Bomoh dan Asia Tenggara memang tidak dapat dipisahkan kerana telah wujud semenjak kita menganut fahaman animisme lagi. Kehadiran cahaya Islam di Asia Tenggara terutamanya kepulauan Melayu telah membuatkan pembomohan ini semakin berkurangan. Namun bomoh tetapi juga wujud pada hari ini tetapi dalam bilangan yang agak kecil.

Antaranya adalah bomoh kelapa dari Malaysia dan bomoh hujan daripada Indonesia. Kenapa jumlah bomoh makin berkurang? Mungkin masyarakat hari ini sudah tidak percaya dengan kemampuan bomoh. Ditambah lagi ilmu hitam boleh dianggap sudah ketinggalan zaman dan kerjaya bomoh ini tidak memberikan hasil yang lumayan.

Kalau ini je bayarannya, memang rugi jadi bomoh

Bayangkan sajalah, biasanya bomoh akan meminta pulut kuning, ayam panggang dan telur sahaja sebagai pengeras. Kalau ada bayaran pun, tak banyak dan dah lah tak ada gaji minimum. Memang ramai tak nak jadikan perbomohan sebagai pekerjaan utama. Walau bagaimanapun, jangan terkejut kerana di Singapore terdapat seorang wanita yang berjaya menjana RM216k dengan hanya jadi bomoh sahaja.

Macam mana dia boleh dapat duit sebanyak itu dan apa khidmat yang ditawarkan?

Bomoh yang bernama Bambi Leong itu menawarkan khidmat membaca pelbagai jenis mantera, membuat anak patung mistik, menilik nasib dan mengurut. Dengan hanya menawarkan khidmat sedemikian rupa, Bambi Leong terus menjadi kaya. Antara khidmat yang paling banyak dilakukan oleh Bambi Leong adalah membaca pelbagai jenis mantera seperti mantera cinta

Hampir setiap hari, ramai orang pergi ke rumah Bambi Leong semata-mata mahu dia membacakan mantera cinta. Menurut Bambi Leong, mantera cinta itu mampu menyatukan kembali dua hati yang telah terpisah. Bukan itu sahaja, siapa yang selalu kena reject dengan crush, anda boleh cari Bambi Leong di Singapura.

Setakat membaca mantera cinta sahaja, Bambi Leong telah menjana sebanyak $30,000 dalam masa sebulan. Biarpun begitu, Bambi Leong sebenarnya tertanya kenapa ramai yang mahukan khidmat membaca mantera cinta? Benda boleh cari yang baru tapi masih lagi nak jilat bekas ludah sendiri.

Nak ex kembali kepada anda?

Selain itu, Bambi Leong juga ada tawarkan khidmat menguatkan adik. Jangan terkejut kerana yang nak kuatkan adik itu adalah pelanggan dari Eropah. Pelanggan itu sanggup mengeluarkan AS$350 sebagai bayaran pendahuluan untuk Bambi Leong beri kekuatan kepada adik seperti gajah. Jika berjaya pelanggan itu akan membayar wang dengan lebih banyak lagi.

Jadi bomoh di Singapore ini hanya terhad untuk khidmat-khidmat berkaitan cinta sahajakah?

Jawapannya tidak kerana terdapat individu yang menceburkan diri dalam aktiviti perbomohan untuk melawan kuasa patriarki. Menurut bomoh itu, mereka sebenarnya ingin membantu wanita supaya mendapat hak yang saksama. Bermakna wanita tidak akan ditindas oleh lelaki atas nama ketua keluarga.

Sebagai contoh, kes isteri didera oleh suami memang acap kali kita dengar. Masalah wanita adalah terlalu bersabar dengan sikap suami. Jadi bomoh ini hadir untuk tawarkan penyelesaian agar rumah tangga menjadi lebih harmoni. Ditambah pula kejadian gangguan seksual semakin membarah dalam masyarakat dan segala penyelesaian yang diberikan hanya dipandang sepi. Bagi mengisi kelompongan tersebut, ada bomoh tawarkan khidmat yang mampu memberikan perlindungan kepada wanita.

Kesimpulannya, kerjaya bomoh ini memang mampu berikan wang yang banyak dan dapat membantu orang pulak tu. Tapi anda harus ingat, berkolaborasi dengan ilmu hitam hanya akan membinasakan anda di masa hadapan. Ingat setan ni memang jenis manis mulut tapi pada akhirnya ibu jari kaki kita juga dia ngap tanpa pedoman.

Kepada anda yang seringkali direject, jangan sesekali jumpa bomoh sebab banyak lagi cara lain boleh dicuba.

RUJUKAN:

Cheung, R. (2021, Mac 19). Black magic doesn’t mean bad magic: She earns $30k a month from casting spells. Asia One. Dipetik daripada https://www.asiaone.com/lifestyle/black-magic-agatha-harkness-wandavision-witch-earns-30k-month-casting-spells

Kang, H. (2021, Oktober 28). In Singapore, some women are reclaiming witchcraft and turning it into a feminist practice. L’Officiel. Dipetik daripada https://www.lofficielsingapore.com/culture/witchcraft-singapore-feminism


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply