US ada tradisi “small government”. Kebanyakan Founding Fathers US adalah “classical liberal” yang anti big government. Masa menggubal perlembagaan, mereka fikir segala cara untuk hadkan kuasa presiden/kerajaan. Dari 1789-1900 kabinet ada 7-8 orang saja. Bank pusat pun tiada.

Small government menggalakkan pengembangan sektor swasta. Benda yang kerajaan tak sediakan, persatuan/syarikat swasta sediakan.

Dalam satu cara, ia membebaskan masyarakat daripada kerajaan. Tapi realitinya bukan kerajaan je menindas; swasta pun boleh menindas (contoh hak pekerja).

Jadi bermula dengan Theodore Roosevelt (1901-1909), presiden US cuba mengembangkan fungsi dan kuasa kerajaan. Besarkan kabinet. Cukaikan syarikat. Buat bank pusat. Banteras monopoli.

Tapi disebabkan modal & kepakaran dah beratus tahun dipegang swasta, jadi hasilnya tak banyak.

Sebab itu US tak ada benda macam media kerajaan. Media dah established sebelum kerajaan nak kembangkan kuasa.

Jadi siapa yang jadi kerajaan pun tak banyak kuasa untuk mempengaruhi pendapat orang ramai. Tapi kalau dia buat silap sikit, memang dikecam siang malam.

Kongres juga mempunyai kuasa lebih besar berbanding presiden. Tambahan pula dengan struktur kerajaan US yang berlapis-lapis (di peringkat negeri ada lagi governor, state legislature), jadi sangat sukar berlaku “concentration of power” di tangan presiden.

Sebelum nak kagum dengan sistem US, kena ingat beberapa perkara:

1. Sektor swasta lebih kuat menyebabkan kerajaan tak boleh subsidi pendidikan/kesihatan. Bil hospital mahal nak mampus.

2. Kerajaan tak dapat berfungsi. Bajet selalu tak dapat diluluskan (government shutdown).

Itu yang Francis Fukuyama bidas dalam The Origins of Political Order: kerajaan US ambil masa berpuluh-puluh tahun untuk menampal lubang jalan. China satu minggu boleh bina hospital.

Bukan nak kata sistem China bagus. Tapi kena ada balance antara “liberty” dan “efficacy”.

US juga bertuah dapat Washington sebagai presiden pertama.

Walaupun Alexander Hamilton hasut dia jadi president for life, dia berundur selepas 2 penggal. Set precedent.

Manakala presiden pertama Amerika Selatan, Bolivar jadi president for life. Sebab tu diktator ramai di sana.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.