Bagaimana jika terdapat industri penjualan bayi secara semula jadi di dunia ini? Bukan bayi yang terhasil dari teknologi sains atau pun perubatan. Tetapi, bayi yang lahir secara normal dalam jumlah yang banyak kemudian dijual.

Istilah ‘kilang bayi’ menunjukkan lokasi di mana wanita disuruh atau dip*ksa untuk hamil dan menyerahkan bayi mereka untuk dijual.Kilang bayi ini berselindung di sebalik rumah bersalin dan pusat jagaan anak yatim oleh sindiket jenay*h yang terancang.

Selalunya yang mengetuai sindiket ini ialah pemilik fasiliti-fasiliti tersebut, sebahagiannya doktor perubatan. Mereka menjalankan perniagaan mereka dengan dibantu oleh para pekerja iaitu laki-laki yang ditugaskan mengh*milkan wanita-wanita mangsa p*nculikan.

Lebih mengg*runkan, sebahagian pengendali operasi itu merupakan pemb*n*h bersiri dan menjalankan aktiviti pemerd*gangan manusia.

Kem Pelarian Di Madinatu

Sindiket ini menyasarkan pelarian-pelarian yang meninggalkan kampung mereka disebabkan seranggan penggan*s B0k0 H4r4m yang aktif beroperasi di negara itu. Mereka ini tinggal dalam kem yang biasanya seramai ribuan orang.

Operasi ini bermula dengan menghantar ejen-ejen wanita ke kem tersebut. Ejen ini akan menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah di kawasan Tenggara negara itu. Sasaran utamanya adalah gadis-gadis belasan tahun dan 20-an.

Pelarian yang sememangnya sedang menderita kemiskinan umpama ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ setelah mendapat tawaran itu.Mereka berharap dapat memulakan hidup baru dengan pekerjaan itu.

Perjalanan mereka akan diuruskan oleh ejen wanita tersebut. Mereka kemudian singgah sebentar di rumah ejen itu sebagai persinggahan sebelum dibawa ke lokasi sebenar yang mengambil masa berjam-jam untuk sampai.

Di situ, mereka diserahkan kepada pengurus sindiket di situ dan diarahkan untuk melakukan apa yang disuruh.Lokasi sebuah kilang di Enugru, misalnya, merupakan dua buah rumah pangsa ,setiap satu mempunyai tiga bilik dipenuhi wanita, sebahagiannya hamil.

Mangsa sindiket tersebut yang belum menyedari situasi sebenar menyangka yang mereka ditugaskan membersihkan dan melakukan kerja rumah di situ. Namun, mereka disuruh duduk berseorangan di bilik yang berasingan dari gadis-gadis itu.

Wanita Nigeria Diberi Penerangan Tentang Pemerdagangan Manusia oleh Ketua Kem Mereka

Pada malam itu, seorang lelaki ditugaskan untuk memperk*sa mangsa dengan kej*m. Ada yang dis*ksa dengan tamp*ran sekiranya menjer*t atau menangis ketika diperk*sa.

Keesokan harinya, mereka dipindahkan ke bilik kongsi yang diduduki gadis lain dan hanya diarahkan ke bilik berasingan sekiranya tiba giliran mereka untuk ‘bekerja’.

Dalam masa beberapa bulan, mereka disahkan hamil. Tetapi, mereka masih juga diperk*sa tidak kira berapa bulan gadis itu hamil. Mereka tidak boleh menolak permintaan laki-laki itu dan kawasan sindiket itu dikawal oleh pengawal bers*njata untuk menghalang mereka melarikan diri.

Apabila tiba masa bayi dilahirkan, seorang bidan akan dipanggil dari luar untuk membantu mereka. Namun, bayi itu akan diambil dan si ibu akan dihantar pulang ke tempat asal mereka.

Gadis-gadis yang dihantar ke stesen bas dengan ditutup mata mereka dengan kain supaya mereka tidak dapat mengecam jalan ke lokasi itu. Mereka kemudian dibayar wang bagi membayar pengangkutan balik dan diatur perjalanan mereka terus ke rumah.

Bayi-bayi itu kemudiannya akan dijual dengan bayi lelaki berharga 2,000 hingga 2,700 USD manakala bayi perempuan berharga antara 1,350 ke 2,000 USD. Kebanyakan pembeli merupakan pasangan yang tidak dapat melahirkan anak.

Ada juga yang membeli bayi itu untuk upacara ritual. Sebahagian dari mereka menjual kembali bayi yang dibeli itu untuk mendapat keuntungan lagi. (Achagh, Ogbuabor, & Ilomuanya, 2015)

Operasi kilang bayi ini merupakan salah satu bentuk pemerdagangan manusia dan telah menjadi sumber pendapatan tetap bagi penjen*yah-penjenay*h di Tenggara Nigeria. Ia menjadikan wanita sebagai mangsa keg*nasan dan pend*raan dan sehingga kini semakin aktif beroperasi di negara itu.

Rujukan

Achagh, W., Ogbuabor, S. E., & Ilomuanya, A. (2015). Prevalence of Baby Factory in Nigeria: An Emergent Form of Child Ab*se, Tr*fficking and M*lestation of Human. International Journal of Interdisciplinary Research Methods, 1-12.

Kylie Kiunguyu (2019). Baby Factories Are A New Avenue gor Ill*gal Ad*ption And Human Tr*fficking. Retrieved 5 May 2020 from https://allafrica.com/stories/201910100043.html

Philip Obaji Jr. (3 May 2020). Survivors of Nigeria’s Baby Factories Share Their Stories. Retrieved 5 May 2020 from https://www.aljazeera.com/indepth/features/survivors-nigeria-baby-factories-share-stories-200420091556574.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadith) dari Universiti Sultan Azlan Shah. Sangat berminat dalam penulisan isu-isu semasa.

Comments are closed.