Secara peribadi, aku anggap Tiktok ni bahaya. Bukan dari segi kandungan tetapi dari segi algoritma dan sifatnya itu sendiri. Dia boleh musnahkan kekuatan mental kita lagi-lagi kalau kita tak tetapkan sekatan tertentu.

Kenapa aku cakap Tiktok ni bahaya dari segi mental?

????. ???????????????????? ???????????? ???????????????? ????????????????????

Sebelum tu, aku perlu korang faham apa itu fokus dan daya fokus. Fokus bermaksud tumpuan yang tak berbelah bahagi terhadap sesuatu benda atau aktiviti. Maksudnya, kita beri perhatian penuh pada satu benda itulah namanya fokus.

Manakala daya fokus ini pula merujuk sejauh mana kita MAMPU melaksanakan perbuatan fokus. Contoh, kalau kita hanya mampu fokus selama 30 minit. Lepas 30 minit je otak kita dah menerawang fikir benda lain.

Maka daya fokus kita adalah 30 minit. Faham? Tanam dalam minda yang daya fokus setiap orang berbeza.

Ada yang boleh fokus 2 jam, ada yang 1 jam, ada yang 30 minit malah tak kurang juga ada yang hanya mampu fokus kurang dari 1 minit.

Fokus dan daya fokus ini dikategorikan sebagai elemen dalam inventori kekuatan mental. Kekuatan mental ni konsep dia sama je macam kekuatan fizikal. Ada orang yang badannya kuat dan boleh buat macam-macam. Ada yang badannya lemah jadi bila buat beberapa benda je dia jadi cepat letih.

Samalah jugak dengan kekuatan mental ni, ada yang mampu fokus lama sebab mentalnya kuat. Ada yang tak mampu nak fokus lama sebab mentalnya lemah. Baik sekarang aku yakin kebanyakkan kita dah mula faham apa itu fokus dan daya fokus.

????. ???????????????????????? ???????????????????????????????????????????? ???????????????? ????????????????????

Tiktok ni bahaya dari segi mental sebab Tiktok ni dah dijuruterai secara khusus (???????????????????????????????????????????????? ????????????????????????????????????????) untuk menangkap perhatian kita.

Dengan cara sentiasa memberikan rangsangan demi, rangsangan supaya kita kekal bermain Tiktok.

Sebab tu tak pelik kalau kita boleh habiskan masa berjam-jam main Tiktok dalam keadaan kita tak ingat apa benda yang kita dah tengok.

Rangsangan ni satu benda yang sangat sedap untuk dinikmati. Tapi kalau terdedah terlalu lama, dia akan bawak masalah. Kesannya nanti otak kita tak mampu nak berurusan dengan bebenda yang rendah rangsangan dek tak biasa.

Baik nak senang faham aku bagi contoh fizikal iaitu makanan segera. Makanan segera ni sangat sedap untuk dinikmati tapi boleh jadi bahaya kalau, kita duk ambil hari-hari. Lama kelamaan kita akan jadi semakin ketagih dengan makanan segera sampaikan kita rasa sangat susah untuk makan makanan yang lebih sihat.

Semakin lama kita ambil dia akan jadi semakin kronik. Samalah juga dengan situasi rangsangan mental ni.

Otak kita menyerap kandungan sepertimana badan kita menyerap makanan.

Kalau makanan segera tu dikira makanan ringan untuk badan maka video-video yang ada bertan-tan kesan bunyi (???????????????????? ????????????????????????) sambaran imej (????????????????ℎ ????????????????????????) tu dikira makanan ringan buat otak.

Kita tengok ciri-ciri video yang bertindak sebagai perangsang macam tu banyak dekat Tiktok. Jadi bila dah terjebak lama sangat dekat Tiktok ni otak kita akan terbiasa dengan rangsangan Akibatnya otak kita TAK SUKA dengan perkara yang menuntut kesabaran.

Kerja-kerja macam mendengar kuliah yang panjang, menyelesaikan masalah, membaca dan lain-lain aktiviti minda yang memerlukan tumpuan penuh akhirnya akan jadi aktiviti yang DIBENCI.

Nampak tak korelasi dia dekat situ? Sebab inilah Tiktok memendekkan daya fokus kita. Melalui Tiktok, daya fokus kita jadi lemah dek kita dah terbiasa dengan banyak rangsangan. Bagi aku benda ni bahaya sebab zaman sekarang ni daya tumpuan ni vital. Apa jadi kalau kau seorang pelajar dan kau hanya boleh fokus selama 3 minit je?

Kuliah atau kelas biasanya paling kurang satu jam. Jadi mana pergi lagi 57 minit tu kalau bukan ke pembaziran? Ini baru cakap pasal peranan pelajar kita belum cerita profesion lain lagi. Sejujurnya aku kurang berhajat nak terangkan lebih lanjut pasal macam mana.

Tiktok boleh rosakkan otak kita. Sebab ada satu video yang aku jumpa dia dah cerita dari A sampai Z dah macam mana benda tu berlaku. Bagi aku video lagi menarik berbanding tulisan jadi aku galakkan korang tengok video ni.

????. ???????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ????????????????????

Aku tak halang kalau korang tetap nak main Tiktok sebab itu hak korang. Tapi aku nak cadangkan supaya korang buat dua benda demi memelihara kekuatan mental korang.

Pertama, korang buat aktiviti-aktiviti mental, yang boleh bertindak sebagai pengimbang balas (????????????????????????????-????????????????????????????).

Contoh macam mendengar kuliah paling kurang 30 minit tanpa langkau. Fokus membaca buku, bina karangan, selesaikan masalah atau apa sahaja aktiviti yang melibatkan kognitif.

Kedua, korang hadkan penggunaan Tiktok untuk beberapa tempoh waktu supaya korang tak tenggelam dalam lubang arnab. Contoh macam sejam je ke, atau ada beberapa tempoh tertentu ke. Semua ni tak lain tak bukan demi kebaikan kita sendiri.

Dan lagi satu, media sosial lain pun sama jugak boleh mengundang ketagihan tapi setakat ni aku tengok yang paling besar impak dia aplikasi Tiktok berbanding yang lain.

Tak kisahlah mana-mana pun yang penting kita pandai seimbangkan penggunaan dia dalam kehidupan harian kita.

Artikel dinaikkan selepas mendapat kebenaran penulis asal di Twitter, @sollehdaim.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.