Baru-baru ini, harga minyak mentah dunia telah naik kepada $119 untuk satu tong barrel. Kenaikan ini pasti akan memberikan kegembiraan kepada Malaysia kerana kita sangat bergantung kepada hasil minyak setelah GST dimansuhkan demi membantu rakyat. Jadi eksport akan meningkat lantas ringgit akan terus mengukuh.

Masalahnya lain pula yang jadi iaitu ringgit terus lemah walaupun harga minyak terus naik tanpa pedoman. Apa sebabnya? Kalau ditanya sebahagian rakyat Malaysia, pasti mereka menjawab bahawa semua ini berpunca daripada rasuah dan korupsi. Malah ada beranggapan bahawa kita bakal menjadi Sri Lanka kedua kerana ringgit semakin melemah.

Tapi sebenarnya rasuah dan korupsi bukan punca utama mengapa ringgit terus melemah. Jawapannya ada pada Amerika Syarikat. Apa yang Amerika Syarikat buat?

Amerika Syarikat melalui bank pusat iaitu Federal Reserve telah bertindak menaikkan kadar bunga kepada 0.75 hingga 1%. Situasi itu adalah bagi mengekang inflasi daripada menjahanam ekonomi Amerika Syarikat dan menggalakkan pelabur terus mendapatkan mata wang dolar. Federal Reserve juga menjangka peningkatan kadar bunga akan membuatkan harga barangan tempatan tidak akan naik. Malah Amerika Syarikat dapat import produk dari luar dengan harga yang cukup murah.

Segala manfaat yang diperolehi oleh Amerika Syarikat sebenarnya telah memberikan bala kepada ekonomi dunia. Ini kerana kesemua mata wang di dunia sangat bergantung kepada kestabilan USD. Apabila kadar bunga sudah naik, hal tersebut menyebabkan begitu banyak mata wang yang melemah. Bagi mengatasi masalah itu ada beberapa negara terpaksa menaikan kadar bunga juga. Implikasinya, harga barangan dan loan akan naik mendadak. Rakyat pula akan semakin kurang berbelanja lantas memberi masalah kepada ekonomi negara.

Buktinya banyak mata wang negara-negara maju turut terkesan dengan tindakan Federal Reverse. Antaranya adalah Euro mencecah paras terendah sejak lima tahun lalu dan franc Swiss juga melemah. Di Hong Kong pula pihak berkuasa terpaksa campur tangan bagi memastikan mata wang mereka tidak melemah dengan drastik. Jepun dan China yang merupakan yang tersenarai dalam top 5 GDP (nominal) turut mengalami masalah mata wang menurun. Paling malang sekali adalah ekonomi Eropah telah merosot dengan sangat teruk.

Ditambah lagi dengan kerja gila Rusia yang pergi menyerang Ukraine. Rusia bertindak sedemikian atas dakwaan Amerika Syarikat cuba menghimpit mereka dengan mempelawa Ukraine menyertai NATO. Hal ini telah menyebabkan ekonomi dunia semakin meruncing dengan masalah kekurangan makanan mula mencengkam.

Bagi mengatasi masalah ini, beberapa negara seperti Malaysia khususnya turut menaikkan kadar bunga. Walaupun ramai rakyat menentang dengan menyatakan kerajaan kejam serupa firaun, hal itu terpaksa dilakukan bagi memastikan ringgit akan terus turun sehingga membuatkannya tiada nilai. Kesannya, rakyat terpaksa membayar lebih jika ada buat loan. Tapi berita sedih untuk rakyat Malaysia yang kerja di Singapura kerana tak dapat gaji lebih apabila ringgit semakin menguat.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

India pula telah mengenakan sekatan eksport terhadap gandum bagi memastikan bekalan dalam negara terus mencukupi. Malaysia pula terpaksa mengikut langkah yang sama apabila telah banned eksport ayam agar bekalan dalam negara cukup dan harga ayam tidak akan terus meningkat hingga memberikan kegusaran kepada rakyat.

Kesimpulannya, ringgit melemah bukanlah kerana rasuah dan korupsi tetapi angkara Federal Reserve telah menaikkan kadar bunga kepada 0.75 hingga 1%. Jika masih ada yang cakap sebab rasuah lagi, bagitahu dia bahawa mata wang Jepun, Switzerland dan China turut melemah. Jadi kalau ikut logik anda semua, tiga negara maju itu juga kuat main rasuah. Apa-apapun tepuk dada, tanya selera.

RUJUKAN:

Curran, E & Pollard, A. (2022, Mei 15). Dollar’s strength pushes World Economy Deeper into slowdown. Bloomberg. Dipetik daripada https://www.bloomberg.com/news/articles/2022-05-14/dollar-s-strength-pushes-world-economy-deeper-into-slowdown

Harits Asyraf Hasnan. (2022, Mei 9). Mata wang ringgit jatuh? Tidak hanya eksklusif kepada Malaysia – Pakar. Astro Awani. Dipetik daripada https://www.astroawani.com/berita-bisnes/mata-wang-ringgit-jatuh-tidak-hanya-eksklusif-kepada-malaysia-pakar-360435


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply