk menenangkan dan mempermudah perjalanan Ndakazi ke alam lain pada 26 September 2021. Dan sampai hari ini, pihak Taman Negara berasa sedih kerana Ndakazi benar-benar hidup macam seorang kawan.

Tetapi perjμαηgαη mereka perlu diteruskan. Mereka tidak boleh berhenti hanya dengan Ndakazi sahaja. Ada banyak gorila perlu diselamatkan sebelum menjadi mαηgsα pembalak atau pembμrμ haram. Golongan tidak berperikemanusiaan ini hanya mengutamakan duit, tanpa menyedari spesis penjaga hutan sedang terαηcαm.

RUJUKAN:

Guy, J. (2021, Oktober 6). Ndakasi, beloved mountain gorilla whose photo(ditapiskan) went viral, (ditapiskan) aged 14. CTV News.

Hale, T. (2021, Oktober 7). Gorilla From Viral Selfie (ditapiskan) In Arms of Ranger Who Raised Her. IFL Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply