“Ketuanan Melayu sudah berakhir.” – Syed Saddiq
.
3 kali den tengok video ucapan YB SS di persidangan ‘Youth Economic Forum’ hari ini, dan cuba fahamkan apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh YB SS.

Den setujulah on the part retorik ‘angkat keris’, jerit ‘Hidup Melayu’ dan sebagainya.

Tapi bilamana YB SS sebut mengenai ‘Ketuanan Melayu’ dari sudut pegangan ekonomi..

“Shared prosperity, equal opportunities, equal distribution of wealth.”

Yang mana kalau diterjemahkan secara literal adalah bermaksud:

Kesaksamaan kemakmuran, kesamarataan peluang dan juga kesamarataan kekayaan.

Jujurnya bagi den ‘it doesn’t make any sense’,

Bilamana jika ia dilihat dari sudut perangkaan dalam jurang ekonomi antara kaum-kaum dalam Malaysia.

Hal ini kerana kaum Melayu dan Bumiputera ialah kaum tercorot dalam pembahagian kekayaan dalam Malaysia.

Kita boleh tengok median pendapatan isi rumah untuk kaum Bumiputera, Cina dan India;

Bumiputera – RM 4 846
Cina – RM 6 852
India – RM 5 428

Manakala kalau dibahagikan pula kepada kelas T20, M40 dan B40.

Kaum Melayu dan Bumiputera masih lagi tercorot dalam pembahagian harta dalam Malaysia. Di bawah adalah data yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi untuk purata pendapatan isi rumah mengikut kaum;

T20
Bumiputera – RM 14 098
Cina – RM 20 534
India – RM 16 163

M40
Bumiputera – RM 5 953
Cina – RM 8 162
India – RM 6 669

B40
Bumiputera – RM 2 666
Cina – RM 3 446
India – RM 3 131

Seterusnya, kalau kita tengok dari sudut pemilikan ekuiti korporat.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan pada tahun 1970 dan berakhir pada tahun 1990 dengan objektif untuk membahagikan harta secara adil kepada setiap kaum.

Tindakan ini adalah pelan susulan selepas berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Antara objektif DEB adalah meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera sehingga 30%. Namun, Bumiputera masih belum mencapai sasaran berikut selepas 1990.

Di bawah adalah senarai pemilikan ekuiti untuk setiap kaum pada tahun 2008.

Bumiputera – 21.9%
Cina – 34.9%
India – 1.6%

Dan kalau kita tengok pula pergerakan pemilikan ekuiti Bumiputera dari tahun 1985-2014.

1985 – Jumlah pemilikan ekuiti bumiputera – 18.5%
2000 – Jumlah pemilikan ekuiti bumiputera – 18.9%
2008 – Jumlah pemilikan ekuiti bumiputera – 21.9%
2014 – Jumlah pemilikan ekuiti bumiputera – 23.5%

Maka kita akan dapati, sasaran 30% pemilikan ekuiti untuk Bumiputera masih tak dapat dicapai sehingga hari ini.

Masih banyak lagi data-data ekonomi mengenai pembahagian harta mengikut kaum yang menunjukkan ketidakseimbangan seperti pemilikan hartanah di bandar dan pemilikan bangunan komersil.

Selain itu juga, ada data-data bukan ekonomi seperti kemasukan pelajar ke universiti awam dan swasta, jangka hayat, pekerjaan yang memerlukan bahasa Mandarin dan pekerjaan professional mengikut kaum jelas menunjukkan ketidakseimbangan kaum dalam Malaysia.
.
.
Maka secara kesimpulannya, kalau YB SS nak kata:

“Oh kerana “Ketuanan Melayu” lah berlakunya ketidaksaksamaan bersama, ketidaksamarataan peluang dan juga ketidaksamarataan kekayaan.”

Maka den rhaso dio terlupa nak tengok data dan angka semasa, kerana dari sudut kek ekonomi itu sendiri, pegangan ekuiti, tangga gaji mahupun peluang pekerjaan..

Orang Melayu dan Bumiputera boleh dikatakan masih keterbelakang dan ‘tertinggal’ berbanding bangsa lain.

Jadi ‘Ketuanan Melayu’ yang mana yang beliau sedang maksudkan itu?

Kecualilah jika definisi ‘Ketuanan Melayu’ yang diajar kepada beliau adalah mengenai permerkasaan kekayaan kroni dan anak beranak era tahun 1980an hingga 2000an, sebab jika yang itulah ‘definisi’ nya. Maka den 100% setuju tanpa kompromi, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB SS. Ketuanan Melayu yang dilaungkan selama ini hanyalah retorik semata-mata.

Sekian.
.
.
p/s:
Alang-alang, bercerita pasal ‘Ketuanan Melayu’, den mohon kawan-kawan yang lain, tolong sign petition bantahan ratifikasi ICERD ini di sini:
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU

Rujukan:

Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulanan Penengah Mengikut Kumpulan Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2016. https://bit.ly/2PpyLR3

Pendapatan Isi Rumah Kasar Bulanan Purata Bagi Kumpulan Isi Rumah 20% Tertinggi, 40% Pertengahan dan 40% Terendah Mengikut Kumpulan Etnik dan Strata, Malaysia, 1970-2016. https://bit.ly/2Sq7Zab

Malaysia’s Protracted Affirmative Action Policy and
the Evolving Bumiputera Commercial and Industrial Community. https://bit.ly/2D8WQ9o


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.