Kari, siapa tak suka. Tak kiralah apa jenis kari, ia sentiasa membuatkan pemakannya kekenyangan. Tetapi kerana kari juga, ia mengakibatkan enam orang tentera mempertahankan diri maritim Jepun (SDF) digantung tugas!
Kenapa mereka dikenakan hukuman sebegitu rupa? Mereka digantung tugas kerana mereka didapati makan hidangan kari tentera laut tanpa membuat sebarang pembayaran selama tiga tahun,
Perlakuan mereka termasuk seorang pegawai berusia 50-an dikesan berlaku di pangkalan udara Hachinose di timur laut Jepun. Mengikut peraturan, hidangan kari tentera laut hanya boleh dinikmati oleh tentera dan pegawai yang tinggal di berek atau atas kapal yang berlabuh di pangkalan.
Malangnya, enam orang individu ini tidak termasuk dalam dua kumpulan yang dinyatakan dan sepatutnya membayar harga makanan yang diambil. Si pegawai yang tidak didedahkan identitinya tidak membayar hidangan kari yang diambilnya dari Julai 2017 hingga Mac 2020. Sementara anggota tentera lain melakukan perkara sama antara dua hingga tiga tahun sejak 2012.
Apabila hal tersebut diketahui, kesemua enam individu ini disiasat dan dihadapkan ke tribunal tentera. Semasa diberi peluang untuk membela diri, si pegawai mendakwa semua orang melakukannya sebelum beliau ditugaskan ke pangkalan berkenaan. Tambahnya, itu bukan satu kesalahan besar jika dibandingkan dengan kesalahan-kesalahan disiplin lain.
Hujah pembelaannya bagaimanapun ditolak oleh pihak tribunal. Pada akhir perbicaraan, kesemua enam individu itu dikenakan hukuman gantung tugas selama lima hari. Walaupun hukuman sebegini nampak remeh, ia merupakan amaran kepada anggota dan pegawai SDF lain untuk tidak melakukan perkara sama.
Pada setiap hari Jumaat, anggota-anggota SDF menikmati kari tentera laut sebagai juadah mereka. Hubungkait kari dengan SDF sangat kuat sehinggakan ada yang mengambil pek-pek kari tentera laut sebagai cenderamata. Ada juga versi kari sebegini dijual di sesetengah pasaraya terpilih.
Tentera laut Jepun mula menggemari kari terima kasih kepada kehadiran pegawai dan tentera laut British (Royal Navy) yang berdarah Anglo-India di Jepun. Ini susulan pintu sempadan Jepun dibuka selepas dasar pengasingan yang dikuatkuasakan sejak tiga abad sebelumnya ditamatkan secara paksa pada pertengahan abad ke-19.
Resepi kari terawal Jepun mula muncul dalam buku masakan sekitar 1872. Kari versi moden iaitu nasi kari atau kare raisu amat popular dalam kalangan pelajar sekolah dan tentera laut yang kelaparan.
RUJUKAN
McCurry, J. (2022, 1 April). Taste for free curry leaves Japanese defence force members in a pickle. The Guardian.
Sumber gambar: Takatoshi Kurikawa/Alamy
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih