Meraikan kepelbagaian.
Menghormati antara satu sama lain.
Bersikap inklusif.

Ini semua adalah nilai-nilai murni yang patut diterapkan dan diangkat sebagai nilai masyarakat. Kita sebagai rakyat Malaysia patut lebih memahami nilai ini kerana kita, sejak dari awal penubuhan negara ini, mengamalkan konsep integrasi dan bukan asimilasi.

Setiap kaum diraikan perbezaan agama kita, budaya kita, adat dan adab kita, warisan dan sejarah kita, malah to a certain extent, bahasa kita.

Kita belajar nilai-nilai murni ini dengan mengamalkan sikap toleransi.

Orang kulit putih tak faham benda ni. Mereka rasa, sejak dari dulu, standards terbaik adalah diri mereka. Semua kena jadi macam mereka. Berpakaian seperti mereka, bersikal seperti mereka, berubah menjadi mereka.

Sebab itu dulu orang kulit putih ada merasakan mereka perlu mengajar cara hidup bertamadun kepada bangsa lain sebab bagi mereka orang warna kulit lain ni macam orang gasar, savages mereka panggil.

Sebab itu bila mereka mula mencipta karya yang kononnya lebih bersikap inklusif, meraikan kepelbagaian dan menghormati antara satu sama lain dengan menukar watak-watak orang kulit putih dengan orang berwarna kulit lain saya berpendapat ia tak ada beza dengan apa yang mereka buat dulu.

Ia masih dalam kerangka meletakkan diri mereka sebagai standards yang perlu diikuti orang kulit lain.

Ambil komuniti LGTVHD+- dan tempel satu awek Muslim bertudung di situ.

Ambil seorang aristokrat di zaman Victoria dan tempel seorang berkulit hitam di situ.

Dan pelbagai lagi nilai-nilai mereka yang bertentangan cuba dijolok masuk ke dalam tekak dan minda masyarakat dunia melalui karya-karya mereka yang twisted, bertentangan dengan ajaran agama dan adat, adab dan budaya dengan mereka yang berlainan.

Kalau you betul meraikan kepelbagaian, bersikap inklusif dan memupuk nilai-nilai menghormati antara satu sama lain, you takkan tempel watak seorang gadis Muslim yang meraikan sesuatu di luar batasan agama mereka.

Muak lagi jelek bila apa yang mereka buat ni mereka warnakan sebagai nilai-nilai murni. Lagi sedih, ada antara orang kita yang termakan dengan dakyah ini.

Bagitau saya berapa lama media mereka menggambarkan Arab dan Rusia sebagai teroris, askar orang putih sebagai saviour, Mexico sebagai negara yang kotor, yang maju dan baik cuma mereka, yang terkebelakang, mundur dan buruk orang kulit lain.

Berapa lama media mereka sentiasa mengaitkan teroris dengan orang warna kulit lain tetapi jika ada orang kulit putih melakukan perkara sama, mereka menggelar mereka sebagai lone wolf.

Now bila mereka mula meletakkan standards mereka sebagai apa yang sepatutnya kita ikut dengan cara meletakkan wajah dan warna kulit kita pada standards mereka, kita dengan mudah terjebak dan buy into that idea?

Kita cepat percaya ia dibuat atas nilai-nilai murni?

How naive.

Walhal kita dekat Malaysia lah sepatutnya yang terpaling faham apa maksud sebenar meraikan kepelbagaian, menghormati antara satu sama lain dan bersikap inklusif.

Orang Melayu ajak kawan India datang makan-makan tak dihidangkan daging lembu.

Orang Cina ajak kawan Melayu datang makan-makan dah siap buat pesanan makanan halal khas.

Orang India ajak kawan Melayu datang rumah dah sediakan ruang solat

Haa ini baru betul.

Apa yang terjadi sekarang ni bukan meraikan kepelbagaian, hormat dan iklusif. Malah apa yang jadi sekarang adalah suruh kita semua ikut nilai mereka dan jadikan mereka standards yang harus diikuti.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Leave A Reply