Berbual dengan seorang staff aku semalam, tentang pencegahan kebakaran.
Alkisahnya minggu lepas dia berhenti sekejap dekat sebuah hentian lebuhraya. Semasa dia menyantap, berlaku kebakaran kecil dekat dapur sebuah gerai berhadapan meja dia duduk.
Berkepul-kepul asap keluar dari dapur tu. Menjerit-jerit makcik tukang masak minta air untuk padam kebakaran tu. Datang seorang pekerja hentian tu masuk belakang dapur, ambil alat pemadam api dan padamkan api. Situasi terkawal dan kembali tenang.
Permasalahan yang timbul sekarang ialah kenapa pekerja gerai tu tak guna alat pemadam api sendiri?
Tidak tahu cara? Tidak pernah diajar?
Staff aku ni juga seorang ahli unit tindak kecemasan dalam syarikat aku, kenapa dia tidak cuba membantu walhal dia mempunyai pengalaman kecemasan dalam industri?
Jawapannya ialah dia tak nampak alat pemadam api itu dimana.
Ini bertentangan dengan yang termaktub dibawah akta bangunan seragam 1984;
1. Alat pemadam api perlu ditempatkan pada jarak 20 m dari lokasi berpotensi berlakunya kebakaran dan boleh dicapai dengan mudah.
2. Alat pemadam api dengan jumlah berat kurang atau sama dengan 4 kg perlu dipasang kira-kira 1.5 m dari aras lantai manakala alat pemadam api dengan jumlah berat melebihi berat 4 kg perlu dipasang 1 meter dari aras lantai.
Adalah satu kemestian untuk meletakkan alat pemadam api dikawasan yang mudah dilihat dan dicapai semasa situasi kecemasan. Dalam situasi tadi, alat pemadam api berada didalam dapur, tanda letak tidak dapat dilihat jelas kerana terlalu rendah. Ini menyukarkan orang yang cuba membantu untuk memadamkan kebakaran.
Bila kebakaran didapur, ianya melibatkan minyak. Memadamkan api mengunakan air boleh menjadikan api merebak lebih cepat. Sebab tu dapur kantin yang terdapat di bangunan besar menggunakan sistem sistem overhead sprinkler jenis wet chemical dan disediakan alat pemadam api jenis buih. Alat pemadam api jenis debu juga dibenarkan namun jenis buih lebih berkesan dan tidak merosakan ruang dapur.
Kesedaran penggunaan alat pemadam api juga penting untuk mengahadapi situasi kecemasan ini.
Macam mana nak sembur alat pemadam api?
Pada pangkal api untuk memadamkan punca api. Tarik pin, halakan nozel pada pangkal api, tekan dan sembur kekiri dan kanan secara berulang sehingga api padam.
Sentiasa bersedia untuk situasi kecemasan. Kemalangan berlaku tidak kira tempat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih