Kalau anda fikir Super Mario orang Itali seperti pada tajuk, sebenarnya anda salah. Super Mario ialah orang Jepun!

Sejak pertama kali kemunculannya dalam Super Mario Bros., ramai orang ingat “it’s me, Mario” ni merupakan seorang warganegara Itali.

Sebenarnya macam mana Mario ni lahir?

Kita patah balik beberapa dekad yang lalu. Masayuki Uemura cipta konsol rumah pertama untuk Nintendo bernama Famicom.

Famicom dikeluarkan di Jepun pada tahun 1983 dan ia menjadi konsol paling popular di Jepun pada tahun 1984. Kemudian Famicom dikeluarkan di pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1986 di bawah nama Nintendo Entertainment System (NES).

Kemunculan NES membangkitkan industri permainan video Amerika yang musnah akibat kejatuhan pasaran pada tahun 1983. Malah apa yang membuatkan NES menjadi kegilaan ramai sebenarnya disebabkan oleh Super Mario Bros.

Dalam satu temubual, Uemura bercakap tentang populariti permainan Jepun di seluruh dunia, bermula pada penghujung 1970-an dan awal 1980-an dengan permainan seperti Donkey Kong. Tapi masa tu, Uemura tersebut sesuatu pasal Mario. Beliau berkata:

“Super Mario Bros. tidak berlatar tempat di Jepun, tetapi Mario ialah orang Jepun. Nama Mario kedengaran Itali, tetapi dia bukan Itali.”

Uemura pun terangkan macam mana pencipta Mario, Shigeru Miyamoto gunakan teknologi yang amat terhad pada masa itu untuk mencipta reka bentuk ikonik Mario.

Kenyataan Mario sebagai orang Jepun sememangnya mengejutkan ramai orang termasuk Miyamoto sendiri. Miyamoto sebenarnya menginspirasikan kecintaan zaman kanak-kanaknya terhadap komik sebagai pengaruh pada reka bentuk Mario.

Itu termasuk komik yang berasal luar dari Jepun, di mana beliau mengambil idea untuk memberikan watak-wataknya ciri-ciri barat seperti hidung besar.

Miyamoto pun ada keluarkan kenyataan yang Mario asalnya merupakan seorang tukang kayu sepertimana di dalam Donkey Kong sebelum menjadi tukang paip dalam Super Mario Bros.

Suasana bawah tanah Super Mario Bros. menyebabkan Miyamoto putuskan untuk buat Mario sebagai tukang paip Itali dari New York.

“Tidak ada pemikiran mendalam lain selain itu.”

Nintendo sendiri tak mengisytiharkan Mario secara rasmi sebagai adalah watak Jepun dengan nama Itali. Uemura pun bersara dari Nintendo, jadi pandangannya tentang asal usul Mario tak boleh dianggap sebagai kenyataan rasmi daripada Nintendo.

Walaupun begitu, persoalan mengenai keturunan Itali Mario yang muncul dalam penampilan asalnya di Donkey Kong dan sekuelnya hanya menjadi sifat peribadi yang samar-samar.

Identiti Mario sebagai seorang Itali tertanam dalam minda peminat sejak turun-temurun melalui kemunculannya dalam medium lain seperti di dalam filem dan game-game seterusnya yang disuarakan oleh Charles Martinet sejak 1991.

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply