Mesti semua orang kenal Winnie the Pooh! Kartun ni tak membawa apa-apa propaganda pun pada kanak-kanak. Tetapi tiba-tiba ia diharamkan di China.

 

Dan sebabnya berkait dengan Xi Jinping, Presiden China.

 

Pada 2017, China mengharamkan Winnie the Pooh. Lembaga penapisan China padam segala GIF yang berkait dengan Pooh di seluruh media sosial seperti Weibo dan WeChat.

 

Dikatakan kerajaan China bertindak sampai macam ni disebabkan Winnie the Pooh selalu digunakan sebagai meme untuk kutuk Xi Jinping di media sosial. Alah, baru cuit sikit dah koyak.

 

Asal muasal Winnie the Pooh ni dikaitkan dengan Xi Jinping sebenarnya datang semasa Xi Jinping melawat Amerika Syarikat pada 2013.

 

Masa tu, ada gambar Xi Jinping dan Barack Obama berjalan bersama-sama mirip dengan Winnie the Pooh dan membernya, Tigger. Xi Jinping digambarkan mirip Winnie The Pooh yang gemuk dan Obama pula macam Tigger yang kurus.

 

Tahun berikutnya, 2014. Xi Jinping dibahan lagi dengan Winnie the Pooh. Kali ni sebab gambarnya bersama mantan Perdana Menteri Jepun, Mendiang Shinzo Abe. Gambar tu pun dah macam Pooh bersalam dengan Eeyore, watak keledai kelabu dalam Winnie the Pooh.

 

Dan masa filem Disney iaitu “Christopher Robin” nak keluar pada tahun 2018. China haramkan terus filem tu sebab ada Winnie the Pooh.

 

Tak cukup dengan filem, saluran TV HBO pun dilarang untuk ditayangkan di China disebabkan ada pelawak bernama John Oliver yang kerap samakan Xi Jinping dengan Winnie the Pooh.

 

Tapi sebenarnya, Winnie the Pooh sendiri taklah diharamkan sampai tak muncul langsung di China. Tak ada pun larangan umum terhadap buku dan mainan yang ada Winnie the Pooh di China serta di Shanghai Disneyland.

 

Cerita pasal Winnie the Pooh ni tak cukup kalau kita tak cerita pasal Taiwan. Taiwan pun bukan main seronok guna gambar Winnie the Pooh ni.

 

Pada tahun 2023, Angkatan Udara Taiwan post gambar juruterbangnya yang guna batch yang menggambarkan Beruang Hitam Formosa tumbuk Winnie the Pooh.

 

Logo ni direka oleh Alec Hsu pada tahun 2022. Walaubagaimanapun, lambang ni bukannya sebahagian daripada pakaian rasmi Angkatan Udara Taiwan. Tapi tentera Taiwan suka sangat guna atas dasar meningkatkan semangat patriotik.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tertanya-tanya bagaimana ahli politik memenangi hati rakyat? Dapatkan SENI PROPAGANDA di Shopee kami dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!

 

https://s.shopee.com.my/1LKNh8JIEM


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply