Zaman kanak-kanak sering dipandang indah kerana mereka dianggap
tidak memikirkan sebarang masalah yang dihadapi oleh orang dewasa. Sebaliknya
lebih gembira meluangkan masa untuk bermain. Ya, kanak-kanak yang normal pasti
cenderung untuk bermain kerana dengan cara bermainlah kanak-kanak dapat
mengekspresikan perasaan dan mengembangkan kreativiti mereka. Ada banyak
manfaat lain yang akan diperolehi oleh kanak-kanak sekiranya mereka bermain
dengan gembira, antaranya:
- Menurut
laporan American Academy of Pediatrics, ‘bermain adalah penting untuk
perkembangan kerana ia menyumbang kepada kognitif, fizikal, sosial dan emosi
kanak-kanak’. Dengan bermain, kemahiran sosial mereka akan berkembang kerana
mereka belajar untuk bergaul dengan orang lain, menunggu giliran dan
sebagainya. Bermain juga membantu kanak-kanak mendapat kestabilan emosi kerana
ia membolehkan mereka mengekspresikan perasaan secara sedar mahupun tidak sedar
tentang kehidupan dan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. - Bermain
juga penting untuk perkembangan saraf kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak
meningkatkan perkembangan otak kerana mereka menguatkan lebih banyak sambungan
neuron, di mana jika tidak digunakan, maka neuron tersebut akan menjadi lemah. - Suruhanjaya
Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia mengiktiraf bermain
sebagai hak setiap kanak-kanak kerana kepentingannya dalam mengoptimumkan
pembangunan kanak-kanak.
- Gaya
hidup keluarga yang sibuk sering membawa kepada kekurangan interaksi antara ibu
bapa dengan kanak-kanak, sekaligus mengurangkan kualiti bermain kanak-kanak.
Masalah kehidupan keluarga dan tingkah laku kanak-kanak bermasalah selalunya
dapat ditingkatkan apabila lebih banyak masa diluangkan untuk bermain dengan
anak secara kerap. - Kanak-kanak
belajar bagaimana untuk berkongsi, menyelesaikan konflik, membuat keputusan,
tegas dan bekerja dalam satu kumpulan melalui permainan tidak berstruktur.
Bahkan ketika bermain seorang diri juga boleh membantu kanak-kanak memperoleh
keyakinan diri, ketegasan, kemahiran membuat keputusan dan banyak lagi. - Bermain
membolehkan kanak-kanak mengenalpasti, menyatakan dan belajar tentang perasaan.
Kanak-kanak sering bermain lakon-lakon untuk melakonkan perkara yang mereka
lihat dalam kehidupan mereka seperti apa yang dilakukan oleh ibu bapa,
pengalaman di sekolah, dan juga tentang persabahatan. Dalam kehidupan seharian,
kanak-kanak tentu mempunyai perasaan tentang peristiwa tersebut. Kanak-kanak
lebih menyedari tentang perasaan mereka dan orang lain serta bagaimana mengurus
perasaan dengan menyatakan melalui emosi dalam permainan. - Kanak-kanak
dapat memahami pengalaman hidup mereka melalui permainan tidak berstruktur.
Kanak-kanak tidak melihat perkara yang berlaku sama seperti orang dewasa. Jadi
mereka boleh menggunakan permainan untuk memahami dengan lebih baik mengenai
pengalaman hidup tertentu. - Ibu
bapa boleh membantu kanak-kanak yang mengalami masalah dengan bermain
menggunakan alat mainan tertentu. - Ibu
bapa juga dapat meningkatkan hubungan mereka dengan anak-anak mereka dengan
belajar bermain bersama mereka menggunakan alat mainan terpilih. Apabila ibu
bapa benar-benar menumpukan perhatian kepada anak mereka (tanpa tergesa-gesa
atau sambil lewa), hubungan mereka dengan anak mereka akan bertambah baik. Masa
untuk bermain tidak perlu diperuntukkan berjam-jam dalam sehari, cukup hanya
beberapa minit sahaja sehari dan sekiranya dilakukan setiap hari, insyaALLAH
mampu menambahkan hubungan antara ibu bapa dan anak.
Sumber:
Gilmore, H. (2014). Why Kids Need to Play. Psych Central. https://pro.psychcentral.com/child-therapist/2014/08/why-kids-need-to-play/




No comments yet