Khilafah adalah salah satu sistem institusi pentadbiran Islam tertua dalam sejarah. Kekhalifahan Uthmaniyyah adalah Khalifah Sunni yang terakhir bermula dari akhir zaman pertengahan hingga awal zaman moden yang bertahan selama tiga belas abad dan dimansuhkan pada tahun 1924.

Pengganti yang mewakili dan meneruskan tugas dakwah junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W. merupakan ketua negara Islam, dipanggil “khalifah”, istilah yang diterjemahkan sebagai “pengganti” dalam bahasa Melayu.

Bermula dari abad ke-11, pelbagai negeri telah ditubuhkan di atas tanah yang diperintah umat Islam, dari Lautan Atlantik ke sekitar tanah besar China dan kuasa khilafah menjadi kuasa yang simbolik di negara-negara yang memiliki populasi penduduk Muslim yang tinggi ini.

Semenjak itu, Khalifah mempunyai status yang sama dengan Maharaja di empayar Eropah, sementara sultan-sultan yang memerintah negara-negara Islam ini sama seperti raja dan raja di bawah pemerintahan maharaja. Namun dalam konteks tertentu, seorang raja akan menggalas tanggungjawab Khalifah dan Sultan sekaligus.

PERMULAAN KHILAFAH UTHMANIYYAH

Apabila Baghdad dibinasakan oleh Mongol pada tahun 1258, Khalifah Abbasiyah yang terakhir, al-Musta’sim telah terbunvh. Saki baki keturunan Khalifah Abbasiyah yang berjaya menyelamatkan diri meneruskan kewujudannya di Mesir, di bawah perlindungan Kesultanan Mamluk. Sebenarnya, kuasa mutlak pada waktu ini berada di tangan  sultan-sultan yang hanya setia kepada Khalifah sebagai gimik tradisi.

Ketika awal penubuhan kerajaan kecil Uthmaniyyah di Anatolia Barat, hubungan antara Kesultananan Uthmaniyyah dan penerus Kekhalifahan Abbasiyyah (juga dirujuk sebagai Kekhalifahan Mamluk) di Mesir adalah baik. Khalifah al-Mutawakkil I memberi gelaran “Sultan Anatolia” kepada Sultan Bayezid I selepas kemenangannya ke menumpaskan Tentara Salib pada tahun 1396 dalam Pertempvran Nicopolis.

Walau bagaimanapun setelah Sultan Mehmed II menaklvki Istanbul pada tahun 1453, keseimbangan kuasa mula berubah, rakyat dari dunia Islam dan bukan Islam mula meletakkan kebergantungan mereka kepada Uthmaniyyah untuk sebarang isu. Keadaan sebegitu secara tidak langsung menyebabkan Uthmaniyah menjadi “khalifah” secara tidak rasmi sekaligus menimbulkan persaingan dengan Kesultanan Mamluk yang merupakan khalifah rasmi.

“Tughra” Khalifah/Sultan. Setiap Sultan lazimnya memiliki tughra yang berbeza-beza. Ia berfungsi seperti cop mohor Maharaja.

Sebagai contoh;  para jemaah Haji terutamanya dari Mesir memilih untuk datang mengadu kepada Sultan Mehmed II mengenai masalah laluan mereka dalam perjalanan Haji. Dalam kes yang lain, Uthmaniyyah pernah menawarkan untuk membantu kerja baik pulih saluran air kepada Sultan Mamluk lalu menyebabkan krisis diplomatik dengan menuduh Uthmaniyyah telah campurtangan dalam urusan domestik Mamluk.

Pertikaian dominasi kuasa ini berakhir ketika Sultan Selim I dari Uthmaniyyah menamatkan sepenuhnya kegemilangan Kesultanan Mamluk pada tahun 1517. Khalifah Mamluk terakhir, al-Mutawakkil III datang ke Istanbul bersama Sultan Selim dan kemudian menyerahkan semua kekuasaan dan kedaulatannya kepada Sultan Selim dalam suatu upacara rasmi.

Oleh yang demikian, sekali lagi pemerintahan “Sultan” dan “Khalifah” disatukan sebagai tanggungjawab berbeza tetapi digalas oleh seorang penguasa, namun, apakah perubahan yang berlaku dalam Uthmaniyyah sejak itu? Apa manfaat dan keperluan memegang dua jawatan?

