1. Kisah 1000 Candi Dibina Dalam Satu Malam Sebagai Tanda Cinta

Candi Prambanan ialah sebuah binaan hebat di Pulau Jawa yang dibina oleh Dinasti Sanjaya itu menyimpan sebuah kisah cinta yang menarik untuk dibaca oleh kita. Ini kisah tentang dua buah kerajaan yang memerintah pulau Jawa.

Kononnya suatu masa dahulu, terdapat seorang puteri yang sangat cantik dan jelita yang memerintah daerah Prambanan. Puteri itu bernama Roro Jongrang. Lalu suatu hari, datang seorang putera dari sebuah lagi kerajaan yang memerintah Pulau Jawa yang mahu melamar si puteri menjadi suri hatinya. Namun si puteri tidak mencintai si putera itu. Tetapi menolak lamarannya nanti akan terlihat kurang ajar.

Maka si puteri memberi syarat kepada si putera untuk membina 1000 candi pada satu malam sebagai tanda cinta si putera itu. Maka, putera yang bertekad untuk memiliki si puteri itu pun meminta bantuan para jin untuk membina 1000 candi itu dalam masa satu malam.

Roro Jongrang melihat yang para jin itu hampir berjaya melengkapkan candi-candi yang dimintanya. Maka risau bahawa 1000 candi itu akan siap dalam satu malam, maka Roro Jongrang mengumpulkan anak-anak gadis di seluruh kampung di bawah pemerintahannya untuk membakar jerami dan memukul lesung untuk memberi gambaran kepada para jin tadi bahawa kononnya Subuh sedang menghampiri.

Maka mendengarkannya, para jin tadi pun pulang dan 1000 candi tidak berjaya disiapkan. Bila dihitung jumlah candi yang dibina oleh para jin itu, rupa-rupanya hanya 1 candi sahaja yang tidak siap, menjadikan jumlah candi yang dibina sekadar 999 buah.

Dalam sejarah, Prambanan dikira sebagai sebuah monument yang dibina oleh Dinasti Sanjaya untuk menandingi binaan Borubudur yang dibina oleh Dinasti Sailendra dari Srivijaya. Mungkin kisah itu menggambarkan tentang dua dinasti agung yang memerintah Pulau Jawa suatu masa dahulu.

2. Kisah Sultan Melaka Dan Permintaan Puteri Gunung Ledang 

Tiada kisah cinta yang lebih legenda daripada kisah Sultan Mahmud cuba membeli cinta Puteri Gunung Ledang dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimilikinya. Dan bagaimana Puteri Gunung Ledang menunjukkan kepada kita bagaimana diplomasi orang Melayu kalau menyatakan tidak mahu, mereka akan berlapik bukannya menyatakan secara terus menyatakan kepada kita betapa tingginya adab orang Melayu.

Lalu dinyatakan dalam legenda kepada kita bahawa permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Shah adalah tidak termasuk dek logik akal. Maka pinta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Shah adalah seperti berikut:

– 1 jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka.
– 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
– 7 dulang hati nyamuk.
– 7 dulang hati hama.
– 7 tempayan air mata anak dara.
– 7 tempayan air pinang muda.
– 1 mangkuk darah Sultan Ahmad Shah, Melaka, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.

Diceritakan bahawa Sultan Mahmud menyanggupi semua syarat yang ditawarkan oleh Puteri Gunung Ledang kecuali permintaan terakhir Puteri Gunung Ledang iaitu semangkuk darah anak lelakinya.

3. Taman Tergantung Babylon: Tanda Cinta Kepada Amythis

Ketika Raja Nebuchadnezzar II daripada Babylon dinikahkan dengan seorang puteri jelita bernama Amythis daripada kerajaan Medes, sang puteri itu berasa sedih kerana terpaksa menjejakkan kaki ke Babylon dan Mesopotamia yang merupakan tanah berbatu dan gersang, berbanding dengan Medes yang kaya dengan panorama alam yang menghijau.

Maka untuk mengubati kesedihan isterinya, maka Nebuchadnezzar II pun membina sebuah taman yang kemudian akan dikenang dunia sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia zaman purba.

4. Taj Mahal: Binaan Indah Shah Jahan Untuk Mumtaznya 

Bila bercakap tentang kisah cinta dalam sejarah, maka ramai tidak akan terlepas pandang pada Taj Mahal yang dibina untuk Mumtaz. Taj Mahal yang pada hari ini dibicara keindahannya adalah dibina oleh seorang raja untuk mengingati dan meletakkan makam isterinya yang mati ketika melahirkan anak ke-14.

Diperkatakan bahawa sebuah lagi Taj Mahal yang berlawanan dengan Taj Mahal yang berdiri hari ini akan dibina, tetapi dalam batu marmar berwarna hitam. Namun, Shah Jehan digulingkan oleh anaknya dan dia diletakkan di dalam sebuah penjara yang bertentangan dengan Taj Mahal. Maka diceritakan bahawa Shah Jahan menghabiskan sisa hidupnya menatap Taj Mahal yang merupakan monument tanda kisah cinta untuk si isteri.

5. Surat Cinta Eloise Dan Abelard 

Surat Cinta antara Elosie dan Abelard masih lagi dikenang sebagai sebuah kisah cinta yang menarik yang pernah wujud dalam sejarah. Ini kisah seorang biarawan dan biarawati.

Abelard adalah seorang ahli falsafah yang terkenal yang disuruh oleh seorang lelaki untuk mengajarkan anak saudaranya Eloise tentang pelbagai pekara. Siapa tahu detik Abelard menjadi tutor kepada Eloise itu menimbulkan rasa cinta antara mereka berdua. Apabila menyedari bahawa mereka saling jatuh cinta, lalu Eloise pun mengandungkan anak Abelard.

Menyedari bahawa Eloise tidak selamat dalam keadaan dirinya yang mengandung itu, maka mereka berdua melarikan diri lalu berkahwin secara rahsia. Namun, perkahwinan mereka itu diketahui oleh bapa saudara Eloise lalu mereka dipisahkan dengan cara paksa. Eloise telah dihantar menjadi biarawati manakala Abelard dimandulkan. Lalu selepas itu, Abelard menghabiskan sisa hidupnya sebagai seorang biarawan.

Namun mereka berdua tidak pernah berhenti untuk saling mencintai antara satu sama lain sehinggakan saling mengutuskan surat antara satu sama lain sehingga akhir hayat masing-masing. Surat-surat Eloise dan Abelard masih dikaji isinya sehingga ke hari ini.

6. Paris, Helen Dan Perang Trojan 

Siapa tahu bahawa perang legenda dalam sejarah dunia yang sering dibicarakan iaitu Trojan Wars adalah berpunca daripada kisah cinta antara Paris dan Helen. Helen dibicarakan dalam sejarah Greek sebagai wanita paling jelita pada waktu itu. Helen pula dijodohkan dengan seorang Raja Sparta yang bernama Menelaus. Lalu diceritakan bahawa pada suatu malam, Paris yang telah jatuh cinta pada Helen menculik Paris dan membawanya kembali ke kota Troy.

Mendengarkan bahawa isterinya diculik oleh Paris maka Melenaus menggerakkan askar paling besar dalam sejarah Greek pada waktu itu, lalu menggempur Troy dan membakar habis seluruh Kota Troy menjadi abu.

7. Cleopatra dan Anthony

Anthony ialah seorang jeneral perang untuk Rome ketika itu jatuh cinta kepada seorang pemerintah Mesir iaitu Cleopatra VII. Lalu, Anthony telah meninggalkan isterinya yang merupakan adik kepada Maharaja Pertama Rome iaitu Octavius.

Mendengarkan khabar bahawa Anthony telah jatuh cinta kepada Cleopatra dan memaling ketaatan daripada Rome, maka Anthony telah menggerakkan lebih kurang 250 kapal perang, bersama dengan 16, 000 askar pejalan kaki serta 3000 orang tentera pemanah. Lalu Cleopatra dan Anthony membalas pula dengan menurunkan 290 kapal perang bersama dengan 20 000 orang pejalan kaki dan 2000 orang tentera pemanah. Pertempuran ini dikenali dalam sejarah sebagai Pertempuran Actium.

Dipendekkan cerita, dalam perang ini, Anthony mendengar khabar berita bahawa Cleopatra telah mati dan ketika itu, terus semangat Anthony untuk berjuang di medan perang terus luntur. Dia menjatuhkan senjatanya dan terus rebah. Cleopatra sebenarnya masih hidup lagi ketika itu, namun mendengarkan cerita kematian Anthony di medan perang, lalu dia pula mengambil nyawanya sendiri dengan meminum bisa ular.

8. Anarkali Dan Salim 

India memang tidak pernah lokek dengan kisah cintanya tersendiri. Kali ini, sekali lagi Empayar Mughal menjadi saksi kepada kisah cinta yang tidak kurang hebatnya. Kisah bagaimana Salim, putera kerajaan Mughal ketika itu jatuh cinta dengan Anarkali, seorang gadis jelita yang tarafnya hanyalah seorang hamba. Anarkali atau nama lainnya Nadira pun mempunyai rasa yang sama pada si putera raja itu. Mereka dicatatkan saling bertemu dalam diam

Sampailah suatu masa Salim menyatakan pada ayahnya, Akbar akan keinginannya untuk berkahwin dengan Nadira. Namun ayahnya jadi murka mendengarkannya kerana taraf mereka berdua adalah berbeza. Salim ialah anak raja manakala Nadira pula ialah seorang hamba perempuan. Manakan seorang raja dan hamba kan bersatu…

Tidak puas hati dengan bantahan si ayah, serta tindakan ayahnya memenjarakan Anarkali, maka Salim pun menggerakkan askarnya sendiri dan mengisytiharkan perang ke atas ayahnya sendiri. Namun, si putera kalah dalam perang dan dia ditangkap oleh ayahnya dan diumumkan akan dijatuhkan hukuman mati.

Anarkali yang mendengarnya tidak sanggup melihat belahan jiwanya mati didepan mata. Maka Anarkali memilih untuk menyatakan di depan Akbar bahawa dia tidak lagi mencintai Salim demi menyelamatkan Salim. Namun sayang sekali., Anarkali pula dijatuhkan hukuman mati ditanam hidup-hidup di dalam dinding di depan mata Salim sendiri oleh ayahnya.

9. Kisah Cinta Sang Rama-Rama 

Tamadun China juga tidak kurang dengan kisah cintanya. Kali ini ianya berlaku ketika zaman Dinasti Jin Timur. Kisah Zhu Yingtai, seorang gadis jelita yang menyamar sebagai seorang lelaki hanya kerana kecintaanya pada ilmu. Si gadis itu telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Liang Shanbo dalam perjalanannya ke pusat pemerintahan Dinasti Jin untuk belajar ilmu di sebuah akademi.

Dan ketika itu, Zhu telah jatuh cinta dengan lelaki tadi. Mereka menjadi sahabat baik. Namun Liang tidak pernah tahu bahawa sebenarnya Zhu ialah seorang wanita. Sampailah suatu masa, di mana ketika mereka baru menghabiskan pelajaran. Maka Zhu akan kembali ke kampung halaman. Liang yang baik hati pun menemani Zhu dalam perjalanan pulang sejauh 18 batu. Zhu pula cuba menyampaikan kepada Liang secara tidak langsung bahawa dia ialah seorang perempuan namun Liang tidak dapat membaca mesej itu.

Namun, sebulan selepas itu, Liang sendiri datang melawat Zhu di rumahnya dan dia sendiri mengetahui bahawa Zhu rupa-rupanya seorang perempuan. Liang kemudian mengaku bahawa dia secara diam telah jatuh cinta dengan Zhu, namun keliru dengan perasannya ketika itu kerana menyangka bahawa Zhu ialah seorang lelaki. Mereka kemudian berjanji untuk hidup semati.

Tetapi Liang pulang ke rumahnya mendapati perkahwinanya telah ditetapkan dengan seorang anak bangsawan. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur pada permintaan keluarganya. Dipendekkan cerita, walau telah berkahwin, tetapi Liang tidak pernah lupa akan belahan jiwanya Zhu. Dia kemudian jatuh sakit dan mati kerana sakit rindunya.

Zhu yang mendengar kisah kematian Liang terus melawat kubur Zhu. Legenda mencatatkan kepada kita bahawa di kubur itu, Zhu berdoa kepada tuhan agar dibukakan makam itu. Keajaiban berlaku dan pintu makam Liang terbuka dan Zhu terus terjun ke dalam makam tersebut. Dicatatakan selepas peristiwa itu, Zhu dan Liang telah bertukar rama-rama dan tidak pernah terpisah selepas itu.

10. Laila Dan Majnun 

Qais diceritakan kepada kita telah jatuh cinta pada Majnun, seorang gadis yang digambarkan kejelitaannya. Ada yang mengatakan bahawa Laila adalah sepupu kepada Qais manakala ada yang mengatakan bahawa Qais dan Laila, cinta mereka adalah cinta pandang pertama.

Rasa cinta Qais pada Laila telah membuatkan lelaki itu menulis banyak puisi hanya untuk mengambarkan rasa cintanya pada Laila. Perbuatan Qais itu membuatkan penduduk kampungnya melabelkan Qays sebagai gila dan nama Majnun yang membawa maksud tidak siuman, gila terus melekat pada Qais.

Pada suatu masa, Qais melamar Laila namun pinangannya ditolak oleh ayah Laila menjadikan Majnun semakin kecewa dalam rasa cintanya untuk Laila. Laila pula telah berpindah ke Utara Arab ketika itu, meninggalkan Majnun dalam keadaan gila bergerak di padang pasir memahat puisi dan syiar cintanya. Laila kemudian dicatatkan mati kerana sakit rindu pada Majnun.

Kononnya Majnun sempat datang ke kubur Majnun, lalu mengukirkan puisi cintanya untuk Laila di kuburan wanita itu.

11. Odysseus dan Penelope

Selepas berkahwin dengan Odysseus, maka Penelope terpaksa berpisah dengan suaminya Odysseus yang terpaksa menyertai perang. Dalam perang itu, kononnya Odysseus hilang dan khabar beritanya tidak diketahui. Dalam masa yang sama, Penelope yang memang terkenal dengan kejelitaannya itu mendapat lamaran baru. Sepanjang 20 tahun dia menunggu Odysseus pulang dari medan perang, kononnya 180 lelaki daripada pelbagai latar belakang datang melamar Penelope namun semuanya ditolak oleh Penelope.

Penantian Penelope akhirnya berakhir juga… apabila si suami yang dinanti akhirnya kembali dari medan perang. Kesetian Odysseus juga diceritakan tertanding dengan kesetian Peneope. Ketika hilang di medan perang, Odysseus berjumpa dengan seorang ahli sihir yang sangat cantik dan ahli sihir menawarkan kepada Odysseus untuk berkahwin dengan dengannya dan melupakan Penelope. Si ahli sihir itu menawarkan kepada Odysseus hidup selama-lamanya dalam keadaan muda. Namun Odysseus menolak dan memilh untuk habiskan hidup “mortal” dengan Penelope.

12. Tristan dan Isolde

Kisah cinta tragis Tristan dan Isolde telah diberitahu dan diceritakan kepada kita melalui pelbagai cerita dan manuskrip. Kisah ini berlaku semasa zaman pertengahan semasa pemerintahan King Arthur. Isolde dari Ireland adalah anak perempuan Raja Ireland. Dia telah bertunang dengan Raja Mark of Cornwall. Raja Mark menghantar anak saudaranya, Tristan, ke Ireland untuk mengiringi Isolde kembali ke Cornwall.

Namun sepanjang mengiringi Isolde, mereka berdua pula saling jatuh cinta. Namun mahu atau tidak, ketika itu perkahwinan yang diaturkan oleh orang tua masing-masing terpaksa dipatuhi. Isolde tetap berkahwin dengan Raja Mark. Tetapi kedua-dua anak muda saling mencintai walau Isolde dimiliki oleh Raja Mark.

Hubungan mereka akhirnya diketahui oleh Raja Mark. Mujurlah Mark memaafkan Isode tetapi melarang Tristan menjejakkan kakinya ke bumi Ireland. Tristan pula berkelana sehinga ke Brittany dan di sana, dia bertemu dengan seorang wanita yang bernama Iseult dan berkahwin dengan Iseult kerana nama Iseult hampir sama dengan Isolde.

Namun, meski selepas berkahwin, Tristan tidak pernah menyentuh langsung Iseult kerana berasa bersalah pada Isolde. Sampailah satu masa, kerana terlalu larut merindui Isolde, akhirnya Tristan jatuh sakit.

Lalu Tristan menghantar pesanan meminta si Isolde, datang untuk menemuinya kerana si wanita itu satu-satunya rawatan untuk sakitnya. Kata Tristan lagi, kalau si Isolde sudi menemuinya, nanti biarlah layar kapal itu berwarna putih dan hitam.

Ketika itu, Iseult telah menipu Tristan bahawa layar kapal itu bewarna hitam membuatkan Tristian mati dalam rasa rindunya. Isolde yang dalam perjalanan pula terus jatuh sakit lalu mati mendengarkan berita bahawa Tristan telah mati.

13. Orpheus and Eurydice

Kisah cinta Orpheus dan Eurydice adalah kisah cinta yang menarik untuk dibicarakan dalam sejarah mitologi Greek. Orpheus memang mencintai seorang gadis yang sangat jelita bernama Eurydice yang turut digilai oleh dewa-dewa Greek ketika itu. Diceritakan bahawa suatu masa, Eurydice melarikan diri daripada dikejar oleh seorang dewa greek ke dalam hutan sebelum masuk ke sarang ular lalu mati dipatuh.

Orpheus yang mendengarkan berita yang menyapa Eurydice terus menjadi sedih. Maka dalam mitologi Greek, diceritakan bahawa Orpheus tidak henti-henti memainkan lagu-lagu sedih menggunakan suara dan alat muziknya, ke mana sahaja dia pergi. Kononnya lagu itu terlalu sedih membuatkan para dewa-dewi Greek menjadi sedih.

Dipendekkan cerita, Orpheus kemudian mengembara ke Underworld untuk bertemu dengan Hades, penjaga alam kematian itu. Di sana, muzik yang dimainkan oleh Orpheus turut meluluhkan hati Hades. Lalu Hades bersetuju untuk membangkitkan Eurydice dari kematian. Tetapi dengan syarat… ketika membawa Eurydice ke dunia atas, dia tidak boleh langsung menoleh ke belakang sehinggalah sampai ke dunianya.

Namun, oleh kerana rasa rindu yang tidak tertahan, Orpheus tetap menoleh ke belakangnya untuk menatap wajah Eurydice ketika mengiringi Eurydice ke dunia manusia. Namun… kali ini, Eurydice hilang, tetapi buat selama-lamanya, meninggalkan Orpheus terus kecewa menanti cinta yang tidak kesampaian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply