Malaysian experts suspect Covid-19 variants behind growing number of patients arriving dead in hospitals

Varian COVID-19 Lambda lebih berbahaya ditemui

Dunia dalam bahaya akibat varian COVID-19 Delta

Tajuk-tajuk artikel akhbar ini sudah menunjukkan an.ca.man Covid-19 kini menjadi semakin merba.ha.ya terima kasih kepada kemunculan varian-varian baru. Persoalannya, bagaimana varian-varian baru ini muncul?

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Terdapat beberapa sebab mengapa varian-varian baru ini muncul. Pertama, ia mengalami tekanan untuk terus bermutasi. Apabila ia memasuki sel badan manusia, ia akan menghasilkan ribuan salinan dirinya tetapi tidak semua yang muncul sama dengan virus asal.

Perlu diingat, proses penghasilan sebegini kadang-kadang menghasilkan kesilapan atau mutasi yang berlaku secara purata sekali setiap beberapa minggu dalam rantaian jangkitan. Dan mutasi sebegini boleh saja mengubah beberapa asas kod genetik Covid-19. Dalam kebanyakan kes, tiada perubahan berlaku tetapi ia boleh mengubah ciri fizikal virus sekaligus mempengaruhi bagaimana ia mencetuskan simptom dalam diri pesakit.

Nama baru variant.

Salah satu perubahan yang dapat dilihat pada virus selepas menjalani mutasi ialah pepaku protein yang digunakan untuk menjangkiti sel. Perubahan yang dialami virus menyukarkan sistem imuniti manusia daripada mengesan versi terbaru virus muncul dalam badan.

Buktinya mudah saja. Pada sembilan bulan pertama 2020, lebih 35 juta kes direkodkan. Tetapi pada suku terakhir 2020 hingga sekarang, angka kes bertambah berlipat kali ganda dan dengan varian baru seperti Lambda muncul, kes dijangka akan terus bertambah.

Kedua, tahap virus mengelak dikesan sistem imuniti manusia semakin meningkat. Ini kerana sistem imuniti manusia berusaha mengesan dan membu.n.uh virus serta hanya boleh menjangkiti beberapa orang manusia jika dapat mengelak dari dikesan sistem.

Apabila mutasi berlaku, ia membawa kepada varian yang lebih mudah berjangkit atau ia semakin licik mengelak dikesan sistem imuniti manusia. Selagi mana ia berlegar dalam komuniti, selagi itu ia tersebar dan terus bermutasi menjadi varian yang lebih mencabar sistem kesihatan dunia.

Ini dapat dilihat dalam sesetengah varian Covid-19 di mana gelombang pertamanya menye.ra.ng populasi yang mempunyai tahap imuniti yang lebih tinggi. Misalnya, varian P1 dikenalpasti di Brazil dengan 70% populasi dijangkiti. Sementara varian B.1.351 menjadi varian dominan di Afrika Selatan sebelum tersebar di banyak negara termasuk Malaysia.

Akhir sekali, varian Covid-19 yang kita kenali hari ini sudah mengalami mutasi berulang kali, sesuatu yang dianggap janggal dari segi jujukan virus. Ini kerana kebiasaannya, virus hanya mengalami mutasi beberapa kali sahaja. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam kebanyakan kes Covid-19 yang dialami pesakit di mana sistem imuniti mereka terjejas.

Infografik mengenai Varian.

Kebanyakan pesakit jatuh sakit selama seminggu atau dua minggu tetapi sesetengah pesakit terpaksa bergelut selama berbulan-bulan. Dalam tempoh itu, virus terus berevolusi sehingga ke tahap melemahkan sistem imuniti dan tak berupaya mengha.pu.skannya daripada badan.

Terdapat empat varian yang kini mencetuskan kebimbangan ramai pakar kesihatan iaitu varian Beta, Gamma, Alpha dan Delta tetapi Delta menjadi fokus utama. Ini kerana ia sudah mengalami mutasi berganda sekaligus menyaksikan ia mempunyai dua ciri yang dikongsi dengan beberapa varian Covid-19.

Menerusi jujukan L452R, varian Delta berkongsi ciri mudah berjangkit dengan varian Epsilon. Sementara menerusi dua jujukan E484Q dan E484K, ia dikesan bukan saja pada Delta tetapi juga Gamma dan Beta. Dua jujukan mutasi ini bukan sekadar mampu menjangkiti mereka yang terjejas dengan sistem imuniti tetapi dapat mengelak dari dikesan sistem imuniti manusia.

Varian yang wujud setakat ini.

Begitupun, dunia kini boleh menghela sedikit nafas lega kerana proses vaksinasi Covid-19 rancak dijalankan. Vaksin boleh memberi manusia perlindungan daripada jangkitan Covid-19 walaupun varian baru boleh mengakibatkan vaksin kurang berkesan. Tetapi selagi mana virus masih ada dalam komuniti, ia perlu dihalang dan satu-satunya cara untuk melakukannya ialah vaksinasi.

Sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada tabung bantuan pandemik Covid-19. Jom beli: shopee.com.my/thepatriotsasia

Malangnya, usaha vaksinasi masih lagi perlahan walaupun ia sudah dipergiatkan bagi membolehkan kebanyakan negara global mencapai imuniti berkelompok. Jika ini tidak dapat ditangani dengan segera, ia membolehkan virus Covid-19 terus tersebar dan menghasilkan varian baru yang mengan.ca.m sistem kesihatan global.

RUJUKAN:

Welch, David et al. (2021). Why more contagious variants are emerging now, more than a year into the COVID-19 pandemic. The Conversation. Diambil dari https://theconversation.com/why-more-contagious-variants-are-emerging-now-more-than-a-year-into-the-covid-19-pandemic-155302

Mas, Kimberly. (2021). Why so many Covid-19 variants are showing up now. Vox. Diambil dari https://www.vox.com/22537118/covid-19-variants-alpha-beta-delta-gamma


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.