Apa kegunaan kereta kebal palsu berukuran sebenar di dalam peperangan yang sangat nyata? Sebenarnya ia amat berguna dalam mengganggu psikologi pihak lawan, itupun jika pihak musuh tertipu dan percaya apa yang dilihat itu adalah benar.
Ideanya adalah seperti meletakan “orang-orang”, iaitu sesuatu benda yang mirip seperti manusia yang digunakan untuk menakutkan haiwan secara lazimnya burung daripada menghampiri kawasan sawah atau ladang.
Semasa Perang Dunia I, angkatan tentera bersekutu menggunakan versi kereta kebal British. Ia dibina dari rangka kayu dan ditutup dengan kain guni yang dicat. Trek kereta kebal pula tidak berfungsi dan hanya dipasang dengan roda yang tersembunyi disebalik model tersebut dan ditarik dari tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kuda.
Kereta kebal palsu, yang mewakili model tentera bersekutu juga didapati telah dibina oleh pasukan tentera Jerman, walaupun mereka hanya membuatnya dalam jumlah yang sedikit. Ada kemungkinan mereka hanya menggunakanya dalam latihan sahaja, bukannya untuk mengaburi mata pihak bersekutu.
Kereta kebal palsu lebih banyak digunakan semasa Perang Dunia II. Unit terancang untuk menghasilkan ilusi penipuan ketenteraan telah ditubuhkan oleh perancang gagasan tentera bersekutu dan ia merupakan satu perkara yang baru: Unit ini berupaya melakukan kerja-kerja ilusi dan mudah bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain khas untuk melakukan penipuan atau helah.
Semasa ditubuhkan, kekuatan unit ini berjumlah 1,100 orang. Prajurit dalam unit ini mampu meniru seperti kehadiran dua ‘Divisyen’ pasukan dipercayai menyamai sehingga 30,000 parajurit, dilengkapi ilusi kereta kebal lengkap dengan pasukan mengoperasi artileri seperti susunan taktikal yang sebenar.
Ilusi ini secara helahnya dapat menghalang musuh daripada mengeksploitasi tempat yang lemah dengan membuat kawasan tersebut seolah-olah seperti sedaya-upaya dipertahankan. Taktikal penipuan ilusi ini juga dapat menjauhkan pasukan musuh dari tempat unit pasukan tentera sebenar merancang serangan.
Tentera bersekutu membentuk pasukan ini pada bulan Januari 1944 dan diberi gelaran sebagai pasukan Ghost Army ataupun Tentera Hantu. Ghost Army mula aktif selepas peristiwa peperangan yang digelar D-Day. Cara mereka berperang adalah dengan 3 jenis modus operandi iaitu dengan menipu musuh dari segi: visual, pancaran sonar dan hebahan radio.
Penipuan visual ini dikendalikan oleh Batalion Kejuruteraan yang dinamakan ‘603rd Camouflage Engineering Battalion’. Ghost Army ini dibentuk untuk melakukan penyamaran berskala besar, ia dianggotai oleh seniman muda, arkitek dan pereka seni. Mereka diberi peluang mengembangkan bakat seni mereka kepada sesuatu yang berlainan.
Walaupun begitu pasukan Jerman juga mempunyai skuad ilusi mereka sendiri. Juga ditugaskan untuk mengkaburi pandangan risikan dari udara oleh pihak perikatan. Pasukan ketenteraan Jepun juga didapati pernah menggunakan helah yang sama di Okinawa sewaktu penghujung perang dunia-2.
Pasukan tentera ilusi ini atau Ghost Army juga dapat mengkucar-kacirkan perancang ketenteraan dari kedua-dua belah pihak. Helah dalam peperangan bukan lagi menjadi rahsia dalam taktikal peperangan.
Dengan situasi Pasukan Keselamatan Malaysia sekarang ini yang diberitakan bahawa tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya, adakah pasukan ‘Ghost Army’ perlu ditubuhkan untuk mengawal sempadan negara yang luas?
RUJUKAN:
1. Ghost Army: The Inflatable Tanks That Fooled Hitler. https://www.theatlantic.com/technology/archive/2013/05/ghost-army-the-inflatable-tanks-that-fooled-hitler/276137/
2. The inflatable dummy tanks of battlefields, 1918-1945. https://rarehistoricalphotos.com/inflatable-dummy-tanks-1918-1945/
Photo credit: US National Archives/Bundesarchiv/Getty Images)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih