Selain ketegasannya dalam memerintah negara mengikut hukum syariat Islam, Khalifah Umar juga tidak meninggalkan tanggungjawabnya kepada umat Islam untuk menyebarkan ilmu pengetahuan ke seluruh pelosok wilayah kekuasaanya. Di atas keberhasilannya dalam membaik pulih sistem pendidikan melalui penyusunan semula institut pendidikan (kuttab) dengan memberi banyak sumbangan dana untuk menampung hidup para ibnu sabil yang tidak berkemampuan di dalam pengajian Kuttab al-Sabil, maka secara tidak langsung ramai masyarakatnya yang miskin menyahut seruan jihad ilmu ini.

• Menurut Dr. Ahmad Shalaby, tenaga yang mendorong para penuntut ilmu untuk berperang di medan ilmu ini adalah al-Quran, hadis Rasulullah saw dan mahfudzot (kata-kata mutiara) yang memerintahkan umat Islam untuk merebut peluang mengambil ilmu.

Ayat 9, surah az-Zumar menjadi bukti perangsang bagi umat Islam mencipta peradaban yang agung serta mahsyur seiring membentuk akhlak peribadi yang terpuji.

• Khalifah Umar menghidupkan kembali aroma ilmu pengetahuan di dalam masjid-masjid yang terletak di seluruh kawasan Syam. Beliau menyokong penuh penerusan sistem pengajian tradisional Halaqah, iaitu sistem pembelajaran yang berlangsung secara rasmi di dalam masjid melalui cara para penuntut ilmu akan duduk di dalam sebuah bulatan menghadap mualim. Anak-anak murid ini menadah kitab dan belajar secara ‘on the spot’ dihadapan para guru mereka. Selalunya sistem pembelajaran ini disertai oleh para penuntut ilmu yang sudah mempunyai asas ilmu yang kukuh dan tenaga pengajar ini merupakan para syeikh yang mengajar tanpa gaji (bekerja ikhlas kerana Allah swt).

• Atas segala usaha yang digerakkan oleh Khalifah Umar maka secara tidak langsung beliau mampu melahirkan ramai ilmuwan dan ulama Islam yang tersohor pada zaman pemerintahannya.

Salah seorang ilmuwan Islam itu ialah Ibnu al-Nafis, doktor dan pakar bedah. Beliau telah menulis sebuah karya agung yang memuatkan segala ilmu perubatan melalui teknik pembedahan dan perawatan setelah pembedahan. Teori yang dikemukakan di dalam kitabnya adalah, beliau mendapati darah beredar diantara jantung dan paru-paru dan secara tidak langsung mematahkan teori seorang ilmuwan Yunani iaitu Galen.

• Sebab-sebab pengumpulan hadis Rasulullah saw:

1) Khalifah Umar mendapat laporan bahawasanya hadis-hadis palsu buatan manusia tertentu yang bertujuan untuk mengaut keuntungan mereka, semakin liar tersebar dan melahirkan kecacatan dalam agama Islam. Golongan Syiah mengambil kesempatan mereka untuk melebarkan sayap dakyah politik mereka dengan mencipta pelbagai hadis maudu (rekaan) dengan mencerca para sahabat Rasulullah saw.

2) Akibat dari kesan pergolakan politik yang berlaku dalam fasa Perang Saudara, hadis-hadis palsu juga digunakan di dalam bidang teologi oleh golongan-golongan yang membawa aliran pemikiran masing-masing seperti golongan Khawarij.

3) Ramai para sahabat dan para tabiin yang meriwayatkan hadis telah meninggal dunia. Dengan kewafatan mereka ini, Khalifah Umar bimbang sekiranya segala hadis daripada Rasulullah saw ini lenyap ditelan zaman.

• Meskipun seorang khalifah, Umar bin Abdul Aziz juga merupakan seorang perawi hadis. Beliau menerima hadis dari Anas, Al-Sa’ib Ibn Yazid dan Abdullah.

