8 Mei 1945 merupakan Hari Kemenangan bagi pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua (WWII). Ini kerana beberapa hari sebelumnya, Jerman telah mengaku kalah sekaligus menamatkan peperangan di benua Eropah. Tetapi bagi Algeria, ia merupakan hari berdarah di mana pada hari itu, Perancis membunuh lebih 45,000 orang awam yang tak berdosa.

Semasa Perancis menjajah sebahagian negara Afrika Utara seperti Tunisia, Algeria dan Maghribi, sebahagian penduduk diserap sebagai anggota tentera mereka. Kelompok ini yang dikenali sebagai Army of Africa dengan kebanyakan mereka berdarah Arab atau Barbar. Tentera-tentera ini berkhidmat dalam banyak peperangan termasuk Perang Dunia Pertama (WWI) dan WWII.

Semasa WWII, ramai askar ini dijadikan tawanan perang oleh Jerman pasca-Pertempuran Perancis. Lebih 3,000 pegawai berdarah Afrika termasuk Arab dan Barbar ini kemudiannya dihukum bunuh selepas mendapat arahan dari Berlin. Sesetengah yang enggan tunduk kepada rejim Vichy kemudiannya memilih bergabung dengan Free French Force yang dipimpin Jeneral Charles de Gaulle. Mereka menjadi tonggak utama kejayaan pihak Bersekutu di Tunisia, Corsica dan Itali.

Charles de Gaulle

Tetapi kejayaan ini turut menyemarakkan sentimen anti-Perancis dan keinginan untuk merdeka. Jadi, tidak hairanlah pada 8 Mei 1945 yang juga V-Day, penduduk Algeria berharap dapat mengadakan protes aman bagi menyatakan penolakan mereka terhadap pendudukan Perancis di negara itu. Salah satu protes ini diadakan di Setif, sebuah bandar yang terletak di utara Algeria.

Sebelum itu, kami cadangkan korang untuk dapatkan DUNIA TANPA TEMBOK III tulisan Ayman Rashdan Wong. Buku ini menerangkan asbab musabab di sebalik pertelagahan dan kerjasama antara negara, dalam konteks ini hubungan Perancis-Algeria. Dapatkan sekarang, tengah diskaun lagi! Pautan pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Dunia-Tanpa-Tembok-3-i.238336777.7938238833

Di Setiflah, 4,000 orang awam turun ke jalanan sambil membawa sepanduk dan melaungkan slogan ‘Tamatkan penjajahan’ dan ‘Kami mahukan kesaksamaan’. Tetapi protes sebegini dibalas dengan puluhan das tembakan oleh pihak berkuasa Perancis terhadap penunjuk perasaan. Orang pertama yang terbunuh akibat sikap tidak berperikemanusiaan Perancis ini ialah remaja berusia 14 tahun, Saal Bouzid. Orang Algeria lagi marah sebab remaja itu mati dalam keadaan masih memegang bendera Algeria.

Marah dengan tindakan mereka, ia mencetuskan huru-hara di seluruh Algeria. Ini termasuk pergaduhan antara pendatang Perancis dengan penduduk Algeria. Terdesak, Perancis yang ditadbir kerajaan sementara pimpinan de Gaulle melancarkan siri operasi ketenteraan di beberapa bandar di Algeria termasuk Setif dan Guelma. Beliau turut memberi kebenaran kepada pihak tentera untuk bersikap keras terhadap mana-mana penentang. Ini menyebabkan insiden pembunuhan ketika itu berleluasa terutama yang didorong oleh motif dendam.

Disebabkan bilangan orang awam yang terbunuh terlalu ramai, nak kuburkan satu persatu dianggap mustahil. Jadi, satu-satunya solusi ialah mencampakkan mayat-mayat ini ke dalam perigi atau gaung. Bagi penulis, ia merupakan satu ironi kerana beberapa tahun sebelumnya, pihak Bersekutu mengecam insiden Babi Yar di Ukraine. Siapa sangka, Babi Yar berulang tetapi di tanah Algeria!

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Keganasan hanya terhenti pada 22 Mei 1945. Pada ketika itu, lebih 45,000 orang lelaki, wanita, kanak-kanak dan warga emas dilaporkan terbunuh sekitar Setif, Guelma dan Kherrata. Sementara 102 lagi tentera Perancis turut dilaporkan terbunuh. Insiden ini mencalarkan reputasi de Gaulle sebagai wira WWII Perancis di Afrika Utara dan menjadi pencetus kepada gerakan anti-penjajahan termasuk Perang Kemerdekaan Perancis.

Perang Kemerdekaan Algeria tercetus pada November 1954 dan berlarutan selama beberapa tahun. Perang ini menyaksikan 1.5 juta orang Algeria terbunuh dan secara tidak langsung menjejaskan kestabilan kerajaan Perancis. Ironinya, selepas de Gaulle kembali berkuasa sebagai Presiden Perancis, beliau juga yang meluluskan usul referendum yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Algeria pada 1962.

Berlagak posing gambar berlatar mayat yang bergelimpangan.

Sampai hari ini, Perancis masih buat bodoh tentang apa yang berlaku di Algeria pada 8 Mei 1945. Bukan sekali kerajaan Algeria menggesa mereka bertanggungjawab, memohon maaf dan memberi pampasan atas apa yang berlaku. Tetapi semua itu ditolak oleh Perancis atas alasan itu sejarah lama. Sejarah lama kepala lutut dia!

Tetapi mungkinkah Algeria berpeluang untuk menuntut semua itu agar dapat ditukar dengan bekalan gas untuk Perancis? Sebabnya mudah, krisis Rusia-Ukraine yang berlaku ketika ini memberi kesan kepada bekalan gas ke negara-negara Eropah.

Rusia yang dikenakan pelbagai sekatan oleh negara-negara Barat bertindak mengurangkan bekalan gas ke negara-negara yang enggan membayar gas dalam nilai mata wang mereka, ruble. Banyak negara Barat tidak mahu melakukannya kerana jika mereka berbuat demikian, maka ia melanggar sekatan yang dikenakan terhadap Motherland (nama gelaran untuk Rusia).

Dan ini mengundang masalah besar kepada banyak negara yang bergantung kepada gas Rusia termasuk Perancis. Antara negara yang berpaling kepada Algeria untuk bekalan gas sebagai alternatif kepada Rusia ialah Itali. Dengan harga gas melambung naik, mahu tidak mahu Perancis perlu menelan ego mereka dan terpaksa berlutut kepada Algeria. Dan ini bermakna perlu memenuhi semua permintaannya termasuk mengakui apa yang berlaku 77 tahun dahulu merupakan satu jenayah kemanusiaan.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

 

RUJUKAN

Middle East Monitor. (2022, 9 Mei). Algeria: massacres by French troops cannot be forgotten, insists president.

Allouche, Y. (2017, 8 Mei). Remembering the massacre of 45,000 Algerians. Middle East Monitor.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply