Selasa, 20 Oktober 202620 Okt 2026
Kronikel Dunia

Kerana Cinta, Istana Britain Hampir Runtuh

“Bahawasanya Beta, dengan ini mengisytiharkan pengembalian Takhta untuk diri Beta ini dan untuk para pewaris Beta….”

Tahunnya adalah 1936. Seorang sosok muda nun jauh di United Kingdom (UK) baharu sahaja diangkat sebagai seorang Raja. Edward VIII nama yang dipilihnya. Baginda lahir sebagai Putera Edward dan nama sama dipilihnya sebagai nama pemerintah (Regnal Name).

Edward adalah Putera sulung kepada Raja George VI (pada kelahirannya, masih Putera George) dan hal itu meletakkannya dalam garisan pewarisan takhta Britain. Dan apabila ayahandanya mangkat, maka dirinyalah yang diangkat pula sebagai seorang raja pemerintah yang baharu.

Maka al-kisahnya bermula semenjak sebelum baginda menaiki takhta Inggeris itu lagi. Baginda dikatakan telah mula mengadakan hubungan romantis dengan seorang janda dari Amerika Syarika yang bernama Wallis Simpson.

Perkara ini mendapat tentangan hebat daripada hampir kesemua pihak termasuklah oleh kedua ayahanda dan bondanya. Bahkan Kerajaan UK juga menentang perkara itu.

Mungkin anda akan berasa hairan akan hal itu. Mengapa pula? Apa salahnya dengan hubungannya itu?

Namun, di sinilah seharusnya kita memahami konteks sejarah dan sistem negara UK itu. Di negara itu, seseorang Raja itu adalah Ketua Gereja Anglikan iaitu agama rasmi bagi negara tersebut.

Dan seperkara dengan Gereja Anglikan adalah ajarannya tidak membenarkan seseorang lelaki itu mengahwini seorang janda yang dudanya masih lagi hidup. Aturan ini terpakai kepada semua penganutnya.

Jadi, Edward adalah seorang pewaris takhta yang bakal menggantikan peranan ayahandanya sebagai seorang Raja yang turut menjadikannya seorang Ketua Gereja Anglikan. Mana mungkin gereja boleh membenarkan ketuanya melanggar aturan yang sepatutnya dipatuhi oleh para penganutnya.

Oleh itu, Edward telah ditekan hebat oleh semua pihak. Sehinggakan ayahanda dan bondanya enggan untuk menerimanya menghadap bersama-sama dengan pasangannya Wallis itu.

Dikatakan juga hal ini berlarutan sehingga kepada tindakan kerajaan melancarkan siasatan menerusi cawangan khas pasukan polisnya yang mendapati Edward itu seolah-olah sudah diikat cinta dan tiada lagi tanda untuk berpatah arah.

Hal ini berterusan bahkan sehingga dirinya menjadi seorang Raja. Bahkan, baginda menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Wallis dan sudah tentu hal itu tidak diterima baik sama sekali oleh semua pihak.

Tindakan sedemikian akan merosakkan status quo yang telah lama terjalin dan terbina dalam gereja dan masyarakat Inggeris selama itu. Hal ini kini telah kemudiannya berlanjutan menjadi satu krisis politik.

Kabinet melarang keras hal itu. Tetapi terdapat ahli parlimen yang menyokong hasrat baginda itu. Baginda tetap berkeras dengan hasratnya. Sempat juga dirinya mencadangkan beberapa situasi seperti keadaan Wallis tidak diangkat sebagai seorang Ratu Inggeris. Namun semuanya telah ditolak.

Tekanan terus berlangsung. Baginda harus memilih. Tanggungjawab atau ‘cinta’? Dan pada akhirnya, baginda melepaskan jua takhtanya itu dengan menuruni tangga takhta yang sememangnya telah ditakdirkan buatnya.

Dalam ucapan terakhirnya sebagai seorang Raja, baginda bertitah “… adalah mustahil buat Beta untuk mengambil tanggungjawab dan bebanan besar ini sebagai seorang Raja tanpa bantuan dan sokongan wanita yang Beta cintai di sisi …”.

Maka pada tanggal 11 Disember 1936, tercatatlah dalam sejarah UK akan seorang Rajanya yang sanggup melepaskan takhta kerana ‘cinta’. Satu peristiwa yang menggoncang struktur kenegaraan itu.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet