Nama Gabrielle Petito sekarang ini popular gila di Amerika Syarikat. Hampir setiap media sedang bercakap tentangnya. Kisahnya bermula pada 2 Julai 2021. Gabrielle keluar mengembara dengan tunangnya, Brian Laundrie.

Mereka kiranya hidup dalam sebuah van dan secara sambilan merakam video YouTube untuk tunjuk pengalaman. Nampak seronok juga – bagaikan sambil menyelam, sambil minum air.

Video mereka:

Kerana mereka hidup dalam van sambil melihat keindahan alam. Julai dan Ogos melayang, dengan mereka ke sana sini.

Semua nampak elok belaka… sampailah 27 Ogos. Gabrielle hantar SMS kepada ibunya Nicole berkata: “Boleh tolong Stan tak? Saya asyik dapat pesanan suara (dari dia).”

Nicole memang tidak senang duduk dibuatnya, kerana 1) Stan adalah bapanya (datuk Gabrielle) dan 2) Gabrille tidak pernah sebut nama (selalunya macam “atuk” senang cakap). Mesej terakhir dihantar pada 30 Ogos, katanya “takdak line kat Yosemite”.

Naluri seorang ibu memang kuat. Nicole mula berasa sangsi. September pun datang. Kirimam SMS berhenti. Instagram Gabrielle pun dibiar kosong; kiriman terakhir bertarikh 25 Ogos.

Dan pada 11 September, semua orang dalam keluarga Petito terperanjat dibuatnya. Rupa-rupanya Brian (tunang) sudah 10 hari balik Florida tanpa Gabrielle (Maxouris, 2021). Apa lagi? Keluarga Petito terus buat laporan polislah. Mereka sangat risau kerana takut apa-apa jadi pada anak perempuan mereka.

Pekung Mula Dibuka

Alam Internet memang menipu gila. Dalam kiriman Instagram @gabspetito dan @bizarre_design_ (akaun Brian), bukan main bahagia dan berfalsafah. Hakikatnya, kedua-dua pasangan sedang berαηtαkαη.

Siasatan mendedahkan Gabrielle dan Brian pernah bergaduh besar pada 12 Ogos, sampai melibatkan campurtangan polis. Mereka dihentikan semasa dalam perjalanan di sekitar Taman Negara Arches. Gabrielle punya menangis teresak-esak pada masa ini.

Boleh tengok video bodycam di sini:

Polis tidak boleh buat apa-apa (berkenaan kes pergaduhan). Jadi Gabrielle dan Brian dilepaskan tanpa sebarang pertuduhan rasmi. 12 hari kemudian adalah panggilan FaceTime terakhir antara Gabrielle dan Nicole.

Siasatan (kes hilang) pula mendapati Gabrielle masih bersama Brian pada 27 Ogos. Ketika itu Brian bergaduh dengan pengurus dan pelayan sebuah restoran pasal duit. Dan Gabrielle pula menangis meminta maaf (Moye, 2021).

Brian Laundrie

 

Brian kiranya orang yang sangat bermasalah. Semua bukti siasatan tidak berpihak padanya. Tambah pula Brian enggan bekerjasama dengan polis, siap mendapatkan peguam lagi.

Gelagatnya sangat sama dengan Chris Watts, yang tiada sebarang emosi langsung ketika kekasih hati hilang.

Polis secara berperingkat mengumpulkan semua maklumat daripada para saksi. Dan akhirnya pada 19 September, mereka menemui mαyαt Gabrielle di Taman Negara Grand Teton. Gabrielle dibµnµh. Persoalannya siapa?

Sekarang ini polis sedang mencari Brian, yang hilang sejak 20 September. Polis sudah bekerjasama dengan banyak jabatan (seperti pasukan renjer misanya).

Mereka sampai masuk hutan simpan Carlton Reserve, yang penuh dengan aligator, harimau kumbang dan ular orok-orok. Kalau betul Brian sedang bersembunyi dalam hutan bersaiz 25,000 ekar ini, ada peluang dia sudah menjadi makanan haiwan.

Sehingga 24 September, polis sedang berwaspada. Mereka masih belum memulakan pertuduhan bµnµh terhadap Brian.

Satu-satunya tuduhan rasmi adalah penyαlαhgunααn akaun Gabrielle (pada tarikh sepatutnya Gabrielle sudah mati). Mereka sedang berhati-hati untuk memastikan Brian tidak boleh tergelincir dalam “loophole” undang-undang dan terlepas. Yang pasti, andainya ditαngkαp nanti, mereka akan cuba korek sampai Brian mengaku sendiri.

RUJUKAN:

Maxouris, C. (2021, September 16). A timeline of missing 22-year-old Gabby Petito’s case. CNN.

Moye, D. (2021, September 22). Brian Laundrie Seen Arguing in Restaurant Before Gabby Petito Disappeared. The Huffington Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.