Jika anda tenggelam di lautan yang berais, anda akan kehilangan nyawa dalam masa beberapa minit sahaja kerana hiportemia. Tapi, ada seorang anak kapal Titanic ni berjaya terselamat kerana terlalu banyak kandungan alkohol di dalam badan beliau semasa berada di lautan berais.

Charles Joughin merupakan pembuat roti di atas Titanic. Joughin memulakan karier sebagai kelasi kapal setelah menyertai Royal Navy Reserve. Kecemerlangan beliau sebagai kelasi menyebabkan beliau mendapat tawaran untuk bekerja di Titanic.

Di Titanic, Joughin bekerja sebagai Ketua Pembuat Roti di bahagian kulinari. Semasa malam tragedi, Joughin tersedar dari tidur setelah mengalami gegaran .

Joughin segera ke bahagian dapur dan melihat ada sebilangan anak buahnya telah mula panik. Menyedari apa yang telah terjadi, Joughin mengarahkan mereka untuk membungkuskan roti lalu dibawa ke boat deck untuk dimasukkan ke dalam tiap-tiap bot keselamatan.

Joughin juga turut mengarahkan kepada anak buahnya untuk membuat sebanyak 50 buku roti lagi untuk diberi kepada penumpang untuk mengalas perut mereka. Setelah itu, Joughin kembali ke biliknya dan minum beberapa botol arak untuk menenangkan fikirannya.

Joughin kemudian naik ke dek dan membantu penumpang-penumpang yang menyelamatkan diri. Pada ketika itu, hampir kesemua bot keselamatan sudah diturunkan. Joughin kemudian pulang semula ke biliknya dan minum lagi beberapa botol arak.

Di bilik, Joughin mula menyedari bahawa biliknya telah dimasuki air. Joughin kemudian naik semula ke atas dan bertindak untuk membuang kerusi rehat di dek ke laut agar penumpang dapat berpaut pada kerusi itu.

Salah sebuah kerusi rehat dek Titanic

Joughin kemudian turun ke pantri untuk meminum air. Di pantri, Joughin terdengar bunyi yang sungguh kuat. Rupanya, pada ketika itu, Titanic telah patah kepada dua bahagian. Joughin segera pergi ke bahagian belakang kapal dan menyelamatkan diri.

Pantri Titanic

Setelah Titanic karam, para penumpang agak panik di laut dan itu adalah punca mereka men1ngg4l dunia selain dari faktor cuaca. Namun, tidak bagi Joughin. Beliau dengan tenang menyusur ke dalam laut dan berenang agar badannya sentiasa panas.

Kebanyakan penumpang di laut pada ketika itu perlahan-lahan men1ngg4l dunia disebabkan hiportemia. Tapi, Joughin berjaya berada di laut selama dua jam setengah. Joughin kemudian berjaya naik ke sebuah bot keselamatan yang terbalik.

Namun, di bot keselamatan itu, tiada tempat untuk Joughin kerana 25 penumpang berada di atasnya. Joughin kemudian terlihat sebuah lagi bot dan berenang menuju ke bot tersebut.

Setelah berjaya diselamatkan, Joughin dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Titanic di London. Ketika Perang Dvnia Pertama tercetus, Joughin kembali semula ke laut dan berkhidmat sebagai pembuat roti untuk t3nt3ra laut.

Pada 1920, Joughin berpindah ke Amerika Syarikat dan meneruskan pekerjaan beliau di sana sehinggalah p3r4ng Dunia Kedua tercetus. Pada 1941, Joughin sekali lagi ditimpa kemalangan apabila kapalnya, SS Oregon dilanggar oleh USS New Mexico dan tenggelam. Joughin sekali lagi terselamat di dalam kemalangan itu.

SS Oregon

Pada 1950an, Joughin menceritakan pengalamannya di Titanic kepada Walter Lord dan kemudian  Lord menerbitkan pengalaman Joughin dan lain-lain di dalam bukunya A Night To Remember. 

Buku ini kemudian diadaptasi ke sebuah filem menggunakan judul yang sama. Tapi sayang, Joughin tidak sempat menonton filem tersebut kerana beliau terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir pada 9 Disember 1956 kerana s4k1t tua.

Watak CHarles Joughin di dalam filem A Night To Remember 1958

Watak Charles Joughin banyak ditampilkan di dalam filem-filem Titanic dan terima kasih kepada arak, walaupun arak itu membvnuh, tetapi kali ini, arak yang menyelamatkan nyawa Charles Joughin pada pagi 15 April tersebut.

RUJUKAN:

Encyclopedia Titanica. (2019, October 17). Charles John Joughin : Titanic Survivor. Retrieved December 16, 2020, from https://www.encyclopedia-titanica.org/titanic-survivor/charles-john-joughin.html

Lord, W. (1976). A Night to Remember: The sinking of the Titanic. NY: Holt.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.