Dari pandangan awam, Sultan hanya menambahkan satu lagi gelaran lain pada nama mereka tetapi mereka menjalani rutin seperti biasa. Walaupun nilai prestij Sultan di kalangan dunia Muslim bertambah, ia menyebabkan sedikit perubahan berlaku untuk negara-negara Islam merdeka yang lain.

TANGGUNGJAWAB MELANGKAUI BENUA

Tidak seperti sistem pemusatan kuasa kerajaan Kristian yang diketuai seorang Pope, semua raja-raja Eropah akan tunduk kepada Pope dan dari semasa ke semasa melancarkan per4ng salib untuk menyatukan kerajaan Kristian yang lain, berbeza dengan Khilafah Islam yang tidak pernah bertindak sedemikian terhadap negara-negara Islam yang lain atau pemerintah negara Islam masing-masing.

Tentera Cina Muslim di China yang melakukan pemberontakan melawan Dinasti Qing

Maka Uthmaniyyah terus menjalani urusan pentadbiran mereka seperti biasa. Sejauh yang penulis tahu Uthmaniyyah tidak memberikan sebarang gelaran kehormat kepada penguasa Islam yang lain seperti yang pernah dilakukan Khilafah Abbasiyyah. Dan Uthmaniyyah bahkan tidak menggantung bendera mereka di Mekah dan Madinah sehingga abad ke-19.

Tetapi sebagai khalifah, mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua umat Islam dengan sentiasa berhubung dengan negara-negara muslim lain. Dan sebagai khalifah jua mereka akan campur tangan apabila jika negara-negara muslim lain berada dalam kesusahan.

Sebagai contoh; Uthmaniyyah mengirim 600 orang tenter4 dan pakar-pakar kejuruteraan bersama beberapa buah kapal ke Aceh di Sumatera ketika mereka diancam oleh Portugis pada 1560. Tenter4 Uthmaniyah mendirikan sebuah akademi tenter4 di sana untuk melatih pejuang tempatan dari kalangan warga Aceh dan orang-orang Melayu yang menyokong Aceh.

Tanah perkuburan para pejuang Turki Uthmaniyyah yang disemadikan di bumi Aceh di Indonesia

Sebahagian daripada tenter4 Uthmaniyyah yang diutus ini memilih untuk tinggal menetap dan menikah dengan wanita tempatan. Sehinggalah hari ini anda boleh menziarah perkuburan tenter4-tenter4 Turki Uthmaniyyah ini di Aceh, Indonesia.

Satu lagi contoh dari Agadez, Niger Utara, mereka memohon kepada Sultan Uthmaniyyah pada abad ke-15, supaya dilantik seorang gabenor Uthmaniyyah untuk mereka. Sultan menghantar anaknya Yunus yang ibunya adalah seorang gundik istana kulit hitam, sebagai gabenor mereka. Yunus berkahwin di sana dan hari ini keturunannya masih dikenali sebagai “Istanbuleva”.

Ketika umat Islam Cape Malay memohon Sultan Abdulaziz pada tahun 1862 untuk menyelesaikan konflik kepimpinan mereka, Sultan menghantar Ebubekir Efendi. Ebubekir Efendi menubuhkan sebuah Sekolah Islam di Afrika Selatan untuk keperluan umat Islam dan mula menulis mengenai Islam dalam bahasa tempatan.

Ebubekir Efendi (duduk di tengah)

PENDEKATAN DIPLOMASI CARA HALUS

Prinsip pentadbiran Khalifah menggariskan bahwa Sultan Uthmaniyyah juga adalah “pemimpin Dunia Islam.”  Shaybanid di Turkistan, Kesultanan Gujarat di India (1536), Empayar Mughal ketika pemerintahan Humayun (1548), Iran (1727), Kesultanan Maghribi (1579) dan Negeri Kasghar (1868) masing-masing mengisytiharkan pengiktirafan mereka terhadap kedaulatan Sultan Uthmaniyyah sebagai Khalifah Muslim.

Umat ​​Islam yang mengembara dari Turkistan melalui Caucasia untuk menunaikan ibadat haji tidak melepaskan peluang untuk melawat Istanbul dan melaksanakan solat Jumaat berjemaah yang sentiasa dilaksanakan bersama dengan Sultan.

Sultan Uthmaniyyah mula mengangkat kepentingan gelaran khalifah sebagai membawa peranan yang suci pada abad-abad berikut. Bermula dari abad ke-18, di saat tanah-tanah yang banyak diduduki oleh orang-orang Muslim seperti Crimea mula dirampas dari Uthmaniyyah, berikutan aspek terdesakan ini, secara tidak langsung meletakkan kedudukan Sultan Uthmaniyyah sebagai harapan umat Islam.

Demi untuk melindungi kepentingan agama Islam dan kepentingan hak umat Islam yang hidup di tanah-tanah ini, Sultan Uthmaniyyah mengangkat dirinya sebagai pemimpin rohani atau pemimpin utama umat Islam yang akan diterima oleh seluruh dunia Islam dan bukan Islam di bawah naungan.

Berikutan Perjanjian Küçük Kaynarca (1774), yang ditandatangani selepas kekalahan Uthmaniyyah dalam per4ng Russo-Turkish, kedaulatan dan hak kuasa Sultan terhadap umat Islam yang tinggal di tanah bekas milik Uthmaniyyah telah ditubuhkan.

Sultan Abdulhamid Khan II, Sultan dan Khalifah Uthmaniyyah terakhir yang memiliki kuasa mutlak

Oleh itu, sultan-sultan Uthmaniyyah yang sebelum ini memegang kuasa material ke atas subjek-subjek mereka telah memegang peranan rohani yang dikuasai oleh Khalifah, ia mirip seperti kuasa Pope terhadap umat Katolik seluruh dunia.

Sultan Abdülhamid II secara khususnya meletakkan keutamaan yang tinggi pada status ini, Abdulhamid percaya bahawa ia mampu membantu perpaduan politik Islam. Beliau mengirim buku-buku ilmu, alim ulama dan membina madrasah di kawasan-kawasan Muslim yang berada di bawah pemerintahan orang kafir.

Oleh itu, orang Islam yang sedang dij4jah meletakkan harapan mereka kepada Istanbul. Khalifah di Istanbul mengekalkan impian orang Muslim akan perpaduan dan kemerdekaan terus segar walaupun dengan kuasa politiknya terbatas.

KETAKUTAN BRITISH MENJATUHKAN UTHMANIYYAH

Para Mufti dan Qadi (hakim sharie) yang ditugaskan dari Istanbul untuk meneruskan perkhidmatan di bekas tanah Uthmaniyyah, seperti Crimea (Ukraine), Romania, Serbia, Bulgaria, Cyprus, Bosnia dan Herzegovina dan Greece. Pegawai-pegawai ini cuba menegakkan undang-undang syariah ke atas umat Islam dengan kuasa yang mereka terima dari Khalifah.

Mereka melindungi waqaf, madrasah, dan menerbit manuskrip ilmu Islam di rantau ini.  Sehingga hari ini, muftis masih terus berurusan dengan urusan agama dan kehakiman umat Islam yang tinggal di Greece berkat peninggalan usaha dakwah yang akhirnya menjadi sebuah tradisi ini.

Polisi ini juga menghasilkan buahnya pada awal abad ke-20. Umat Islam dibawah pentadbiran kolonisasi, terutamanya dari Turkistan dan India, menawarkan sumbangan yang besar dan sokongan moral berikutan pendudukan British ke atas Anatolia semasa Per4ng Dunia Pertama.

Menguasai satu perempat daripada seluruh dunia, Britain memiliki sejumlah besar penduduk umat Islam di bawah pemerintahannya dan berusaha untuk mengekang kebangkitan kuasa khalifah.

Oleh itu, Britain menumpukan dasar luarnya untuk menghapus Khalifah, bermula dari separuh kedua abad ke-19. British mencapai matlamat mereka selepas Rev0lusi Turki Muda pada tahun 1908 dan kemudiannya mula membahagikan keuntungan mereka bersama rakan-rakan sekutu dalam Per4ng Dunia Pertama. Revolusiner Turki Muda yang merampas kuasa pemerintahan di Negara Uthmaniyyah telah melemahkan kuasa duniawi khalifah.

