Pernah terfikir tak kenapa Switzerland tak masuk campur masa Perang Dunia? Sedangkan satu benua Eropah bergolak macam neraka. Jerman serang sana sini, Britain dan Perancis bertahan habis-habisan, USSR dan AS masuk gelanggang.
Tapi Switzerland? Steady, selamat, dan ‘neutral’. Kenapa?
Jawapannya bukan semata-mata sebab nasib. Switzerland memang memilih untuk neutral sejak awal abad ke-19 lagi, selepas kekalahan Napoleon. Pada tahun 1815, semasa Kongres Vienna, kuasa-kuasa besar Eropah bersetuju untuk mengiktiraf Switzerland sebagai sebuah negara berkecuali secara kekal.
Sejak itu, sikap berkecuali ini menjadi sebahagian daripada identiti nasional Switzerland. Sikap berkecuali ini bukan sekadar keputusan politik semata-mata, tapi turut membentuk budaya dan dasar luar negara tersebut.
Tapi neutral tak bermaksud pasif. Bila Perang Dunia Meletus, Switzerland kerah ratusan ribu tentera simpanan untuk jaga sempadan. Mereka bina sistem pertahanan di banjaran Alps, gali terowong dan sedia berperang kalau negara diserang.
Malah, mereka juga ada rancangan pemindahan kerajaan ke kawasan gunung kalau berlaku pencerobohan besar-besaran. Jdi boleh kata, meskipun neutral, Switzerland tetap berwaspada dan berjaga-jaga dengan persekitaran mereka yang tengah berperang.
Switzerland juga bijak main diplomasi. Mereka jadi perantara komunikasi antara kuasa-kuasa besar, termasuk jadi lokasi pertukaran tawanan perang dan agen perisikan. Negara itu juga jadi pusat kewangan antarabangsa, termasuk urusan emas. Ya, termasuk emas Jerman yang mencetuskan kontroversi selepas perang.
Ada juga faktor geografi. Switzerland dikelilingi oleh banjaran Alps yang sukar ditembusi. Kos untuk menakluk Switzerland lebih tinggi dari manfaat yang bakal diperoleh. Lagipun, negara itu tak mengancam sesiapa tak ada pelabuhan strategik, tak ada jajahan.
Pun begitu dalam Perang Dunia Kedua, si Misai Kontot Jerman memang ada rancang serangan ke Switzerland (dikenali sebagai Operation Tannenbaum), tapi tak pernah dilaksanakan. Antara sebabnya? Switzerland dijangka akan lawan habis-habisan dan Jerman tak nak tambah musuh baru masa itu.
Jadi kenapa Switzerland selamat?
Sebab mereka kekal bersedia, kekal strategik dan tahu nilai diri dalam dunia yang penuh konflik. Neutral mereka bukan tanda mereka lemah, tapi tanda mereka pandai menyusun dan menggerakkan catur dalam pentas geopolitik Eropah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.