Selain itu, yang meriwayatkan hadis-hadisnya (hadis diriwayatkan oleh Khalifah Umar) adalah Abu Salamah Ibn Abd al-Rahman dan kedua anaknya yakni Abdullah dan Abd al-Aziz. Saudaranya, Zuban Ibn Abd al-Aziz. Anak bapa saudaranya, Maslamah Ubn al-Malik Ibn Marwan, Abu Bakar Muhammad Ibn Amr Ibn Hazm, Al-Zuhri, Anbasah Ibn Sa’id Ibn al-Ash dan lain-lain.

• Sebenarnya, usaha untuk mengumpulkan hadis ini sudah bermula sejak zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq seiringan dengan pengumpulan naskhah al-Quran yang digerakkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan. Menurut Ajjaj al-Khathib, usaha untuk mengumpul hadis semula telah dilancarkan kembali oleh ayahnya, Abdul Aziz. Tetapi memandangkan jawatan ayahnya hanya sebagai gabenor, maka usaha ini tidak mendapat sambutan serta sokongan yang padu. Khalifah Umar menyambung usaha para khalifah as-Rasyidin dan ayahnya untuk mengumpul dan membukukan hadis memandangkan pada masa itu beliau berpeluang menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para ulama dan rakyatnya.

• Kerisauan Khalifah Umar terhadap masalah ini menggerakkan hatinya untuk membukukan seluruh hadis shahih dari Rasulullah saw. Beliau menugaskan gabenor Madinah pada masa itu, Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Hazm untuk menemui para tabiin penghafal hadis yang masih hidup. Usaha Khalifah Umar mendapat respon yang positif dari para tabiin dan ulama hadis. Mereka saling bekerjasama mengumpul dan menapis hadis-hadis yang didapati dari para ulama di kota Madinah.

• Diantara para ulama yang menyertai projek yang bakal mengubah disiplin ilmu hadis ini ialah:

1. Amrah binti Abdurrahman (Banyak meriwayatkan hadis dari Saiditina Aisyah r.a).

2. Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Siddiq.

(Kedua orang ulama ini mendapat tugas untuk mengumpulkan hadis dari para ulama di kota Madinah).

3. Imam az-Zuhri.

(Mendapat tugas untuk mengumpulkan hadis dari para ulama di wilayah Syria dan Hijaz).

Imam az-Zuhri berkata dalam catatannya:

“Khalifah Umar Abdul Aziz telah memerintahkan kami untuk mengumpulkan sunnah Rasulullah saw, maka kami pun menuliskannya dalam beberapa buah buku. Beliau selanjutnya mengirimkan setiap salinan buku itu kepada setiap gabenor di dalam wilayah kekuasaannya”.

• Seorang orientalis yang bernama Ignác Goldziher beranggapan Imam Az Zuhri mengumpulkan hadis-hadis tersebut daripada dirinya sendiri. Ini bermakna, Imam Az-Zuhri dituduh menyelewengkan kesemua hadis dari hafalannya sendiri.Kenyataannya ini merupakan sebuah fitnah tidak berasas memandangkan Imam az-Zuhri merupakan salah seorang perawi hadis yang menghafal hadis beribu hadis dan beberapa ulama besar pernah berguru kepadanya diantaranya ialah Imam Malik bin Anas.

• Pembukuan hadis berlaku dalam beberapa fasa iaitu:

1. Fasa pengumpulan dan pembukuan hadis (abad ke-2 M).

2. Fasa pemilihan dan penyempurnaan hadis-hadis yang shahih (abad ke-3 M).

3. Fasa pemeliharaan, penertiban dan penambahan dalam penulisan hadis (abad ke-4 M).

4. Fasa pensyarahan, penghimpunan, pentakhiran dan pembahasan (abad ke- 7 M sehingga sekarang).

Selain seruan untuk mengumpulkan hadis, Khalifah Umar juga menyeru para gabenornya di pelbagai wilayah kekuasaannya untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

1 Comment

  1. maaf bertanya. untuk point no 1 bagi sebab2 pengumpulan hadis Rasulullah SAW, bukankah pada zaman Umar RA golongan Syiah belum wujud dan perang saudara hanya berlaku selepas kewafatan saidina Uthman RA. Sorry kalau saya salah minta betulkan.

Leave A Reply