KEJATUHAN UTHMANIYYAH ADALAH TAKDIR ALLAH

Istanbul telah diduduki pada tahun 1918 oleh Pasukan Sekutu. Sultan Uthmaniyyah yang terakhir, Mehmed Vahideddin, cuba mengalih perhatian perhatian British. Dia menyeru kebangkitan penentangan nasional di Anatolia secara rahsia bersama tenter4 nasionalis.

Mustafa Kemal Pasha, yang ditugaskan oleh Sultan Vahideddin untuk mengatur rancangan pemberontakan, menubuhkan kerajaan setara di Ankara dan berpaling dari Istanbul setelah kemenangannya terhadap orang Yunani.

Setelah per4ng yang berpanjangan, Mustafa Kemal Pasha berjaya mengalahkan penj4jah Eropah. Namun berikutan peper4ngan yang panjang, Empayar Uthmaniyyah ibarat telur di hujung tanduk, per4ng telah menyebabkan kewangan ekonomi negara amat tenat, Sultan sudah tiada pengaruh dan hilang kepercayaan dan sokongan rakyat.

Sekiranya Uthmaniyyah meneruskan legasinya waktu itu dikhuatiri negara itu akan melalui tempoh kemunduran untuk jangka masa yang panjang, Uthmaniyyah sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, rakyat tiada pilihan selain mengangkat satu-satu nya tokoh yang ada ‘aura’ ketika itu iaitu Mustafa Kemal Ataturk sendiri.

Mustafa Kemal menganggap satu-satunya jalan untuk menyelamatkan rakyat dan negara adalah dengan; membubarkan Kesultanan Uthmaniyyah dan sistem Khilafah, menjadikan negara Eropah sebagai role-model supaya bangsa Turki mampu mencapai kemajuan tamadun seperti Eropah, menyerap sistem sekularism dalam pentadbiran baharu iaitu urusan agama dan urusan pentadbiran akan dipisahkan.

Penukaran sistem penulisan bahasa Turki yang sebelum itu menggunakan tulisan Arab (macam Jawi kita) kepada tulisan Rumi, menukar laungan azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki, menukar sebarang budaya yang berkaitan dengan Arab dan menggalakkan fesyen Eropah dikembangkan. Semua itu berikutan dendam terhadap pengkhianatan bangsa Arab.

Tamatnya per4ng Kemerdekaan Turki bererti kemerdekaan buat bangsa Turki tetapi ia menjadi satu permulaan yang menyedihkan untuk kaum kerabat Kesultanan Turki Dinasti Uthmaniyyah.

Kesultanan Uthmaniyyah dengan rasminya dimansuhkan pada 1 November 1922 dan sultan terakhir Empayar Uthmaniyyah dibicara dan dituduh atas kesalahan pengkhianatan (perbicaraan itu hanyalah drama supaya Sultan hanya dihukum usir keluar negeri seperti keturunan dinasti Uthmaniyyah yang lain.), Republik Turki ditubuhkan.

Selepas itu, pewaris yang sepatutnya menjadi Sultan, Abdulmejid Efendi, hanya dibenarkan menggunakan gelaran Shahzade kerana Kesultanan telah pun tiada. Shahzade Abdulmejid Efendi dilantik sebagai Khalifah, memisahkan autonomi khalifah dan kesultanan untuk kali kedua dalam sejarah, membentuk khalifah simbolik atau boneka tanpa kuasa eksekutif. Beliau masih terus memegang peranan sebagai pemimpin utama Dinasti Osman yang kemudiannya dijadikan pertubuhan dianggotai keturunan Osman Ghazi

Bekas Sultan terakhir, Mehmet Vahideddin Efendi, yang terpaksa meninggalkan negara itu, sempat mengeluarkan suatu perisytiharan yang mengumumkan pindaan perlembagaan tidak boleh dilaksanakan tanpa kelulusan sultan, sekaligus ia bertentangan dengan perlembagaan kerana memisahkan kesultanan daripada khalifah.  Dia juga mengutuk sepupunya kerana menerima jawatan khalifah di saat tidak bermaruah ini.

TEKANAN EROPAH YANG PENGECUT

Mustafa Kemal masih mengekalkan kedudukan Khalifah dan terus memainkan peranan penting dalam politik antarabangsa. Agak menggelikan hati apabila Mustafa Kemal juga terfikir untuk mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah hingga dia pernah cuba mencuri perhatian dunia dengan menonjolkan dirinya sebagai seorang yang beragama dan warak buat seketika.

Walau bagaimanapun, akibat tekanan dari si bangsat British yang memerintah berjuta-juta umat Islam di tanah j4jahan mereka, kerajaan pusat di Ankara akhirnya menghapuskan kuasa dan sistem kekhalifahan secara penuh pada 3 Mac 1924.

Kesemua lelaki, wanita dan anak-anak keturunan dinasti Turki Uthmaniyyah, salah satu dinasti tertua dalam  dunia, telah diusir keluar negeri. Keluarga besar ini terpecah ke merata tempat di seluruh dunia. Khalifah terakhir, Shahzade Abdülmecid, tinggal di Perancis selama 20 tahun.

Insiden ini menimbulkan rasa cemas dan kagum dari seluruh dunia Islam dan beberapa tokoh seperti Raja Fuad di Mesir dan Raja Hejaz Sharif Hussein berhasrat untuk memegang status khalifah.

Khalfah Uthmaniyah terakhir (lantikan Republik), Shehzade Abdulmejid II

Walau bagaimanapun, orang Islam ketika itu tidak menyokong hasrat Arab kerana dianggap sebagai penkhianat Khalifah Islam. Bahkan mereka tidai mendapat sokongan dari British yang sebelum per4ng telah menawarkan pelbagai janji kepada Arab hingga berpecah belah kaum itu dibuatnya.

Selepas Uthmaniyyah, negara-negara Islam selepas itu memandang sistem Khilafah sudah tidak ada manfaatnya lagi untuk orang Islam di seluruh dunia kerana jatuhnya Khalifah Uthmaniyyah bererti harapan umat Islam yang terj4jah juga sudah hancur.

Mereka hanya berserah kepada Allah kemudian bangkit sendiri menentang penj4jah. Umat Islam hari ini masih berpegang kepada kepercayaan bahawa Khilafah Islamiyyah akan bangkit kembali setelah kemunculan Imam Mahadi di akhir zaman.

Inilah kesan akibat apabila umat Islam lebih mempercayai orang kafir, dan inilah akibatnya apabila pengkhianatan dari dalam istana sendiri tidak dibendung awal-awal. Jadilah Uthmaniyyah sebagai salah satu institusi tertua dalam sejarah Islam yang tenggelam dalam kelalaian.

Anggota keluarga Dinasti Uthmaniyyah tidak begitu bernasib baik sebagai rakan senasib yang lain dari Eropah, dahulu nenek moyang mereka melewati masa-masa sulit menubuhkan negara dan menstabilkan masyarakat yang pelbagai bangsa supaya Uthmaniyyah bukan sekadar mampu menjadi pelindung bangsa Turk sahaja tetapi Uthmaniyyah menjadi payung tempat berteduh kaum Yahudi, Croat, Crimea, Armenia, Yunani, Kaukasus, Tatar, Afrika, Arab, dan pelbagai lagi.

Namun anak cucu dinasti Uthmaniyyah setelah kejatuhannya dan dibuang negeri ke tempat yang mereka tidak mempunyai sanak saudara di sana, seluruh harta benda dirampas, melalui kesulitan yang serius ketika mereka diasingkan.

Shehzade Orhan Osmanoglu merupakan salah seorang ahli dinasti Osman merangkap pewaris takhta Uthmaniyyah yang sah jika Kesultanan masih wujud. Beliau merupakan cicit kepada Sultan Abdulhamid II

Ahli dinasti wanita tidak dibenarkan kembali ke Turki selama 28 tahun, sementara bagi ahli dinasti lelaki pula tempohnya adalah 50 tahun.

Walaupun sudah seabad kejatuhan Uthmaniyyah dan berdekad-dekad sudah keturunan mereka dibenarkan pulang ke Turki, namun segala kekayaan dan harta mereka tidak pernah diserahkan kembali.

Sebagai seorang Muslim, penulis percaya Khilafah akan bangkit kembali walau di mana jua sekali pun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.